Catatan Perjalanan di AMAZING PHUKET

Phuket merupakan destinasi yang pernah ku impikan untuk dilawati. Keindahan alam dan pulaunya seolah-olah menjadi daya penarik yang amat hebat kepada pelancong dari seluruh dunia. Kami bertiga telah melawat Phuket pada Disember 2010 selama 5 hari 4 malam.... Catatan ini ditulis 7 bulan kemudian sekadar suatu rakaman pengalaman dari kaca mata pelancong. Malah, foto yang diambil juga daripada kamera peribadi yang bukan profesional yang tidak diedit.

Catatan ini tidak ditulis berdasarkan hari memandangkan penulis sudah lupa rentetan peristiwa dan apa yang kukuh dalam ingatan hanyalah lokasi-lokasi yang menyegarkan jiwa.



MAYA BAY ISLAND


Pelabuhan ini terletak kira-kira 45 minit dari lokasi penginapan kami iaitu di Pantai Phatong. Sekiranya hendak pergi pulau, di sinilah jetinya...

MAYA BAY ISLAND

 


KHAI ISLAND

Apa yang paling best di sini, kita boleh snorkelling. Ikan berbagai-bagai jenis, jinak pula tu. Sekejap sahaja ikan-ikan ini dapat menghabiskan pisang yang diberikan. Terdapat banyak hidupan laut yang lain boleh dilihat dengan jelas. Ikan-ikan pun boleh ditangkap dengan mudahnya.

 

Pondok yang dibina ditepi pantai bersedia untuk menyambut tetamu yang ingin menjamu selera...



MAYA BAY ISLAND

Inilah pulai yang paling cantik yang pernah saya lihat. Ramai yang menyatakan bahawa batu di depan itu umpama pintu syurga. Leonardo Decaprio juga pernah berlakon di pulau ini.Memang amaat mengasyikkan. Terasa tak mahu pulang...








Dalam perjaalanan menuju ke Monkey Island. Di sini memang terdapat banyak monyet. Agak jinak, tetapi apaabila hendak berinteraksi dengan monyet-monyet tersebut, kita hendaklah duduk mencangkung supaya sama rendah dengan mereka. Kalau tidak, monyet2 itu akan bertindak ganas...


PHI PHI ISLAND


Salah satu yang saya amat suka tentang Phuket adalah makanannya. Makanan yang disediakan sangat lazat dan harganya pun berpatutan.







PHATONG BEACH




Promosi Muang Thai....di mana-mana....

Promosi massage juga di mana-mana....sangat murah!!!!






PHUKET FANTASEA

Juga merupakan destinasi yang harus dilawati. Semua makanan antarabangsa ada dihidangkan secara buffet bermula pukul 6 petang. Selepas itu, pertunjukan akan berlangsung bermula jam 8.00 mlm sehingg 10.00 malam. Pertunjukkan yang dipaparkan adaalah berkenaan dengan kebudayaan masyarakat di Thailand. Memang menghiburkan....Harga tiket seorang RM160.







Andai suatu hari nanti ada rezeki lagi, saya akan pasti akan kembali ke Phuket. Masih terbayang-bayang hingga kini pulai-pulau dan keindahan pantai Phuket. Saya akan usahakan untuk menerokai Pulau James Bond, berkayak, jungle tracking, dan banyak lagi aktiviti yang menarik.

Bagi pasangan yang ingin berbulan madu, Phuket memang sesuai. Penuh dengan keindahan alam. Semoga catatan yang serba ringkas ini membantu anda untuk memilih destinasi yang hendak dituju kelak....Terima kasih kerana sudi meluangkan masaa untuk membaca....

GOD BLESS!!!!!

4 comments:

  1. terbaik lahh ... nice blog mmg baik dan sgt membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Sekadar ingin berkongsi keindahan alam... :)

      Delete
  2. Antara Negara asia yang mesti dilawati dan dinikmati...terima kasih berkongsi pengalaman..:)

    ReplyDelete
  3. Amazing phuket..negara asia yang mesti dilawati...:)

    ReplyDelete