Mohd. Harraz (adik) ialah ‘mutiara bonda’. Dia dibelai dengan limpahan
kasih sayang, diasuh untuk menjadi seorang yang berbudi dan beriman. Namun
dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki
tunggalnya. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu
bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda,
Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula setelah terlibat dalam kemalangan dan
bernasib baik kerana tidak ditangkap polis semasa serbuan polis di sebuah
pondok yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz
benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah
berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt, Jordan. Akhirnya, impian
bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz tercapai, begitu juga
dengan wasiat ayahnya.
Tema
Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya.
Buktinya bonda gigih dan sabar dalam mendidik anaknya Mohd. Harraz (adik)
sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di Jordan.
Persoalan
i.
Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Contoh: Bonda sangat
menyayangi Mohd. Harraz walaupun anaknya itu sangat nakal dan degil.
ii.
Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.
Contoh: Keempat-empat
orang anak bonda termasuk Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke
peringkat lebih tinggi.
iii.
Keciciran pelajar luar bandar.
Contoh: Mohd.
Harraz pernah berhenti sekolah ketika berada di darjah enam.
iv.
Masalah sosial dalam kalangan remaja.
Contoh: Mohd. Harraz
merokok dan rakan-rakannya yang tidak bersekolah terjebak dalam penagihan
ganja.
v.
Tekanan hidup anak bekas banduan.
Contoh: Mohd.
Harraz menghadapi tekanan kerana bapanya pernah dipenjarakan akibat dituduh
terlibat dalam kes dadah.
Plot
i.
Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak bonda yang sangat gembira
menerima surat daripada anaknya, Mohd. Harazz yang sedang melanjutkan
pelajaran di Jordan. Bonda mengimbas kembali saat-saat ketika
membesarkan adik sehingga berjaya. Ketika Mohd. Harraz berusia 10
hingga 12 tahun, dia sangat nakal dan degil.
ii.
Perkembangan
Pada bahagian ini, penulis menggambarkan kenakalan dan kedegilan Mohd.
Harraz sehingga dia mengambil keputusan berhenti sekolah ketika berada
dalam darjah enam. Namun ibunya tetap sabar melayani kerenahnya itu.
iii.
Puncak
Mohd Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya . Dia diberitahu oleh ibu
bahawa pondok di dusun yang selalu dikunjungi oleh Mohd. Harraz telah
diserbu oleh pihak polis. Mohd. Harraz bernasib baik kerana dia tidak berada di
situ ketika serbuan tersebut dibuat.
iv.
Peleraian
Mohd. Harraz insaf atas kesilapannya dan menyatakan hasratnya untuk
menyambung pelajarannya semula. Akhirnya, Mohd. Harraz berjaya melanjutkan
pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordan.
Teknik Plot
i.
Pemerian
Contoh: Pengarang
memerihalkan keadaan bonda yang gembira apabila mendapat warkah perkhabaran
daripada adik di Jordon.
ii.
Dialog
Contoh: Perbualan antara
bonda dengan adik sewaktu bonda melarang Mohd. Harraz (adik) keluar berjumpa
dengan kawan-kawannya sebelum kemalangan berlaku.
iii.
Imbas Kembali
Contoh: Bonda mengingati
semula kehidupan Mohd. Harraz (adik) ketika kecil terutamanya ketika dia
berusia 12 tahun. Mohd. Harraz berhenti sekolah ketika dalam darjah enam dan
kemudian menyambung semula persekolahan setelah terlibat dengan kemalangan
jalan raya.
iv.
Kejutan
Contoh: Mohd.
Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkannya patah
tangan.
v.
Saspens
Contoh: Pembaca
tertanya-tanya sama ada Mohd. Harraz akan berubah sikap selepas terlibat dalam
kemalangan jalan raya atau tidak.
vi.
Konflik
Contoh: Mohd. Harraz
memberitahu bonda bahawa dia mahu berhenti sekolah. Kak Cik tidak bersetuju dan
sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu yang selalu member muka kepada
adiknya itu.
Watak utama
Adik
i. Nama penuhnya Mohd. Harraz bin
Lebai Sidi.
ii. Anak lelaki tunggal daripada
empat orang adik-beradik.
iii. Degil dan keras hati.
Contoh: Adik tetap
berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh kakak dan
ibunya kerana telah lewat malam.
iv. Malas bersekolah dan terlibat
dalam masalah sosial.
Contoh: Adik berhenti
sekolah semasa darjah enam dan mula merokok.
v. Panas baran.
Contoh: Ketika adik
meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik telah menghempas
cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah bonda enggan
memberikannya.
vi. Insaf akan kesalahan yang
dilakukan.
Contoh: Adik insaf
dengan segala kesalahannya setelah terbabit dengan kemalangan jalan raya.
vii. Berpelajaran tinggi.
Contoh: Adik melanjutkan
pelajarannya di Universiti al-Bayt, Jordan.
Watak Sampingan
Bonda
i. Ibu tunggal yang kematian
suami.
ii. Mempunyai empat orang anak,
tiga perempuan dan seorang lelaki.
iii. Gigih membesarkan anak-anak.
Contoh: Bonda gigih
membesarkan anak-anaknya setelah kematian suaminya.
iv. Mempunyai impian dan
keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya dalam hidup.
Contoh: Bonda percaya
bahawa suatu hari nanti anaknya Mohd. Harraz akan berubah dan peristiwa
tersebut betul-betul berlaku.
v. Sangat sabar menghadapi
kerenah anak lelaki tunggalnya.
Contoh: Bonda tetap
bersabar dengan kerenah adik di usia kecilnya. Pernah ibu jari kaki bonda
terkena serpihan kaca cawan yang dihempas oleh adik.
Kak Cik
i. Anak ketiga daripada empat
orang adik-beradik.
ii. Kurang sabar dan agak pemarah
dengan kerenah adiknya.
Contoh: Kak Cik
menampar adik ketika mereka bertengkar.
iii. Anak yang bertanggungjawab.
Contoh: Kak Cik sering
menenangkan bonda apabila bonda kesedihan.
Latar
Latar Masa
i. Waktu pagi
Contoh: Pada waktu pagi,
pemandu van akan membunyikan hon apabila adik lambat bersiap untuk ke taski.
ii. Waktu senja
Contoh: Bonda berdoa
kepada Tuhan (Malikul Qudus) semoga adik berubah sikap.
iii. Waktu malam
Contoh: Pada pukul 12.30
malam, adik keluar dari rumah dan terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Latar Tempat
i. Rumah Bonda
Contoh: Peristiwa adik
menghempas cawan kaca lalu serpihannya terkena ibu jari kaki bonda sehingga
terluka.
ii. Pondok di dusun
Contoh: Peristiwa polis
menyerbu pondok di dusun yang menjadi tempat kawan-kawan adik berkumpul dan
menghisap ganja.
iii. Atas katil
Contoh: Adik terlantar
lesu di katil dengan kepalanya berbalut tompokan darah dan mukanya calar-balar
akibat daripada kemalangan yang dihadapinya.
Latar
Masyarakat
i.
Masyarakat yang gigih mendidik anak.
Contoh: Bonda gigih
mendidik adik yang degil, nakal dan terlibat dengan masalah sosial.
ii.
Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.
Contoh: Bonda
menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti.
iii.
Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.
Contoh: Bonda tetap menyayangi
adik walaupun adik selalu menyakiti hatinya terutamanya apabila adik mahu
berhenti sekolah.
Gaya Bahasa
i. Personifikasi. Contoh:
- tikaman
masa lampau yang menajam di ingatan
ii. Hiperbola. Contoh:
-
melangit tingg - berasap-asap bara meluat
iii. Sinkope. Contoh
: -
“Bonda yang berdosa sebab tak pandai ajar anak”
iv. Pengulangan. Contoh
: - tidak
pernah
dicubit,
tidak pernah
ditengking
v. Simile. Contoh: - perangainya persis
syaitan- bonda bagai tercampak ke pulau hana
vi. Peribahasa. Contoh:
-
bersengkang mata - mengembalikan manikam ke dalam cembulnya
Nilai
i.
Nilai kasih sayang. Contoh: Bonda amat menyayangi anak-anaknya .
ii. Nilai bertanggungjawab. Contoh:
Bonda bertanggungjawab
mendidik dan membesarkan anak-anak setelah kematian suaminya.
iii.
Nilai kesabaran.
Contoh: Bonda sangat
sabar mendidik anak-anaknya terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz yang
bermasalah.
iv.
Nilai kegigihan.
Contoh: Bonda begitu
gigih mendidik adik sejak adik kecil sehingga berjaya walaupun berhadapan
dengan pelbagai dugaan.
v.
Nilai keinsafan.
Contoh: Adik insaf atas
kesilapannya setelah terlibat dalam kemalangan dan mahu belajar semula.
vi.
Nilai ketabahan.
Contoh: Bonda
tetap tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal
dunia dalam penjara.
Pengajaran
i.
Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.
Contoh: Bonda gigih
mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang berjaya.
ii.
Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak.
Contoh: Walaupun bonda
seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik, membesar dan memberi
kasih sayang terhadap anak-anaknya.
iii.
Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar luar
bandar.
Contoh: Adik berhenti
sekolah ketika darjah enam.
iv.
Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
Contoh: Kak Cik mendakap
bonda erat-erat semasa bonda menangis selepas melihat tindakannya menampar adik.
v.
Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga.
Contoh: Bonda sangat
sabar mendidik anak-anaknya terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz yang
bermasalah.
vi.
Kita haruslah tabah menghadapi dugaan.
Contoh: Bonda
tetap tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal
dunia dalam penjara.
thank you for your notes. reli helped me. im oso a teacher at smk dato permaisuri, miri. i try add u on fb but cant. take care
ReplyDeleteThx for the wond3rful notes .
ReplyDeleteTHX FOR TAT NOTE..AND U HELP ME COMPLETE MY HOMEWORK
ReplyDeleteTHANK YOU..!!
thnk for this....
ReplyDeletereally love this . help me alot w/ my homework :')
ReplyDeletesangat sangat membantu saya dalam menyiapkan h/w komsas :D
ReplyDelete#ReallyReallyHappy :D
Terima Kasih, semoga jasa cikgu akan dibalas berlipat kali ganda..Amin...
ReplyDeleteThanks A Lot
ReplyDeleteSEKALUNG BUDI DAN UCAPAN TERIMA KASIH UNTUKMU CIKGU...
ReplyDeleteI LOVE YOUR NOTES !! <3
ReplyDeletehate your notes
ReplyDeleteterima kasih sebab
Deletebuat page nih mmg terbaik
sebab page nih dh bantu saya buat home work
you are the best (Y)
thanks u for the note , can i ask u some questions pls ans me
ReplyDeletePERSOALAN
1. Kesabaran ibu dalam membesarkan anak-anaknya ?
LATIHAN
1. Buktikan adik seorang panas badan ?
i like your note >< thanks for this note
ReplyDeleteTHANK YOU SOOOO MUCH. THIS HELPED ME FINISH MY HOMEWORK <3
ReplyDeleteTerima kasih atas nota yang sangat berguna ini . Ia sangat membantu saya . Terima kasih sekali lagi . :)
ReplyDeletetqqqqqqqqqqqqqqq
ReplyDeleteTerima kasih daun keladi....... <3
ReplyDeleteThanks it really help me a lot
ReplyDeletethank you so much ;)
ReplyDeletesuperb note....tq...it helped me a lot....
ReplyDeleteAwesome! It helps me to do notes and easy to remember for exam. Thanks..
ReplyDeleteThanks..
ReplyDeletemmg awesome..
ReplyDeletethanks
ReplyDeleteTengs you so much coz bantu . Tajuk niy masuk dalam trial pt3 !
ReplyDeletethank u so much
ReplyDeletesugoii xD its help me a lot desu :)
ReplyDeletethank u s0 much...
ReplyDeleteThanK u S0 MucH....
ReplyDeleteThank u, it help me on exam
ReplyDeleteThanks... Disebabkan nota ni esok saye boleh jawab PT3 ( ujian percubaan yg pertama je... hehehehehe~) Kamsahamnida~
ReplyDeleteku sangat terima kasih atas nota yang diberi ni.bantu ku banyak .terima kasih
ReplyDeleteThanks for this note......its really can help me in exam pt3
ReplyDelete