FOTO (FLORA)

Salah satu daripada Borneo Orkid pribadi....

My Koleksi....

Bunga ni aku tak tau nama. Tapi sangat kecil dan halus....sungguh cantik.
Saya tanam sendiri...:)

Ini merupakan salah sejenis daripada bunga2 yang aku tanam di lanskap depan rumah. Bunganya juga kecil dan halus...tapi banyak....sangat rajin mengeluarkan bunga.

Closeup orkid yang saya tanam....tenang je rasa hati apabila melihatnya...

Bunga ni namanya Yesterday, Today & Tomorrow. Mula2 keluar berwarna pupple...2 hari kemudian akan berubah menjadi warna putih. Sangat berbau harum....kuat pula tu aromanya...

Bunga ni juga aku tanam...tak tau namanya...:)


Salah satu bunga yang menghiasi lanskap depan rumah aku....
Halus dan unik bunganya....macam orkid pun ada...

Shoot bunga ni diambil di Taman Buaya Miri...Tak tau namanya..Sangat kecil!

Foto bunga ni juga di ambil di Taman Buaya Miri..

Tak tau nama bunga ni....warna puple yang agak pudar. Foto diambil di Taman Buaya Miri...

Bunga ni cantik....terutamanya pd warnanya....Lokasi foto ini juga di Taman Buaya Miri...

Spesis Morning Glory....sederhana besar. Lokasi foto ni diambil di rumah Unti Julia di Kuching....

Juga saya tak tau nama bunga ni....maaf la....bunganya agak besar. Lokasinya di Taman Buaya Miri...

Juga spesis Morning Glory....warna birunya agak pudar....kecil sahaja...Lokasi foto ini diambil di rumah Unti Julia di Kuching....

Dalam banyak-banyak foto bunga....foto ini yang saya anggap paling cantik. Entak kenapa....mungkin juga sebab warma purplenya yang begitu menarik...Bunga ni Unti Julia yang tanam di Kuching. Thanks Unti!!!!

Nama bunga ni pun saya tak tau juga.....kecil sahaja. Pokoknya berdaun jarang-jarang....Lokasi foto diambil di Kuching...

Ada rakan-rakan yang komen foto ni macam poskad....Rose Kuning. Memang cantik!!!! Lokasi foto ni diambil di rumah Unti Julia di Kuching...

Tak ingat nama bunga ni...lokasi pun dah tak ingat.....:)

Bunga ni sangat kecil....cantik. Lokasi foto diambil di rumah unti Julia di Kuching...

Tak tau nama bunga ni....memang rajin bunga ni mengeluarkan bunga. Sepanjang masa sentiasa berbunga. Thanks to Unti Julia....kat rumahnya memang puas saya menangkap gambar.....

Bunga ni memang seperti layu....dah memang macam tu....spesis Morning Glory juga rasanya....

Inilah bunga rumput.....yang tak akan kita pandang pun kalau kita berjalan. Siapa sangka selepas diambil gambar, bunga rumput ni begitu cantik dan menyerlah.....Lokasi bunga rumput ni diambil di Grand Old Lady (Muzium Petronas) Miri....

Hobi ini timbul selepas melihat gambar-gambar yang diambil oleh kawan-kawan baikku Cathy, Jeff, Jamaluddin dan Chas. Jun 2010, aku berjaya membeli sebuah kamera DSLR Canon 500D. Selepas itu, aku turut menambah asesori lain seperti Speedlite Canon 430EX II, Telefoto lense Tamron For Canon 18-270. Hobi ini memberikan kepuasan kepadaku....sesekali outing dengan sahabat menghilangkan tekanan kerja.

Thanks my frens.....tak sabar nak outing lagi!!!


1 comment:

  1. cantik semua bunga ni,tertarik saya akan keindahan alam yang dicipta oleh yanhg Maha Esa, Subhanallah...............

    ReplyDelete