Saturday, September 24, 2011

Huraikan dua contoh peristiwa berdasarkan dua teknik penceritaan dalm novel Melunas Rindu.

Berdasarkan novel yang bertajuk Melunas Rindu karya Hartini Hamzah yang telah saya kaji, terdapat beberapa teknik penceritaan yang telah digunakan oleh pengarang.
            Antara teknik penceritaan yang digunakan ialah teknik imbas kembali. Teknik ini dapat dibuktikan melalui peristiwa ketika di persisiran Pantai Batu Buruk, Fuad terkenang masa lampaunya. Dia terkilan kerana semasa hayatnya, Sofia tidak tahu bahawa mereka adik-beradik. Dia juga teringat kata-kata nista orang kampung dan dibenci oleh Mak Salmah apabila dia pulang ke Danau Seberang tanpa membawa Sofia. Contoh peristiwa lain yang menggunakan teknik imbas kembali ialah apabila ibu Farhana teringat kembali akan arwah suaminya, Fakhrudin yang meninggal dunia akibat pembengkakan pada ususnya.
            Teknik seterusnya ialah teknik pemerian. Antara contoh penggunaan teknik pemerian termasuklah ketika pengarang memerihalkan suasana di ruang legar balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pengarang memerihalkan keriuhan suara orang ramai yang menghantar saudara –mara dan rakan-rakan menunaikan umrah di Mekkah. Selain itu, pengarang menggambarkan kesibukan Bandar Kuala Terengganu dengan kenderaan yang bertali arus sehingga berlaku kesesakan di jalan utama.
            Teknik penceritaan yang terakhir ialah teknik monolog dalaman. Teknik monolog dalaman ini digunakan melalui watak Fuad iaitu ketika Fuad hendak tidur. Dia teringat akan wang yang dimasukkan oleh bapanya ke dalam akaun simpanannya. Fuad mengucapkan terima kasih kepada bapanya di dalam hatinya. Contoh lain ialah ketika Fuad berada di Pantai Batu Buruk. Fuad berkata di dalam hatinya bahawa dia kakan datang ke pantai itu lagi.

Karya,
Andrew Karel, Fatin Rasyidah Hamdan & Nurfaizah Yusuf
5 Sains Alamanda
SMK Merbau, Miri Sarawak

No comments:

Post a Comment