Saturday, September 24, 2011

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua situasi saspen yang ditimbulkan oleh pengarang dalam Novel Melunas Rindu.

                   Novel yang telah saya kaji di tingkatan empat adalah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Melalui novel tersebut, terdapat beberapa situasi saspen yang ditimbulkan oleh pengarang dan cara-cara pengarang menyelesaikan situasi tersebut.
                  Antara situasi saspens yang terdapat dalam novel tersebut adalah ketika Fuad menerima nota ringkas yang mengatakan ada orang yang menunggunya di pintu pagar.Orang tersebut, Chin berharap untuk bertemu dengan Fuad kerana ada hal penting.Pembaca akan tertanya-tanya siapa yang ingin menemui Fuad dan mengetahui tujuan kedatangannya. Cara penyelesaian bagi persoalan tersebut terjawab apabila pengarang menceritakan kehadiran Chin ke sekolah untuk menanyakan khabar Fuad.Selain itu, Chin juga turut menyatakan bahawa Peter Lim yang merupakan bapa saudara Fuad yang kini sakit kerana merinduinya setelah sekian lama berjauhan dengan Fuad.
                  Di samping itu, unsur saspens juga dapat digambarkan melalui watak Fuad yang menziarahi ibu Farhana yang sakit di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Fuad terpandang akan kad rawatan ibu Farhana. Pembaca tertanya-tanya sama ada ibu Farhana adalah ibu Fuad juga. Penyelesaian persoalan ini terjawab apabila Robert Lim iaitu bapa Fuad mengesahkan bahawa ibu Farhana adalah ibu kandung Fuad. Selain itu,nama pada kad rawatan ibu Farhana sama dengan nama ibu kandung Fuad iaitu Mariana.
                Unsur suspen yang lain yang terdapat pada novel ini adalah apabila Fuad menjejaki pusara arwah ibunya di Sungai Ruan.Pembaca tertanya-tanya bahawa Fuad berjaya atau tidak dalam pencarian pusara arwah ibunya. Cara pengarang menyelesaikan persoalan ini adalah apabila Fuad ke Lembah Klau dan ke Kampung Sedili. Pak Shamsudin yang merupakan penduduk kampung tersebut yang mengenali ibu kandung Fuad iaitu Mariana telah menyatakan bahawa ibu Fuad sebenarnya masih hidup.
Hasil karya,
Sabella Binti Justin, Audrey Fanty Anak Jangan, Euanice Anak Teck Choi.
5 Sains Alamanda
SMK Merbau, Miri Sarawak

No comments:

Post a Comment