Monday, August 8, 2011

MASYARAKAT PENYAYANG, LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK DAN HALANGAN PEMUPUKANNYA (KARANGAN JENIS WAWANCARA BAHAGIAN B)

Peribahasa: Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor...


SOALAN:
Masyarakat penyayang merupakan aspek penting dalam usaha membentuk Malaysia sebagai negara maju.Anda dan seorang rakan berbual-bual tentang cara untuk mencapai hasrat membentuk Masyarakat Penyayang dan halangan-halangan yang dihadapi dalam mencapai hasrat tersebut.Tulis dialog itu selengkapnya.
Contoh Jawapan kedua daripada pelajar saya. :))
 
Wawancara: Masyarakat Penyayang 

            Pada suatu petang, saya melawati rakan sekelas  say,Anne di rumahnya bertujuan untuk memberinya tugasan sekolah pada hari tersebut. Ketika berbual mengenai tugasan tersebut,iklan mengenai  masyarakat penyayang dipaparkan pada skrin televisyen. Lantas, isu tersebut menjadi topik perbualan kami pada petang itu.

Rima    : Anne, iklan tersebut merupakan isu yang hangat diperkatakan. Artikel mengenai masyarakt penyayang laris bagaikan ‘pisang goreng’.

Anne    : Ya, saya setuju. Namun demikian, matlamat yang dikemukakan selaras dengan Wawasan 2020 itu belum berjaya diimplementasikan. Bagaimanakah budaya tersebut berjaya diasaskan secara terperinici?

Rima    : Saya pernah terbaca mengenai masyarakat penyayang. Menurut artikel tersebut, budaya masyarakat penyayang tercetus apabila mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammed mengemukakan visi negara iaitu Wawasan 2020. Cabaran ketujuh dalam ilham negara adalah untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Pentakrifan masyarakat penyayang boleh disimpulkan sebagai sistem sosial yang memeberi penekanan kepada masyarakat melebihi kepentingan diri. Dalam erti kata lain, masyarakat penyayang hidup bermuafakat dengan anggota-anggotanya yang mesra dan bertimbang-rasa.

Anne    : Oh,begitu rupa-rupanya! Walau bagaimanapun,saya berpendapat bahawa nilai kasih sayang bukan sahaja ditujukan khas untuk manusia tetapi untuk alam sekitar juga. Jika dilihat secara kasar,kita menghadapi pelbagai masalah persekitaran seperti pemanasan global dan tanah runtuh.

Rima    : Betul pendapat kamu, Anne. Saya sangat kesal akan sikap sesetengah pihak yang mengekang budaya tersebut daripada diimplementasikan secara komprehensif. Salah satu daripada halangan tersebut adalah kurangnya pengaplikasian nilai-nilai kemasyarakatan dalam hidup. Masyarakt pada zaman kontemporari ini bersikap ‘acuh tak acuh’ dalam pembajaan nilai-nilai kemanusiaan yang menjadi asas hidup pada suatu ketika dahulu. Hal ini demikian kerana peningkatan taraf hidup mendorong pada timbulnya sikap individualistik. Desakan hidup menyebabkan seseorang lebih mementingkan kerjaya  berbanding aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong. Perkembangan zaman teknologi memperlihatkemudahan prasarana seperti hospital dan poliklinik. Keadaan ini menyebabkan peranan jiran berkurangan dalam mebantu jiran yang berada dalam kecemasan. Kecanggihan sistem komunikasi merenggangkan hubungan antara jiran.Kekayaan yang dimiliki mendorong mereka untuk tidak mengamalkan sikap ‘menjaga tepi kain orang’ secara tidak langsung.
Anne    : Di samping itu,keadaan yang menghalang pembudayaan masyarakat penyayang adalah kewujudan pelbagai jenis kebejatan akhlak remaja pada zaman ini. Pada zaman marcapada ini, gejala-gejala sosial seperti penagihan dadah, melepak, bohsia, ponteng sekolah, jenayah remaja dan gejala vandalisme semakin berleluasa. fenomena ini mengelakkan penanaman kasih saynag dalam diri daripada berlaku. Malahan, rata-rata anak muda yang terlibat dalam kancah gejala sosial memberontak sebagai tanda protes terhadap ibu bapa yang rakus menegejar kemewahan.

Rima    : Perkara itu benar. Sementelahan itu,wujudnya kegiatan antisosial dalam kalangan rakyat di negara kita. Kita sedia maklum bahawa asas pada sebuah negara yang cemerlang dalam pelbagai aspek merupakan lahirnya perasaan sayang  tanpa mengambil kira persoalan agama, bangsa dan warna kulit. Setiap kaum mendirikan dinding sabagai medan antara kaum lain. Semangat assabiah atau perkauman yang diapi-apikan semula menjadi titik tolak pada kemunduran sesebuah negara. Malahan, sikap berpuak-puak ini menjadi dominan berbanding perasaan sayang antara satu sama lain. Persoalannya sekarang adalah generasi yang bakal mengambil alih tampuk negara.

Anne    : Oleh itu, pelbagai pihak wajar mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini sebelum semuanya terlambat bak kata pepatah ‘nasi menjadi bubur’. Saya percaya bahawa pihak prima yang berupaya membendung masalah ini adalah peranan keluarga itu sendiri. Keluarga merupakan asas pada pembentukan masyarakat penyayang kerana pembinaan sesebuah institusi kekeluargaan lahir atas dasar cinta atau kasih sayang yang mendalam.  Anak-anak mengenal erti kasih sayang melalui penerapan nilai-nilai murni dalam hidup sejak berada pada peringkat bayi. Perkembangan anak dalam meniti hidup sering diberi perhatian pada aspek rohaniah secara informal di rumah. Maka, anak-anak mewarisi  sifat-sifat positif  dan nilai-nilai murni daripada orang tua masing-masing seperti peribahasa yang berbunyi  ‘bapa borek,anak rintik’. Matlamat ini selaras dengan konsep ‘Keluarga Bahagia’ dan ’Rumahku Syurgaku’ yang diharapkan dapat melahirkan anak watan yang mengerti cabaran ketujuh Wawasan 2020.

Rima    : Di samping itu, pihak pentadbir iaitu kerajaan mempunyai peranan yang fundamental juga. Bagi mencapai matlamat pembentukan masyarakat penyayang, kerajaan melaksanankan beberapa dasar untuk menerapkan budaya penyayang dalam kalangan masyarakat. Secara analoginya,kita boleh menganggap rakyat sebagai akar-akar tunjang yang kuat dan pemimpin sebagai zat-zat galian manakala negara sebagai batang pokok yang besar. Oleh itu, usaha untuk melaksanakan inisiatif ini memerlukan pihak berkuasa untuk membentuk masyarakat berdasarkan acuan yang sejajar dengan misi pembentukan masyarakat penyayang. Antara ikhtiar yang boleh dilaksanakan  adalah kempen-kempen seperti ‘Keluarga Bahagia’,’Kampungku’ dan ‘Cintai Sungai Kita’ melalui peranan media massa elektronik.Kerajaan juga mewujudkan undang-undang seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling dan Akta Perlindungan Kanak-kanak bagi membangkitkan kesedaran untuk meningkatkan kepekaan serta perasaan cinta yang mendalam.

Anne    : Malahan, sistem pendidikan merupakan antara ikhtiar ataupun strategi untuk melahirkan masyarakat penyayang. Misi ini selaras dengan peranan keluarga tetapi dijalankan secara formal. Mata pelajaran yang memberi fokus kepada pembangunan lahiriah adalah Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pengajian Am dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Selain itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum berkapasiti untuk menyemai budaya penyayang dalam diri individu.Tambahan pula, Penubuhan Badan kebajikan di sekolah-sekolah merupakan wadah untuk mewujudkan masyarakat penyayang di mana badan tersebut berfungsi untuk membantu golongan yang susah dan bermasalah.Pendedahan yang diimplementasikan secara berperingkat dan berterusan merupakan kaedah yang berkesan.

Rima    : Saya amat bersetuju dengan pendapat kamu.Oh,nampaknya masa amat mencemburui kita. Deduksinya,masyarakat wajar menyemarakkan aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain, kerana ‘bersatu kita teguh,bercerai kita roboh’. Baiklah, saya ingin meminta izin untuk beredar dahulu. Jumpa kamu esok di sekolah.

Anne    : Baiklah, terima kasih atas pertolongan serta perbualan yang menarik sebentar tadi. 


Karya:

Rima Atria Japarin
5 Sains Alamanda
SMK Merbau Miri



No comments:

Post a Comment