Sunday, September 25, 2011

Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam novel Melunas Rindu. Huraikan 3 peristiwa paling menarik dan mengapakah anda berpendapat demikian.

Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam novel Melunas Rindu. Peristiwa yang paling menarik dalam novel ini ialah apabila Fuad tiba di Hospital Tengku Afzan Ampuan untuk melawat ibu Farhana yang dirawat di tingkat empat di hospital itu. Fuad terkejut apabila melihat nama ibunya dan nama ibu Farhana yang tertera pada kad rawatan ibu Farhana adalah sama iaitu Mariana Binti Osman. Sebagai pembaca, saya amat berharap bahawa ibu Farhana adalah ibu Fuad yang dicari-carinya selama ini. Hal ini demikian kerana Fuad sudah terlalu lama mencari ibu kandungnya yang tidak pernah dilihat olehnya sejak kecil lagi. Akhirnya ketibaan Robert Lim dan Pak Ismail mengesahkan bahawa mereka berdua merupakan adik-beradik seibu. Saya sebagai pembaca sangat gembira apabila mengetahui bahawa ibu Farhana adalah ibu kandung Fuad juga walaupun saya mengetahui bahawa mereka saling mencintai antara satu sama lain.
            Selain itu, peristiwa yang paling menarik dalam novel Melunas Rindu ialah kenyataan bahawa Fuad dan Farhana adalah adik-beradik. Sebelum itu, Fuad telah menyimpan perasaan cinta terhadap Farhana sehingga dia berhasrat untuk menjadikan Farhana sebagai pasangan hidupnya, tetapi akhirnya Fuad mengetahui bahawa Farhana dan dirinya adalah adik-beradik walaupun hal ini agak menyedihkan. Fuad harus menerima kenyataannya dengan reda. Sebagai pembaca , saya amat berharap Fuad dapat menerima kenyataan tersebut dengan reda dan dapat hidup bahagia dengan adiknya, Farhana. Pada akhir novel, Fuad dapat menerima kenyataan tersebut dengan reda.
Akhir sekali, peristiwa yang paling menarik dalam novel Melunas Rindu ialah tentang kisah Mariana. Mariana merupakan ibu Fuad yang ditinggalkan oleh Roslan. Mariana gila meroyan selepas bersalin dan anaknya, Fuad dilarikan Roslan. Sebagai pembaca, saya amat berharap Mariana dapat berjumpa balik dengan anaknya, Fuad yang dilarikan oleh Roslan. Selain itu, saya juga berharap Mariana dapat pulih daripada penyakit gila meroyan tersebut. Namun, pada akhir novel tersebut, Mariana telah pulih daripada penyakit dan berkahwin dengan Fakhrudin yang bertugas sebagai pagawai polis dengan bahagia. Selain itu, Fuad juga telah kembali ke pangkuan Mariana. Oleh itu, saya berasa peristiwa ini sangat menarik dalam novel tersebut.
Karya:
Yong Ang Gi, Hasnina Ibrahim, Nur Syamsiah Roslan
5 Sains Canna

Jelaskan Peristiwa-Peristiwa yang membawa kepada peleraian dalam Novel Melunas Rindu. Nyatakan dan huraikan peristiwa-peristiwa tersebut.

Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, terdapat beberapa peristiwa yang membawa kepada peleraian dalam novel ini.
            Peristiwa peleraian yang pertama yang dapat saya kaji dalam novel ini adalah ketika Fuad berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Fuad mengetahui bahawa ibu Farhana  adalah ibu kandungnya, Mariana Osman. Buktinya dapat dilihat ketika Fuad berasa bosan duduk di hujung katil ibu Farhana. Fuad bangun lalu mundar-mandir di hujung katil ibu Farhana. Ketika itulah Fuad tertolah ke arah kad rawatan ibu Farhana yang terletak di atas meja. Kad  itu diambilnya. Pada saat itulah Fuad tahu bahawa ibu Farhana adalah ibu kandungnya, Mariana Osman.
            Peristiwa peleraian yang seterusnya adalah Fuad menerima surat tawaran pengajian, Fuad memberitahu Farhana bahawa dia akan meneruskan pengajiannya dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Buktinya dapat dilihat apabila Fuad memberitahu Farhana bahawa dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah selama setahun di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur dalam masa sebulan lagi.
            Peristiwa peleraian yang terakhir yang dapat saya kaji dalam novel ini adalah ayah kandung Fuad, Robert Lim telah kembali memeluk agama Islam dan berhajat untuk menunaikan umrah bersama-sama mereka. Buktinya dapat dilihat sebelum Fuad melanjutkan Kursusnya, Fuad telah menunaikan umrah bersama-sama ibu kandungnya, Pak Ismail dan Mak Salmah. Pada masa itu juga Fuad mendapat berita gembira bahawa ayahnya telah kembali memeluk agama Islam dan akan menyusul mereka ke Mekah.
Karya:
Alice Ping, Najlaa Rasyiqah, Remylen Raymond
5 Sains Canna

Saturday, September 24, 2011

Karangan Surat Tidak Rasmi ~ Cara-cara untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran.

Rakan anda sering mengeluh kerana banyak masa dihabiskan untuk mengulang kaji pelajaran tetapi prestasinya masih tidak memuaskan. Dia telah menghantar surat kepada anda untuk meluahkan masalah yang dihadapinya dan ingin mendapatkan nasihat daripada anda.

Balas surat rakan anda selengkapnya untuk memberinya nasihat sekali gus berkongsi cara-cara yang telah anda lakukan untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran.



 Lot 7558-26,
Jalan Setia 1,
Taman Tunku,
Miri,Sarawak.

22 Ogos 2011

            Menemui saudariku, Krystal yang kini berada di Bintulu. Apa khabar saudari di sana?Saya di sini sihat-sihat sahaja. Saya berharap saudari dan keluarga dalam keadaan yang sihat juga.

           Sudah begitu lama kita tidak berhubung semenjak saudari berpindah sekolah.Saya sangat terkejut dan gembira apabila menerima surat saudari dua minggu yang lepas. Apabila saya membaca surat saudari, saya berasa sangat khuatir dan ingin tahu bagaimana keadaan sebenar yang dialami oleh saudari di sana.

Sahabatku Krystal,

   Setiap manusia yang dicipta di muka bumi ini pasti akan menghadapi masalah dan ujian daripada Tuhan. Saudari tidak sepatutnya mengeluh dan berputus asa dengan cepat apabila melakukan sesuatu perkara. Sebagai seorang pelajar sekolah menengah atas, saudari harus berfikir dengan lebih matang. Apabila kita menghadapi kegagalan, tidak bermaksud kita akan gagal selamanya. Saudari mengatakan bahawa masa saudari banyak dihabiskan untuk mengulang kaji pelajaran tetapi prestasi saudari masih tidak memuaskan. Mungkin saudari menggunakan teknik belajar yang salah. Walau bagaimanapun, saudari tidak perlu bimbang kerana masih belum terlambat untuk berubah.

        Saya ingin berkongsi serba-sedikit cara-cara untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran.Setahu saya, saudari akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun depan. Sebagai permulaannya, saudari harus menetapkan visi atau matlamat saudari sendiri. Sudah tentulah saudari mahu memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Bagi saya,dengan adanya visi tersebut, saya seolah-olah bersemangat untuk belajar setelah membaca visi yang saya buat. Visi tersebut seolah-olah menjadi pendorong dan pembakar semangat saya selain daripada kedua-dua ibu bapa saya.Saudari boleh membuat visi dan menghias visi tersebut. Kemudian, tampalkan di kawasan saudari selalu mengulang kaji pelajaran. Saudari akan membaca visi saudari setiap kali mahu belajar.

   Selain itu, saudari harus menyediakan jadual harian dan jadual belajar. Perkara ini sangat penting bagi memastikan masa saudari dapat digunakan dengan betul dan sistematik. Saudari harus membahagikan masa saudari dengan baik agar tidak terbuang begitu sahaja kerana masa itu emas. Namun, saudari bukan sahaja harus menyediakan sebuah jadual tetapi harus belajar untuk menepatinya juga. Pada awalnya, saudari mungkin akan berasa susah dan tidak yakin untuk mengikuti segala yang saudari telah jadualkan. Saya juga berasa begitu pada mulanya. Namun, lama-kelamaan saudari akan berasa selesa dan biasa apabila saudari sentiasa menepati jadual saudari.

Sahabatku Krystal,

   Kebanyakan pelajar lebih suka mengulang kaji pada saat-saat akhir kerana banyak yang berpendapat belajar saat-saat akhir memudahkan lagi kita mengingati sesuatu yang kita pelajari. Pendapat itu meleset sama sekali. Hal ini perlu dielakkan untuk dipraktikkan dalam kehidupan saudari. Saya yakin pihak sekolah akan memberi jadual ujian dengan awal dari tarikh ujian. Saudari akan mempunyai masa yang cukup untuk mengulang kaji pelajaran. Saudari sekurang-kurangnya memperuntukkan empat jam untuk mengulang kaji pelajaran. Tetapi, saudari tidak harus mengabaikan kerja sekolah yang diberi oleh guru di sekolah. Melalui latihan, saudari dapat mempelajari sesuatu topik dengan lebih mendalam dan berkesan.

   “Otak cerdas, badan cergas”. Ungkapan ini harus diambil kira oleh saudari. Saudari harus keluar bersenam bagi menyihatkan tubuh badan sekali gus dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit dalam diri kita. Saudari sangat memerlukan persekitaran yang bersih, indah dan tenang agar dapat mengurangkan stress belajar. Kandungan oksigen dalam badan saudari akan stabil apabila saudari bersenam. Dengan ini, saudari tidak akan berasa mengantuk semasa mengulang kaji. Otak saudari akan berfungsi dengan lebih baik dan efektif. Saudari juga perlu mendapatkan rehat yang cukup. Saudari harus tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Saudari tidak akan berasa mengantuk semasa guru mengajar sebaliknya menumpukan perhatian sepenuhnya. Hal ini sangat penting supaya saudari tidak ketinggalan apa yang diajar oleh seseorang guru.

Saudari,

   Pengambilan makanan yang seimbang juga sangat penting. Pengambilan makanan yang seimbang adalah berdasarkan piramid makanan. Saudari harus mendapatkan nutrisi-nutrisi makanan yang berkhasiat bagi membentuk badan yang sihat. Pengambilan lemak yang berlebihan akan menyebabkan obesiti. Pepatah orang tua sering mengatakan bahawa makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang. Apabila saudari terlalu kenyang, saya pasti saudari akan berasa malas untuk melakukan sesuatu perkara.Masalah ini perlu dielakkan agar saudari dapat memperoleh kejayaan yang saudari impikan.

   Perkara yang paling penting adalah saudari harus ada motivasi yang tinggi bagi mencapai kejayaan. Saudari harus ada semangat juang yang tinggi untuk belajar.Saudari tidak harus berputus asa apabila menghadapi pelbagai cabaran hidup. Saudari harus berpendirian teguh agar tidak termakan kata-kata rakan sebaya untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Apabila saudari terjebak ke arah yang salah,saudari akan menyesal seumur hidup namun hal itu tidak berguna lagi kerana nasi sudah menjadi bubur. Oleh itu, saudari harus ada pegangan agama yang kuat. Apabila saudari menghadapi sesuatu masalah, saudari perlu berdoa kepada Tuhan agar diberikan petunjuk. Sang Pencipta tidak akan mengecewakan umatnya yang percaya. Justeru itu, saudari harus mengikuti dan melaksanakan kewajipan saudari sebagai seorang yang beragama Kristian.

   Saya rasa mungkin sampai di sini sahaja coretan saya kali ini.Saya berharap saudari tidak akan berputus asa dan agar cara-cara yang saya kongsikan dapat membantu saudari dalam mengecapi impian saudari. Saudari harus ingat bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Semoga semua usaha yang dilakukan oleh saudari nanti akan membuahkan hasil yang mengembirakan. Jangan lupa untuk sampaikan salam saya kepada keluarga saudari. Jika ada kelapangan, sudilah bertandang ke rumah saya di Miri.




Sahabatmu,
                                                                                                                                  Siah



Karya:
SIAH MORIS
5 SC ALAMANDA
SMK Merbau Miri, Sarawak

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, berikan dua contoh watak sampingan serta perwatakan mereka seperti yang digambarkan oleh pengarang dalam novel tersebut.

             Dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, watak utama dan watak sampingan telah memainkan peranan untuk mewarnai plot cerita dalam novel ini. Antara watak sampingan yang memainkan peranan penting dalam novel ini ialah Pak Ismail dan Robert Lim.
Pak Ismail merupakan seorang yang berperwatakan berpegang teguh kepada ajaran agamanya. Dia patuh pada ajaran Islam sepenuhnya. Contohnya, dia selalu bersolat berjemaah di surau dan mengajar ilmu agama serta mengaji al-Quran kepada Fuad. Selain itu, Pak Ismail juga seorang yang bertanggungjawab. Dia bertanggungjawab mengajar agama kepada saudara baru seperti Fuad. Pada setiap subuh, tengah hari, petang mahupun malam, dia membawa Fuad ke surau untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengajarnya cara-cara untuk menunaikan solat hajat dan solat tasbih. Antara lain, dia juga seorang yang sangat penyayang. Pak Ismail amat menyayangi keluarga angkatnya bersungguh-sungguh. Misalnya, dia amat menyayangi Fuad walaupun Fuad cuma anak angkatnya dengan sering menanyakan Fuad sama ada sudah makan, minum atau solat. Akhir sekali, dia seorang yang rajin membantu keluarga. Dia rajin ke sawah dan menolong Fuad mengusahakan tanah seluas setengah ekar yang dibeli oleh Fuad daripada Awang Sojar. Dia juga membantu membuat pagar, memerun dan membuat batas untuk menanam jagung.
              Watak sampingan yang seterusnya ialah Robert Lim ataupun Roslan. Robert Lim seorang yang pemurah. Dia sering membantu Peter Lim yang hidup dalam kemiskinan dan sakit akibat merindui Fuad. Di samping itu, dia seorang yang amat prihatin. Dia prihatin terhadap ahli keluarganya terutamanya anak kandungnya iaitu Fuad. Contohnya, dia memasukkan sejumlah wang bernilai dua ratus ribu ringgit ke dalam akaun Fuad. Dia juga menemui Fuad di Terengganu untuk memberikan sebentuk cincin dan gambar Mariana agar mudah Fuad mencari ibunya yang telah lama menghilang. Seterusnya, dia seorang yang tidak bertanggungjawab. Dia sanggup meninggalkan isterinya yang sedang mengandung tiga bulan tanpa khabar berita. Selain itu, Robert Lim merupakan seorang yang pemarah. Contohnya, apabila perniagaannya mengalami kemerosotan, dia melepaskan tekanannya kepada para pekerja yang tidak bersalah. Akhir sekali, dia seorang yang tidak tegas. Misalnya, dia meninggalkan Mariana ketika mengandung di atas kehendak keluarganya dan tidak tahan dengan tekanan daripada ibunya.
Karya,
Carol anak Kumbang, Evelyn anak Danson, Siti Norzainiza Binti Zaini
5 Sains Alamanda
SMK Merbau, Miri Sarawak

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, berikan dua contoh watak sampingan serta perwatakan mereka seperti yang digambarkan oleh pengarang dalam novel tersebut.

             Dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, watak utama dan watak sampingan telah memainkan peranan untuk mewarnai plot cerita dalam novel ini. Antara watak sampingan yang memainkan peranan penting dalam novel ini ialah Pak Ismail dan Robert Lim.
Pak Ismail merupakan seorang yang berperwatakan berpegang teguh kepada ajaran agamanya. Dia patuh pada ajaran Islam sepenuhnya. Contohnya, dia selalu bersolat berjemaah di surau dan mengajar ilmu agama serta mengaji al-Quran kepada Fuad. Selain itu, Pak Ismail juga seorang yang bertanggungjawab. Dia bertanggungjawab mengajar agama kepada saudara baru seperti Fuad. Pada setiap subuh, tengah hari, petang mahupun malam, dia membawa Fuad ke surau untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengajarnya cara-cara untuk menunaikan solat hajat dan solat tasbih. Antara lain, dia juga seorang yang sangat penyayang. Pak Ismail amat menyayangi keluarga angkatnya bersungguh-sungguh. Misalnya, dia amat menyayangi Fuad walaupun Fuad cuma anak angkatnya dengan sering menanyakan Fuad sama ada sudah makan, minum atau solat. Akhir sekali, dia seorang yang rajin membantu keluarga. Dia rajin ke sawah dan menolong Fuad mengusahakan tanah seluas setengah ekar yang dibeli oleh Fuad daripada Awang Sojar. Dia juga membantu membuat pagar, memerun dan membuat batas untuk menanam jagung.
              Watak sampingan yang seterusnya ialah Robert Lim ataupun Roslan. Robert Lim seorang yang pemurah. Dia sering membantu Peter Lim yang hidup dalam kemiskinan dan sakit akibat merindui Fuad. Di samping itu, dia seorang yang amat prihatin. Dia prihatin terhadap ahli keluarganya terutamanya anak kandungnya iaitu Fuad. Contohnya, dia memasukkan sejumlah wang bernilai dua ratus ribu ringgit ke dalam akaun Fuad. Dia juga menemui Fuad di Terengganu untuk memberikan sebentuk cincin dan gambar Mariana agar mudah Fuad mencari ibunya yang telah lama menghilang. Seterusnya, dia seorang yang tidak bertanggungjawab. Dia sanggup meninggalkan isterinya yang sedang mengandung tiga bulan tanpa khabar berita. Selain itu, Robert Lim merupakan seorang yang pemarah. Contohnya, apabila perniagaannya mengalami kemerosotan, dia melepaskan tekanannya kepada para pekerja yang tidak bersalah. Akhir sekali, dia seorang yang tidak tegas. Misalnya, dia meninggalkan Mariana ketika mengandung di atas kehendak keluarganya dan tidak tahan dengan tekanan daripada ibunya.
Karya,
Carol anak Kumbang, Evelyn anak Danson, Siti Norzainiza Binti Zaini
5 Sains Alamanda
SMK Merbau, Miri Sarawak

Bahagian klimaks merupakan bahagian yang paling menarik dalam novel Melunas Rindu. Jelaskan sebab-sebab klimaks novel itu menarik minat anda.

Klimaks novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah bermula dengan peristiwa Farhana balik ke kampung kerana ibunya sakit dan masuk hospital. Fuad juga turut ke Kuantan untuk melawat ibu Farhana yang berada di hospital. Fuad sanggup mengambil cuti sakit untuk menemani Farhana memandangkan dia belum pernah mengambil cutinya. Fuad juga membawakan makanan untuk adik-adik Farhana memandangkan Farhana sibuk menjaga ibu mereka di hospital.
Seterusnya, Robert Lim dan Chin pergi ke Danau Seberang untuk bertemu dengan Fuad. Mereka ingin menyerahkan cincin perkahwinan dan gambar Mariana kepada Fuad. Tujuan mereka adalah untuk menyenangkan pencarian Fuad. Namun begitu, Fuad telah pergi ke Kuantan sebelum mereka sempat menyerahkan cincin dan gambar tersebut kepada Fuad. Setelah itu, Robert Lim, Chin dan Pak Ismail telah menyusul Fuad ke Kuantan.
Akhir sekali, Fuad terkejut apabila terlihat kad rawatan ibu Farhana yang terletak di atas meja tertera nama “Mariana Binti Osman”. Fuad terkejut besar kerana nama ibu Farhana sama dengan nama ibunya. Ciri hidung mereka juga sama menjadikan Fuad agak sukar untuk menerimanya. Semasa berbincang dengan Farhana, Robert Lim, Chin dan Pak Ismail tiba di hospital. Kedatangan Robert Lim di hospital mengesahkan Mariana ialah ibu kandung yang dicari oleh Fuad selama ini. Fuad dan Farhana terpaksa menerima hakikat bahawa mereka adalah adik beradik.
Klimaks itu sangat menarik minat saya kerana peristiwa yang terjadi di klimaks novel itu merungkai misteri pencarian ibu kandung Fuad yang disangka telah meninggal dunia sebenarnya masih hidup dan merupakan ibu kandung kepada wanita yang ingin dijadikannya sebagai suri hidupnya.

KARYA,
Rhawnthy Wedney Anak  Barat, Valentina Binti Harry, Loke Sai Hong.
5 sains Canna.

Dalam setiap novel, pengarang menyelitkan beberapa peristiwa yang dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan. Berdasarkan sebuah novel, jelaskan dua peristiwa tersebut.

Dalam setiap novel, pengarang menyelitkan beberapa peristiwa yang dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan. Berdasarkan novel yang saya kaji, iaitu Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, peristiwa yang dapat dijadikan iktibar dalam novel ini ialah peristiwa Fuad mengetahui bahawa dia sebenarnya lahir dalam Islam hasil daripada perkahwinan campur. Fuad berusaha untuk mencari identiti diri dan kehidupan baru. Fuad tekun mempelajari ilmu agama Islam daripada Pak Ismail. Contohnya, Fuad sering belajar mengaji dan mengerjakan solat berjemaah di surau. Fuad tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau pada masa-masa kecemasan. Melalui peristiwa ini, kita dapat menyimpulkan bahawa kita tidak pernah terlambat untuk mencari identity kita dan mengenali Tuhan.
         Selain itu, peristiwa kedua yang dapat dijadikan iktibar ialah peristiwa pergolakan rumah tangga Robert Lim dan Mariana. Perkahwinan Robert Lim dan Mariana tidak direstui oleh keluarga Robert Lim disebabkan perbezaan agama. Akibat tekanan daripada ibunya, Robert Lim meninggalkan Mariana yang sedang mengandung Fuad selepas 3 bulan mereka berkahwin. Kesannya, Mariana mengalami tekanan yang sangat hebat sehingga mengakibatkan dia gila meroyan dan sanggup membunuh anaknya sendiri. Iktibarnya, kita haruslah bertanggungjawab dalam mempertahankan rumah tangga atau keluarga yang telah kita bina supaya kita dapat mewujudkan institusi keluarga yang bahagia dan kukuh.
         Akhir sekali, peristiwa lain yang dapat dijadikan iktibar ialah peristiwa Fuad yang tidak pernah berputus asa menyiasat keberadaan ibunya. Walaupun Fuad tidak pernah berjumpa dengan ibunya, dia tetap menyayangi dan merindui ibunya. Disebabkan perasaan sayang yang menebal dalam dirinya, Fuad terus berusaha untuk mengesan kubur ibunya sehingga ke Kampung Sedeli. Di situ dia diberitahu oleh Pak Shamsudin bahawa ibunya masih hidup namun ibunya telah berpindah ke Kuantan. Fuad meminta bantuan bapa saudaranya untuk mendapatkan  gambar ibunya bagi memudahkan pencariannya. Dengan ketentuan Tuhan, Fuad telah mengetahui bahawa ibunya dan ibu Farhana ialah orang yang sama. Daripada peristiwa ini, kita mendapat iktibar bahawa kita tidak seharusnya berputus asa sebaliknya terus berusaha supaya membuahkan kejayaan.
Karya,
Cynthia Sandra Chendu Ading, Liong Cai Ling, Effha Binti Soter
5 Sains Alamanda
SMK Merbau, Miri Sarawak


Huraikan persoalan kasih sayang yang boleh dijadikan teladan dalam novel ini.

            Berdasarkan novel Melunas Rindu, karya Hartini Hamzah, terdapat persoalan kasih sayang yang boleh dijadikan teladan bagi pembaca, contohnya, persoalan kasih sayang yang boleh didapati pada watak utama novel ini, Fuad. Fuad amat merindui ibunya yang telah lama terpisah sejak dia dilahirkan tetapi dia sanggup mencari kubur arwah ibunya. Setelah dia mengetahui bahawa ibunya masih hidup, dia meneruskan pencariannya. Kita patut mencontohi sikap Fuad yang tidak berputus asa untuk mencari ibu kandungnya kerana kasih sayang yang mendalam.


Selain itu, persoalan kasih sayang juga digambarkan melalui Mak Salmah dan Pak Ismail. Mereka sangat menyayangi Sofia walaupun Sofia hanya anak angkat mereka yang telah meninggal dunia akibat kemalangan. Kematian Sofia begitu terkesan di hati mereka kerana mereka masih tidak dapat melupakan Sofia. Walaupun Sofia telah meninggal dunia, tetapi Mak Salmah dan Pak Ismail masih mengenangnya dalam hati mereka penuh dengan kasih sayang kerana menganggap Sofia sebagai anak kandung mereka. Sikap Mak Salmah dan Pak Ismail yang memberikan kasih sayang yang berkekalan terhadap Sofia harus kita contohi untuk menjadi ibu bapa yang dapat memberikan kasih sayang yang sempurna kepada anak kandung mahupun anak angkat yang dibersarkan.


Akhir sekali, Farhana juga menunjukkan persoalan kasih sayang dalam novel ini. Farhana amat sayang akan ibunya. Dia cemas apabila mendapat panggilan bahawa ibunya telah sakit dan dimasukkan ke hospital. Dengan bantuan Fuad, dia pergi ke hospital dengan kebimbangan akan keadaan ibunya. Farhana menjaga ibunya yang terlantar di hospital kerana dia sayang akan ibunya. Kita patut mencontohi Farhana yang sanggup meninggalkan kerjanya untuk menjaga ibunya kerana ini merupakan tanggungjawab sebagai seorang anak untuk membalas jasa ibunya yang telah membersarkannya.

Karya,
Ryan, PohZen, Connie Ling
5 Sains Alamanda
SMK Merbau, Miri Sarawak

Nilai hormat-menghormati yang terdapat dalam novel MELUNAS RINDU. Berikan 3 contoh nilai tersebut.

Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, terdapat tiga contoh nilai hormat-menghormati yang dikemukakan dalam novel Melunas Rindu. Antaranya ialah kita hendaklah sentiasa menghormati orang yang lebih tua. Contoh ini jelas terbukti melalui situasi Fuad yang sentiasa menghormati Pak Ismali dan Mak Salmah walaupun Mak Salmah begitu membenci Fuad kerana telah melarikan anak angkatnya yang bernama Sofia yang juga merupakan adik kandung Fuad. Fuad tetap sabar melayan karenah Mak Salmah yang menganggap dia tidak wujud di rumah itu dan mempamerkan sikap tidak puas hati terhadap Fuad seperti tidak mahu makan semeja dengannya, menghempas pintu dengan kuat dan sama sekali tidak bercakap dengan Fuad. Contoh ini juga jelas terpancar apabila Fuad tetap menghormati bapa kandungnya iaitu Robert Lim atau Roslan dengan memaafkannya walaupun bapanya telah meninggalkan ibunya iaitu Mariana dan memisahkannya dengan agama Islam yang merupakan agama asalnya. Fuad juga tetap menerima wang yang telah dikirimkan oleh bapanya walaupun dia tidak ingin menggunakan wang tersebut sebagai tanda menghormati keputusan serta niat baik bapanya.
Selain itu, contoh nilai hormat-menghormati juga jelas terpancar dalam situasi Fuad yang tabah menghadapi cemuhan penduduk-penduduk kampung kerana telah melarikan Sofia. Malahan Fuad tidak melakukan apa-apa termasuklah membela diri sendiri daripada terus-menerus dihina oleh penduduk-penduduk kampung. Fuad tetap menghormati penduduk-penduduk kampung biarpun kadang-kala dia dipinggirkan daripada masyarakat kampung Danau Seberang. Fuad tidak berputus asa malahan cuba untuk memulihkan keadaan dengan mengambil hati penduduk-penduduk kampung seperti menanggung perbelanjaan perkahwinan sahabatnya yang bernama Borhan dan isterinya serta menghantar anak Borhan yang sakit dengan segera sebaik sahaja mngetahui keadaan anaknya yang demam panas.
Di samping itu, nilai hormat-menghormati juga dapat dilihat melalui diri Fuad yang sentiasa menghormati hubungan dengan rakan sejawatnya di Sekolah Menengah Seri Setia. Misalnya, Fuad tidak memihak kepada Cikgu Farhana mahupun Cikgu Zamani yang bergaduh kerana Cikgu Zamani yang cuba memprovokasinya dengan menyindirnya, dan Fuad cuba meleraikan perselisihan faham antara Cikgu Zamani dan Cikgu Farhana.Apabila Cikgu Zamani mengajak Fuad untuk berjemaah di rumah, Fuad menolak baik ajakannya dengan alasan yang baik.Fuad tetap menghormatinya walaupun mengetahui bahawa Cikgu Zamani cuba mempengaruhinya untuk menyertai dalam hal politik yang tidak baik.
Karya,
Sharon Ubong, Queentety ak Johny & Brian Bereh.
5 Sains Alamanda
SMK Merbau, Miri Sarawak

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua situasi saspen yang ditimbulkan oleh pengarang dalam Novel Melunas Rindu.

                   Novel yang telah saya kaji di tingkatan empat adalah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Melalui novel tersebut, terdapat beberapa situasi saspen yang ditimbulkan oleh pengarang dan cara-cara pengarang menyelesaikan situasi tersebut.
                  Antara situasi saspens yang terdapat dalam novel tersebut adalah ketika Fuad menerima nota ringkas yang mengatakan ada orang yang menunggunya di pintu pagar.Orang tersebut, Chin berharap untuk bertemu dengan Fuad kerana ada hal penting.Pembaca akan tertanya-tanya siapa yang ingin menemui Fuad dan mengetahui tujuan kedatangannya. Cara penyelesaian bagi persoalan tersebut terjawab apabila pengarang menceritakan kehadiran Chin ke sekolah untuk menanyakan khabar Fuad.Selain itu, Chin juga turut menyatakan bahawa Peter Lim yang merupakan bapa saudara Fuad yang kini sakit kerana merinduinya setelah sekian lama berjauhan dengan Fuad.
                  Di samping itu, unsur saspens juga dapat digambarkan melalui watak Fuad yang menziarahi ibu Farhana yang sakit di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Fuad terpandang akan kad rawatan ibu Farhana. Pembaca tertanya-tanya sama ada ibu Farhana adalah ibu Fuad juga. Penyelesaian persoalan ini terjawab apabila Robert Lim iaitu bapa Fuad mengesahkan bahawa ibu Farhana adalah ibu kandung Fuad. Selain itu,nama pada kad rawatan ibu Farhana sama dengan nama ibu kandung Fuad iaitu Mariana.
                Unsur suspen yang lain yang terdapat pada novel ini adalah apabila Fuad menjejaki pusara arwah ibunya di Sungai Ruan.Pembaca tertanya-tanya bahawa Fuad berjaya atau tidak dalam pencarian pusara arwah ibunya. Cara pengarang menyelesaikan persoalan ini adalah apabila Fuad ke Lembah Klau dan ke Kampung Sedili. Pak Shamsudin yang merupakan penduduk kampung tersebut yang mengenali ibu kandung Fuad iaitu Mariana telah menyatakan bahawa ibu Fuad sebenarnya masih hidup.
Hasil karya,
Sabella Binti Justin, Audrey Fanty Anak Jangan, Euanice Anak Teck Choi.
5 Sains Alamanda
SMK Merbau, Miri Sarawak

Latar sangat penting dalam sesebuah novel. Huraikan kepentingan latar dalam novel MELUNAS RINDU.

            Latar sangat penting dalam sesebuah novel. Latar amat penting untuk memudahkan pembaca memahami sesuatu peristiwa kerana latar ialah gambaran, keterangan tentang masa, tempat, ruang, keadaan dan masyarakat dalam karya.
            Dalam novel Melunas Rindu, latar tempat merujuk kepada latar tempat berlakunya sesuatu peristiwa. Contohnya dalam novel ini terdapat beberapa latar tempat seperti Danau Seberang iaitu merupakan tempat tinggal Fuad bersama-sama keluarga angkatnya, Pak Ismail dan Mak Salmah.
            Selain itu, latar masa merujuk kepada waktu ,masa dan zaman sesuatu peristiwa. Contohnya latar masa bagi novel Melunas Rindu adalah pada zaman pengolakan kaum melayu dan cina (13 mei) apabila anak Mariam telah dilarikan oleh keluarga ayahnya, tetapi gagal dijejaki kerana pihak polis bimbang keadaan akan menjadi semakin tegang.
     Tambahan pula bagi memantapkan lagi sesebuah peristiwa dalam novel semestinya mempunyai latar masyarakat yang merujuk kepada gambaran sesebuah masyarakat dalam karya. Contohnya, masyarakat yang mementingkan pelajaran atau pendidikan. Farhana sanggup berjimat cermat semasa belajar di luar Negara untuk memastikan dia berjaya dalam pelajarannya.
     Konklusinya, latar adalah antara sesuatu aspek yang penting dalam karangan prosa yang berbentuk cerita rekaan yang berbentuk novel.
Karya,
Sherlyn , Gerald dan Leslie
5 Sains Canna
SMK Merbau, Miri, Sarawak

Binaan plot perumitan merupakan perkara yang menarik dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel Melunas Rindu jelaskan binaan plot perumitan itu.

Berdasarkan novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Hamzah,terdapat binaan plot perumitan yang menarik telah dipaparkan oleh pengarang. Para pembaca turut tertanya-tanya, adakah watak utama iaitu Fuad dapat mencari ibu kandungnya yang dirindui selama ini? Perumitan ini menarikan lagi cerita yang dipaparkan oleh pengarang.
Pada peringkat perumitan, semasa Fuad sedang menjalankan tugasnya, Chin telah hadir di Sekolah Menengah Seri Setia untuk menanyakan khabar Fuad. Kehadiran Chin telah mengingatkan Fuad akan arwah ibunya. Walaupun Fuad mendapat berita tentang kematian ibunya, dia tetap berusaha untuk mencari pusara ibunya kerana dia ingin melunaskan rindu terhadap ibunya. Fuad bertekad untuk mencari pusara ibunya dan keluarga sebelah ibunya. Fuad menemui bapa saudaranya iaitu Peter Lim dan Swee Lan untuk mendapatkan maklumat tentang ibu kandungnya. Peter Lim merupakan orang yang telah menjaga Fuad sejak kecil lagi. Peter Lim telah menganggap Fuad sebagai anaknya sendiri walaupun berlainan agama.
            Selain itu, konflik antara Cikgu Farhana dan Cikgu Zamani turut merumitkan jalan penceritaan novel ini. Cikgu Farhana merupakan Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah. Pada bulan bahasa, Cikgu Farhana ditugaskan untuk mencari program atau aktiviti-aktiviti unutk diadakan sempena bulan bahasa tersebut.Namun begitu, hubungan antara Cikgu Farhana dan Cikgu Zamani yang tidak begitu baik sering membuat mereka bertelagah tidak kira di mana mereka berada. Cikgu Zamani merupakan cikgu yang tidak berdisiplin dan sering membantah cadangan tentang program yang diadakan di sekolah. Cikgu Zamani sering ponteng kelas dan menghabiskan masanya berbual-bual dengan guru wanita yang lain di pejabat walaupun dia telah mempunyai isteri yang turut bertugas sebagai guru sekolah semua. Sikap Ckigu Zamani yang tidak beretika ini telah membuat ramai guru yang tidak senang hati melihatnya termasuklah Cikgu Abas.
            Konflik bertambah rumit apabila Fuad pulang ke Sungai Ruan untuk menjejaki pusara ibunya. Fuad sanggup mencari ibunya walaupun hanya akan melihat pusaranya sahaja.Seterusnya Fuad ke Lembah Klau dan ke Kampung Sedili. Setelah menempuh perjalanan yang jauh, usaha Fuad tidak sia-sia selama ini. Masa dan kudratnya dikorbankan demi mencari ibunya yang tersayang. Fuad juga telah menaruh harapan baru apabila Pak Shamsudin menyatakan bahawa ibunya masih hidup. Harapan baru itu telah membuat Fuad semakin bersemangat untuk berjumpa dengan ibunya.
            Akhir sekali, setelah lama mencari ibu kandung yang tersayang dan telah menempuh pelbagai dugaan, Fuad akhirnya telah Berjaya dalam pencariannya, Fuad telah Berjaya menemui ibunya, Mariana, Walaupun ibunya gila merayau selepas melahirkannya, Fuad tetap mencari ibunya kerana ikatan kasih sayang antara mereka sangat kuat. Rindu yang dipendamkan selama ini di dalam hati telah pun Berjaya dilunasi tatkala Fuad mengetahui dan menemui ibunya.
Karya,
Leslie, Robin & Khairunnisa
5 Sains Alamanda
SMK Merbau, Miri Sarawak

Pengarang menguatkan jalan cerita melalui watak-watak sampingan. Apakah yang dimaksudkan dengan watak sampingan? Berdasarkan novel Melunas Rindu, nyatakan 2 watak sampingan dan perwatakan meraka.

         Watak sampingan amat penting dalam sesebuah novel atau apa-apa sahaja cerita yang  dikarang. Pengarang menjadikan jalan cerita yang terdapat dalam sesebuah novel atau cerita supaya menjadi lebih menarik melalui bantuan watak-watak sampingan ini. Watak-watak sampingan merupakan pembantu yang menghidupkan watak utama di dalam sesebuah novel termasuk juga menimbulkan konflik kepada watak utama supaya menjadi lebih menarik. Dengan itu, pengarang berharap novel atau cerita yang dipaparkan akan lebih menarik minat   pembaca untuk membacanya dan berpuas hati dengan jalan cerita yang dipaparkan kepada mereka.

         Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah yang telah kami pelajari, kami kaji dan kami kupas jalan ceritanya. Dua watak sampingan yang terdapat dalam novel ini antara nya ialah Farhana. Watak Farhana dipaparkan oleh pengarang sebagai seorang yang tegas dan gigih dalam menjalankan tugas. Hal ini demikian digambarkan apabila dia bersama-sama dengan Fuad berusaha untuk membantu para pelajarnya untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris dengan mengadakan kelas tambahan Bahasa Inggeris. Selain itu, Farhana merupakan seorang yang bertanggungjawab terhadap ibu nya. Hal ini demikian digambarkan apabila dia menjaga ibu nya yang sedang sakit lelah dan tidak meninggalkan ibunya bersendirian malahan sanggup meninggalkan kerja nya di sekolah untuk menjaga ibunya serta membantu ibu nya melakukan kerja di rumah. Disamping itu, Farhana juga merupakan seorang yang berpendidikan tinggi. Hal ini demikian digambarkan apabila dia dahulu nya pernah menamatkan pengajian di London dan berjaya memiliki ijazah dan kini telah menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia.

         Watak sampingan kedua yang terdapat dalam novel ini ialah Mariana. Watak Mariana digambarkan  oleh pengarang sebagai seorang ibu yang penyayang. Hal ini demikian digambarkan apabila dia amat mengambil tentang perkembangan anak gadis nya, Farhana dan cuba untuk menjejaki anak lelaki nya, Abdul Halim tau Fuad yang dilarikan bekas suami nya. Selain itu, Mariana digambarkan sebagai seorang bekas isteri kepada Roslan atau Robert Lim nama sebenar sebelum memeuk Islam dan meninggalkan semula Islam. Hal ini demikian digambarkan apabila dia berkahwin dengan Robert Lim yang telah memeluk Islam secara rahsia dan dikurniakan seorang anak lelaki yang diberikan nama Abdul Halim namun ditinggalkan Robert Lim serta anak nya di bawa bersama menyebabkan dia gila meroyan.

Karya,
Mohammad Ariff, Shahrul Amri, dan Agustine.
5 Sains Canna

Huraikan dua contoh peristiwa berdasarkan dua teknik penceritaan dalm novel Melunas Rindu.

Berdasarkan novel yang bertajuk Melunas Rindu karya Hartini Hamzah yang telah saya kaji, terdapat beberapa teknik penceritaan yang telah digunakan oleh pengarang.
            Antara teknik penceritaan yang digunakan ialah teknik imbas kembali. Teknik ini dapat dibuktikan melalui peristiwa ketika di persisiran Pantai Batu Buruk, Fuad terkenang masa lampaunya. Dia terkilan kerana semasa hayatnya, Sofia tidak tahu bahawa mereka adik-beradik. Dia juga teringat kata-kata nista orang kampung dan dibenci oleh Mak Salmah apabila dia pulang ke Danau Seberang tanpa membawa Sofia. Contoh peristiwa lain yang menggunakan teknik imbas kembali ialah apabila ibu Farhana teringat kembali akan arwah suaminya, Fakhrudin yang meninggal dunia akibat pembengkakan pada ususnya.
            Teknik seterusnya ialah teknik pemerian. Antara contoh penggunaan teknik pemerian termasuklah ketika pengarang memerihalkan suasana di ruang legar balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pengarang memerihalkan keriuhan suara orang ramai yang menghantar saudara –mara dan rakan-rakan menunaikan umrah di Mekkah. Selain itu, pengarang menggambarkan kesibukan Bandar Kuala Terengganu dengan kenderaan yang bertali arus sehingga berlaku kesesakan di jalan utama.
            Teknik penceritaan yang terakhir ialah teknik monolog dalaman. Teknik monolog dalaman ini digunakan melalui watak Fuad iaitu ketika Fuad hendak tidur. Dia teringat akan wang yang dimasukkan oleh bapanya ke dalam akaun simpanannya. Fuad mengucapkan terima kasih kepada bapanya di dalam hatinya. Contoh lain ialah ketika Fuad berada di Pantai Batu Buruk. Fuad berkata di dalam hatinya bahawa dia kakan datang ke pantai itu lagi.

Karya,
Andrew Karel, Fatin Rasyidah Hamdan & Nurfaizah Yusuf
5 Sains Alamanda
SMK Merbau, Miri Sarawak

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat anda.

Dalam setiap novel, bahagian permulaan novel  memainkan peranan yang sangat penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.
            Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, permulaan novel yang menarik minat pembaca adalah peristiwa Fuad yang balik lewat ke rumah. Pembaca akan tertanya-tanya akan arah tuju Fuad. Fuad sebenarnya telah ke hutan untuk mencari kayu api. Hal ini telah menimbulkan perasaan binbang Pak Ismail dan Mak Salmah. Peristiwa ini melahirkan perasaan ingin tahu para pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka.
            Selain itu, peristiwa tentang Fuad yang merupakan anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah juga adalah bahagian yang menarik minat pembaca. Pembaca akan tertanya-tanya bagaimanakah Pak Ismail dan Mak Salmah boleh mengenali Fuad dan mengambil Fuad sebagai anak angkat. Tambahan pula, perbuatan Fuad yang melarikan Sofia, yang juga merupakan anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah telah menimbulkan suspen kepada pembaca. Peristiwa Fuad menjadi anak angkat menarik minat pembaca untuk mengetahui ibu bapa kandung Fuad yang sebenar.
            Di samping itu, peristiwa semasa Fuad menghantar Borhan dan anaknya ke klinik turut menimbulkan tanda tanya dalam minda pembaca. Fuad telah mengambil kesempatan untuk memeriksa wang dalam mesin ATMnya. Fuad mendapati wang simpanannya melebihi 200 ribu ringgit. Pembaca semakin hairan tentang jumlah wang simpanan Fuad. Pembaca juga berasa ingin tahu siapakah yang mengirimkan wang tersebut.
Karya,
Debbie Thomas, Lau Siew Hui dan Simson Agong
5 Sains Alamanda
SMK Merbau, Miri Sarawak


Berdasarkan novel Melunas Rindu, huraikan contoh peristiwa yang menunjukkan kerjasama?

Dalam novel Melunas Rindu, terdapat banyak contoh peristiwa yang menunjukkan nilai kerjasama. Kerjasama  amat penting dalam novel ini kerana nilai ini seharusnya dicontohi dan boleh dijadikan teladan oleh masyarakat.
Contoh peristiwa yang menunjukkan kerjasama dalam novel Melunas Rindu, karya Hartini Hamzah adalah kerjasama antara Fuad dan Robert Lim untuk menolong Fuad mencari ibunya, Mariana. Hal ini berlaku apabila Fuad dan Chin bertemudan Fuad teringatakan keluarganya. Oleh itu, Fuad ingin mencari pusara ibu kandungnya, Mariana yang telah dikebumikan di Felda Lembah Klau. Sewaktu Fuad mencari kubur ibunya, Fuad menemui bapa saudaranya iaitu Peter Lim yang telah membesarkannya dan mendapat tahu bahawa nama sebenarnya ialah Abdul Halim. Setelah Fuad ke Kampung Sedili, dia mendapat tahu bahawa ibunya masih hidup setelah diberitahu oleh Pak Samsudin. Akibat dari pada perkara tersebut, dia berusaha mencari ibunya. Ayah kepada Fuad iaitu Robert Lim membantu Fuad mencari Mariana. Dia ke Danau Seberang untuk menyerahkan cincin dan gambar Mariana untuk membantu Fuad.
Seterusnya peristiwa Fuad bekerjasama dengan Farhana yang merupakan seorang Ketua Panitia Bahasa Inggeris. Contohnya, Fuad membuka kelas tambahan bahasa inggeris untuk pelajar-pelajar yang lemah dalam subjek bahasa inggeris. Oleh itu, Farhana menerangkan mengenai jadual harian kelas dan pencapaian pelajar kepada Fuad. Malah mereka turut berbincang tentang teknik pengajaran dan pemarkahan bahasa inggeris. Bukan itu sahaja, Farhana tekun menyiapkan senarai program untuk dibentangkan pada mesyuarat kokurikulum. Tambahan lagi, Fuad juga diminta memberikan pandangan tentang program tersebut iaitu menekankan bahawa mereka perlu bekerjasama untuk menjayakan program tersebut.
Akhir sekali, Fuad membeli tanah daripada Awang Sojar untuk bersama-sama dengan Pak Ismail mengerjakan tanah tersebut bagi menanam tanaman jagung. Akhirnya, mereka berjaya mengusahakan tanah tersebut sehingga membuahkan hasil.
Karya
Nurezrien bt. Syukri, Ummi Assabrina Amalina bt. Arni & SahilaFaniezabt Morni
5 Bakawali

Latar sangat penting dalam sesebuah novel. Huraikan 2 kepentingan latar dalam novel yang anda kaji.

            Latar merupakan elemen yang sangat penting dalam sesebuah novel. Tanpa latar yang dipaparkan oleh pengarang dalam sesenuah novel, sesuatu cerita tidak akan menarik dan berkesan. Malah, pemilihan latar dalan sesebuah karya mampu memberikan kesan yang mendalam terhadap sesebuah karya.
 Latar yang terdapat dalam novel Melunas Rindu adalah latar masyarakat yang patuh kepada agama. Latar ini merupakan daya penarik dan meninggalkan kesan kepada para pembaca terutamanya dalam memaparkan kesungguhan dan ketekalan Fuaad dalam kembali kepada ajaran Islam. Contohnya, menerusi watak Fuad dalam novel Melunas Rindu yang memaparkan  Fuad sebagai  watak yang taat kepada agama. Beliau sentiasa menunaikan solat apabila sampai waktunya dan tidak pernah meninggalkan solatnya walaupun di mana dia berada. Masyarakat  yang patuh kepada agama merupakan elemen yang penting kerana kita dapat mengetahui watak-watak yang taat kepada agama.
Selain itu, latar yang seterusnya ialah latar masyarakat  yang bertanggungjawab. Contohnya menerusi Fuad yang merupakan seorang  yang rajin dan bertangggungjawab dalam menjalankan tugasnya sebagai guru sandaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia. Masyarakat yang rajin dan bertanggungjawab juga merupakan elemen yang penting dalam sesebuah novel bagi menunjukkan seorang watak yang positif. Sifat ini  amat memberikan kesan kepada para pembaca memandangkan profesion perguruan merupakan suatu profesion yang amat murni malah mendidik anak bangsa untuk menjadi manusia yang berguna kepada negara pada suatu hari nanti.
            Akhir sekali adalah latar yang memberikan impak dan amat penting dalam novel ini ialah latar tempat di hospital. Hal ini boleh dibuktikan menerusi pertemuan Fuad dan ibu kandungnya apabila beliau mengetahui nama ibu Farhana adalah sama dengan nama ibu kandung yang dicari-cari olehnya selama ini. Latar tempat hospital merupakan tempat yang amat bermakna dan saksi  buat Fuad kerana di situlah beliau berjumpa dengan ibu kandungnya setelah bertahun-tahun lamanya. Di hospital jugalah cerita ini ditamatkan oleh pengarang iaitu dengan kehadiran bapa kandung Fuad iaitu Robert Lim.
Karya,
RUBBEN INJAM JILLY, VICTOR LAURENCE LIBAU, BONNIE BRANKA
5 Bakawali