Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan kehidupan penulis dan
rakan-rakannya yang dibesarkan di kampung. Rata-rata penduduk kampung
merupakan masyarakat miskin yang terpaksa bergantung kepada semua sumber
tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk mengubati penyakit kerana kos
perubatan mahal. Mereka diajar mengaji oleh Hajah Tom yang sering
bermurah hati dan dan amat disayangi oleh mereka. Mereka juga diajar
tentang hal ehwal agama oleh Imam Haji Salleh Pumpong. Hubungan penulis
dan rakan-rakan amat rapat dengan Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong. Kematian
kedua-dua orang yang disayangi ini memberi kesan kepada penulis dan
rakan-rakan.
Tema
Cerpen ini bertemakan tradisi kehidupan dalam masyarakat
Melayu tradisional di kampung. Masyarakat kampung banyak bergantung
kepada tumbuh-tumbuhan semula jadi bagi menjalani kehidupan mereka termasuklah
dalam perubatan tradisional dan sumber makanan harian bagi mereka. Guru
mengaji dan imam pula merupakan tempat rujukan bagi mendalami ilmu agama dan
mengatasi sebarang masalah dalam kehidupan harian.
Persoalan
i. Kepentingan
alam semula jadi dalam meneruskan kehidupan harian.
Contoh: Herba
tumbuhan seperti daun melong, ubi jaga, asam jawa dan buah kundur digunakan
untuk merawat pelbagai penyakit.
ii. Pendidikan
agama dalam masyarakat.
Contoh: Bagi
masyarakat Melayu tradisional, guru mengaji dan imam merupakan orang-orang
penting bagi mendidik ahli-ahli dalam masyarakat
iii. Ketaatan
kepada guru.
Contoh: Masyarakat
kampung tradisional terutamanya kanak-kanak amat taat kepada guru mengaji dan
imam kampung.
iv. Kemiskinan
masyarakat di kampung
Contoh: Masyarakat
kampung digambarkan sebagai masyarakat yang miskin. Penulis dan
rakan-rakannya digambarkan sebagai orang miskin yang sudah lali dengan
kelaparan.
Plot
i. Permulaan
Penulis
mengingati zaman kehidupannya dan rakan-rakannya semasa mereka membesar di
kampung.
ii.
Perkembangan
Penulis
menceritakan kepentingan tumbuh-tumbuhan untuk mengubat pelbagai penyakit bagi
menggantikan ubat-ubatan moden yang lebih mahal dan tidak mampu dibayar oleh
penduduk kampung.
iii. Puncak
Penulis dan
rakan-rakan amat sedih kerana kematian Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong,
kedua-dua orang yang paling disayangi dan dihormati oleh mereka.
iv. Peleraian
Penulis
menganggap Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong merupakan dua orang yang tidak
akan dilupakan oleh mereka.
Teknik Plot
i. Imbas
Kembali
Contoh: Penulis
menggunakan teknik imbas kembali bagi menyampaikan ceritanya dari awal hingga
akhir. Peristiwa menggambarkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya
semasa dibesarkan di kampung.
ii. Dialog
Contoh: Dialog
antara Hajah Tom dan penulis semasa menasihatkan anak-anak muridnya supaya
sentiasa tawakal, berserah dan berdoa kepada Allah Yang Maha Berkuasa agar
mendapat keberkatan ilmu.
iii. Pemerian
Contoh: Penulis
menceritakan secara langsung tentang daun-daun yang dapat digunakan untuk
mengubat pelbagai penyakit.
iv. Kejutan
Contoh: Pembaca
dikejutkan dengan berita kematian Hajah Tom secara tiba-tiba.
Watak Utama
Aku/kami
i.
Penulis dan rakan-rakan merupakan anak kampung yang miskin dan dibesarkan di
kampung.
ii.
Rajin
Contoh: Penulis
dan rakan-rakan rajin membantu sebarang kerja yang diminta oleh Hajah Tom
dan Haji Salleh Pumpong.
iii.
Taat
Contoh: Penulis
dan rakan-rakan bersedia untuk membuat apa-apa sahaja pekerjaan yang disuruh
oleh Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.
Watak Sampingan
Hajah Tom
i.
Hajah Tom ialah guru Quran penulis dan rakan-rakan di kampung.
ii.
Beliau telah kematian suami pada usia yang masih muda.
iii.
Hajah Tom tinggal sendirian di kampung.
iv.
Beliau bertubuh kecil serta berkulit putih licin seperti langsat matang.
v.
Kuat agama. Contoh: Hajah Tom sering menasihatkan penulis dan
rakan-rakannya agar sentiasa mengingati Tuhan.
vi.
Baik hati. Contoh:Hajah Tom akan memasakkan mereka makanan seandainya
dilihat murid-muridnya sangat letih kerana belum makan.
vii.
Pemurah. Contoh: Hajah Tom menjamu penulis dan rakan-rakannya selepas
membantu Haji Salleh Pumpong membersihkan surau akibat musim air pasang.
viii.
Penyayang. Contoh: Hajah Tom sentiasa mengalu-alukan kedatangan
penulis dan rakan-rakannya kerana beliau tidak mempunyai anak. Penulis
dan rakan-rakannya juga telah khatam al-Quran beberapa kali di rumah
Hajah Tom.
Haji Salleh
Pumpong
i.
Haji Salleh Pumpong ialah imam tua di kampung penulis.
ii.
Berpengetahuan luas. Contoh: Aku menyatakan bahawa imam yang paling
tahu segala perkara yang berkaitan dengan agama.
iii.
Pembersih. Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau
walaupun surau itu telah uzur.
iv.
Penyayang. Contoh: Penulis menganggap bahawa Haji Salleh Pumpong seorang
yang penyayang.
Latar
Latar Masa
i.
Waktu subuh. Contoh: Penulis dan rakan-rakan berasa takut pada waktu subuh
kerana ada anjing berkeliaran pada waktu itu.
ii.
Malam-malam pertengahan Ramadhan. Contoh: Hajah Tom menasihatkan penulis dan
rakan-rakan agar mengamalkan surah al-Ikhlas dan bertawakal kerana tiada
binatang buas yang akan mengganggu mereka jika mengamalkan surah tersebut
iii.
Pagi-pagi sebelum keluar rumah. Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa
menghafal surah yang telah diajar oleh Hajah Tom kepada mereka.
iv.
Sebelum habis bulan pertama persekolahan
Contoh: Dalam
jangka masa tersebut, penulis dan rakan-rakannya telah menghafal segala bacaan
dan doa yang diajarkan oleh Hajah Tom kepada mereka.
v.
Suatu hari kelam-kelam buta.Contoh: Haji Salleh Pumpong meminta penulis dan
rakan-rakannya membersihkan surau.
vi.
Tiga bulan kemudian. Contoh: Hajah Tom meninggal dunia selepas tiga bulan
menyuruh Haji Salleh Pumpong mengajarkan solat jenazah kepada penulis dan
rakan-rakannya.
vii.
Awal Ramadhan. Contoh: Awal Ramadhan selepas kematian Hajah Tom, Imam Haji
Salleh Pumpong pula meninggal dunia.
Latar Tempat
i.
Kampung. Contoh: Tempat penulis dan rakan-rakannya dibesarkan.
ii.
Kepala jalan masuk ke kampung sebelum menempuh jalan besar
Contoh: Tempat
pertemuan penulis dan rakan-rakannya semasa dalam perjalanan ke rumah Hajah
Tom.
iii.
Surau. Contoh: Tempat orang-orang kampung sembahyang berjemaah dan
penulis atau rakan-rakannya bergilir-gilir azan apabila disuruh oleh Haji
Salleh Pumpong. Penulis dan rakan-rakannya juga telah membersihkan surau
kerana air pasang yang membawa selut dan lumpur mengotori surau tersebut.
iv.
Gubir. Contoh: Tempat Sarjan Omar, suami Hajah Tom meninggal dunia ditembak
oleh pengganas.
Latar
Masyarakat
i. Masyarakat
kampung.
Contoh: Masyarakat
dalam cerita ini merupakan masyarakat kampung yang digambarkan bergantung
kepada tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan perubatan tradisional.
ii.
Masyarakat miskin.
Contoh: Penduduk
kampung menggunakan rawatan tradisional kerana tidak mampu untuk mendapatkan
rawatan di klinik.
iii. Masyarakat
yang taat kepada guru .
Contoh: Penulis
dan rakan-rakannya amat taat dan menurut kata Hajah Tom sebagai guru Quran
mereka.
iv. Masyarakat
yang prihatin.
Contoh: Hajah
Tom digambarkan sebagai seorang guru mengaji yang amat prihatin terhadap
anak-anak muridnya. Beliau sentiasa mengambil tahu hal-ehwal anak-anak
muridnya sebelum mula mangajar mereka.
v. Masyarakat
yang mengutamakan kebersihan.
Contoh: Haji
Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu sangat daif
keadaannya.
vi. Masyarakat
yang mengenang jasa.
Contoh: Penulis
dan rakan-rakannyanya tidak pernah melupakan jasa Hajah Tom dan Haji Salleh
Pumpong yang banyak mendidik mereka sejak kecil.
Gaya Bahasa
i.
Kata Ganda
Contoh:tua-tua/dewa-dewa/doa-doa/subuh-subuh/malam-malam/pagi-pagi/sama-sama/cepat-cepat/tahun-tahun/compang-camping/satu-satu/berlubang-lubang/sisa-sisa/berebut-rebut/budak-budak/lama-kelamaan.
ii.
Simile. Contoh: Peluang ketemu doktor pula umpama menghadap
dewa-dewa.
iii.
Pengaruh Bahasa Asing. Contoh: bahasa Arab - insya-Allah/Allah
iv.
Pengulangan kata. Contoh: Kalau dia kata jangan, maka
segera kami jauhi; kalau katanya mesti, maka cepat-cepat kami
patuhi.
Nilai
i. Nilai
ketaatan
Contoh: Penulis
dan rakan-rakannya amat taat kepada Hajah Tom dan mengikut semua arahan guru
Quran tersebut.
ii. Nilai
keprihatinan. Contoh: Hajah
Tom amat prihatin kepada anak-anak muridnya dan sentiasa bertanyakan hal-ehwal
mereka sebelum mula mengajar Quran.
iii. Nilai baik
hati. Contoh: Hajah
Tom akan memasakkan nasi untuk penulis dan rakan-rakannya sekiranya mereka
belum makan.
iv. Nilai
mengenang jasa. Contoh: Penulis
dan rakan-rakannya sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong
yang telah banyak berjasa kepada mereka.
v. Nilai kasih
sayang
Contoh: Penulis
dan rakan-rakan menyayangi Hajah Tom yang amat prihatin dan mengambil berat
hal-ehwal mereka sejak mereka kecil lagi sehinggalah beliau meninggal dunia.
vi. Nilai
kebersihan. Contoh: Haji
Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur.
Pengajaran
i. Kita
hendaklah taat kepada guru yang mendidik kita.
Contoh: Penulis
dan rakan-rakannya sentiasa menurut kata Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.
ii. Kita
haruslah prihatin terhadap orang lain.
Contoh: Hajah
Tom sentiasa prihatin dan mengambil tahu hal-ehwal penulis dan rakan-rakannya
yang merupakan anak-anak kampung yang miskin.
iii. Kita
perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama manusia.
Contoh: Hajah
Tom memasakkan nasi dan lauk bagi penulis dan rakan-rakannya apabila mengetahui
mereka keletihan dan kelaparan.
iv. Kita
hendaklah mengenang jasa orang yang mendidik kita.
Contoh: Penulis
dan rakan-rakan sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang
telah mendidik mereka sejak kecil lagi.
v. Kita
hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain.
Contoh: Penulis
dan rakan-rakan amat menyayangi Hajah Tom yang sentiasa baik hati kepada mereka.
thanks bro . its help a lot :)
ReplyDeletethanks , ia amat membantu saya untuk buat h/w komsas. tq...
ReplyDeleteTerima Kasih...membantu
ReplyDeleteterima kasih..senang nak buat kerja dgn adanya kemudahan ini
ReplyDeletethanks :)
ReplyDeleteterima kasih kerana ia amat membantu saya untuk mensiapkan kerja rumah saya..:)
ReplyDeletethanks app
ReplyDeletetajuk ni bosan.. btw thanks 4 the note..
ReplyDeletethanks
ReplyDelete