Babak 1
Ripin telah pergi ke rumah Tuk Wali, untuk memaklum jemputan
bersilat di majlis perkahwinan rumah Haji Kodri. Kedatangannya disambut oleh
Mak Umi. Tuk Wali mahu memenuhi jemputan tersebut walaupun demam. Tuk Wali juga
berbual dengan Ripin tentang kerakusan manusia yang menyebabkan kepupusan
spesies pokok-pokok herba di hutan sebagaimana yang dilakukan oleh Si Guan. Tuk
Wali kesal oleh sebab harga akar-akar kayu semakin rendah Tuk Wali meminta
Ripin memastikan murid-murid silat berkumpul kerana wartawan akan datang pada
malam itu.
Babak 2
Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji Kodri dengan
berpakaian baju Melayu yang lengkap dengan samping dan bersongkok. Tidak lama
kemudian, Imam dan Siak berkunjung ke rumah Tuk Wali. Kedatangan mereka
disambut oleh Mak Umi. Siak menyatakan perasaan tidak senang kerana, dia masih
bersilat di gelanggang. Baginya Tok Wali sepatutnya menghabiskan masa di masjid.
Mak Umi mempertahankan suaminya kerana selama ini suaminya tidak pernah tinggal
solat berjemaah di masjid malah mengerjakan solat sunat setiap malam. Bagi Mak
Umi, Tuk Wali hanya memenuhi hajat orang untuk memeriahkan majlis, tidak
melanggar adat dan agama. Mak Umi meminta Imam dan Siak bercakap dengan Tuk
Wali sendiri tentang hal itu. Dia juga akan memaklumkan nasihat Siak dan Imam
kepada Tok Wali.
Babak 3
Tuk Wali meluahkan rasa tidak senangnya terhadap Piee cucu
tirinya, Piee yang telah memalukan dirinya di rumah Haji Kodri. Mak Umi mahu
Tuk Wali mengubatkan Piee yang menagih dadah. Tuk Wali menyuruh Mak Umi
menghalau Piee jika datang ke rumah itu lagi. Tuk Wali terlalu marah kepada
Piee kerana dia telah mencuri wang tambang Tuk Wali ke Mekah yang berjumlah
RM2000.00. Mak Umi memaklumkan nasihat Imam dan Siak kepada Tok Wali. Tuk Wali
mengatakan bahawa dia boleh duduk berzikir di masjid tetapi dia juga perlu
mengubatkan orang yang patah kaki, terseliuh, dan histeria. Tuk Wali mengimbas
dirinya ketika muda dahulu sering dipuji,dan dianggap hebat. Apabila dia sudah
tua segala yang dilakukannya dipandang tidak elok. Mak Umi mencadangkan
anak-anak muridnya seperti Ripin menggantikan tempatnya untuk bersilat di
majlis kahwin. Tuk Wali mengatakan bahawa silat sudah sebati dengan dirinya.
Tok Wali dikunjungi oleh Ripin dan Mariam. Tuk Wali menyarankan Ripin dan
Mariam mengambil tempatnya untuk mengajar silat tetapi mereka berdua tidak
bersedia Mereka merayu agar Tuk Wali terus mengajarkan silat. Tuk Wali mengambil
sebilah keris dan menceritakan asal usul keris tersebut Tok Wali merasakan
Ripinlah yang layak untuk menjadi pewaris keris itu. Dua orang wartawan dari
majalah Pejuang, iaitu Halim dan Jamil datang ke rumah Tuk Wali untuk menemu
ramahnya.. Piee cucu tiri Tuk Wali yang baru keluar dari pusat pemulihan
muncul. Setelah kedua-dua wartawan itu pulang, Tuk Wali menampar dan memarahi
Piee kerana masuk ke dalam biliknya. Empat orang pemuda telah datang ke rumah
Tuk Wali. Menyangka Tuk Wali tiada di rumah mereka bermain gitar, menyanyi
sambil menari-nari. Tuk Wali memarahi mereka. Salah seorang pemuda telah
ditampar oleh Tuk Wali kerana bersikap biadap.
Babak 4
Siak datang ke rumah Tuk Wali dan mencabar Tuk Wali agar
bersilat dengannya. Siak berasa marah kerana Tuk Wali telah menampar cucunya
yang mahu belajar silat. Mereka bertarung menggunakan sundang. Mak Umi mencari
Ripin untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Ripin berjaya mengunci pergerakan
Siak. Ripin mencadangkan Tuk Wali dan Siak menyelesaikan masalah dengan cara
berunding.. Mak Umi menyuruh Ripin menghantarnya ke rumah Berahim kerana dia
tidak mahu melihat pergaduhan antara Tuk Wali dengan Siak. Siak akhirnya
meninggalkan rumah. Tuk Wali yang kepenatan dan akhirnya terlena dibuai mimpi
indah.
Babak 5
Piee masuk ke rumah Tuk Wali dan mengambil biola serta
sebilah keris yang tersisip di dinding beranda itu. Tuk Wali menyedari perkara
itu dan marahi Piee Kemudian berlaku pergaduhan dan pertikaman antara Tuk Wali
dengan Piee. Semasa Tuk Wali ingin mengambil biola yang dijatuhkan oleh Piee,
Tuk Wali ditikam oleh Piee. Tikaman itu terkena di perut Tuk Wali. Tuk Wali
dapat mengambil keris daripada tangan Piee. Tuk Wali semakin lemah apabila banyak darah keluar daripada lukanya. Ripin terkejut apabila
melihat Tuk Wali yang terbaring berlumuran darah. Ripin mahu menghantar Tuk
Wali ke hospital tetapi Tuk Wali enggan. Tuk Wali sempat menyerahkan keris
tersebut kepada Ripin sebelum meninggal. Ripin ingin menuntut bela atas
kematian Tuk Wali. Dia menyangka Siak yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Imam
muncul dan melihat Ripin memegang keris dalam keadaan Tuk Wali telah terbujur
kaku. Imam menyangka bahawa Ripin telah membunuh Tuk Wali. Berlaku tuduh
menuduh antara Siak dan Ripin Mariam dan Mak Umi sampai lalu menerpa ke arah
mayat Tuk Wali. Mak Umi dan Mariam ingin tahu orang yang membunuh Tuk Wali.
Siak dan Ripin saling menuduh sekali lagi. Mak Umi menafikan Ripin membunuh Tuk
Wali.
Tema
Pemikiran drama Tok Wali ialah perjuangan mempertahankan
warisan budaya bangsa.
Tok Wali mengajarkan ilmu persilatan sejak 50 tahun lalu
kepada pemuda-pemudi kampung. Dia juga mematuhi pantang larang mencari
pokok-pokok kayu herba di hutan demi memelihara warisan hutan tersebut pada
masa akan datang.
Persoalan:
1. Persoalan sikap hormat –menghormati dalam kalangan
masyarakat terhadap orang yang berilmu
Ripin amat menyanjung tinggi Tok Wali yang telah mengajarnya
ilmu silat.
2. Persoalan budaya warisan bangsa yang diremehkan.
Ada sesetengah penduduk kampung yang mencemuh Tok Wali
kerana bersilat dalam majlis perkahwinan.
3. Persoalan masalah penagihan dadah yang sukar dirawat.
Piee yang baru keluar dari pusat pemulihan kembali menagih
kerana tidak dipantau oleh ibu bapanya.
4. Persoalan perasaan dengki dan khianat.
Ada pihak yang dengki kepada Tok Wali lalu menghalau Piee
dari majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri.
5. Persoalan dendam yang berpanjangan.
Siak masih menyimpan perasaan dendam kepada Tok Wali kerana
Tok Wali berkahwin dengan bekas tunangnya
6. Persoalan keprihatin dan dalam kalangan masyarakat.
Tok Wali merawat orang sakit, menguruskan jenazah dan
perkara-perkara lain tanpa meminta sebarang upah.
Plot
Jenis Plot :
Bersifat kronologi – peristiwa berkembang mengikut urutan
waktu babak demi babak. Walau bagaimanapun terdapat unsur imbas kembali,
contohnya sejarah keris yang diwarisi oleh Tok Wali.Pembinaan Plot:
Terdapat empat peringkat binaan plot iaitu
(i) Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak utama iaitu Tok Wali dan
watak-watak sampingan iaitu Mak Umi dan Ripin. Tok Wali diundang membuat
pertunjukan silat di majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri.
Tok Siak berkunjung ke rumah Tok Wali dan berjumpa dengan
Mak Umi. Mereka berhasrat menasihati Tok Wali agar berhenti bersilat kerana
usia Tok Wali telah lanjut dan tidak manis dipandang jika masih lagi bersilat
di gelanggang.Tok Wali kesal kerana peranannya tidak lagi dihargai oleh
orang-orang kampung. Berlaku pertarungan antara Siak dan Tok Wali kerana Tok
Wali telah menampar anak saudara Tok Wali.
Pengarang menggambarkan ruang hadapan rumah Tok Wali yang dipamer dengan pelbagai jenis senjata lama.
Sebahagian besar drama disampaikan dalam bentuk dialog
antara watak.
3. Teknik imbas kembali
Tok Wali menceritakan peristiwa dia menewaskan 4 orang
perompak kedai emas .Secara kebetulan dia sedang duduk di bangku kedai emas
tersebut.
1. Tok Wali
1. Watak utama2. Nama sebenarnya ialah Wak Raja Waliudin bin Raja Agus.
3. Dia berumur dalam lingkungan 70-an.
4. Dia merupakan guru silat yang membuka gelanggangnya sendiri di halaman rumah.
5. Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit.
6. Dia seorang yang tegas dengan pendirian
Tok Wali tetap mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji
Kodri walaupun dinasihati oleh isterinya, Siak dan Imam.7. Dia seorang yang berani.
Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
8. Dia seorang yang pantas bertindak
Tok Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba
merompak kedai emas.
9. Dia seorang yang taat akan perintah agama.Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.
10. Dia seorang yang suka membantu orang lain
Tok Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti
memandikan jenazah tanpa meminta upah.2. Berusia dalam lingkungan 30-an
3. Anak murid yang dipercayai oleh Tok Wali untuk mewarisi kerisnya.
4. Dia seorang yang menghormati orang tua
Ripin sangat menghormati Tok Wali dan bersopan ketika bercakap dengan Tok Wali.
5. Dia seorang yang taat suruhan gurunya.
Apabila disuruh oleh Tok Wali mengumpulkan anak-anakmuridnya kerana ada pemberita datang, Ripin patuh akan kehendak Tok Wali
6. Dia seorang pendendam
Ripin mahu menuntut bela atas kematian Tok Wali.
1. Dia ialah isteri Tok Wali.
2. Berusia dalam lingkungan 50-an.
3. Dia mahir ilmu persilatan semasa muda.
4. Dia seorang yang bijakMak Umi bijak membalas percakapan Siak dan Imam yang mahu menasihati Tok Wali.
5. Dia seorang yang penyabar
Mak Umi sabar melayan kerenah Tok Wali yang membidas kata-katanya.
6. Seorang yang prihatin
Mak Umi mengambil berat tentang Piee yang menjadi penagih dadah.
1. Pada waktu pagi
Ketika Ripin datang ke rumah Tok Wali.
2. Pada waktu petang
Ketika Tok Wali bersiap sedia hendak pergi ke majlis kenduri di rumah Haji Kodri.
3. Pada waktu malam
Ketika Tok Wali bermain biola dan berbual-bual dengan Mak Umi.
1. Di rumah Tok Wali
2 orang pemberita datang menemu ramah Tok Wali di rumahnya.2. Di gelanggang silat
Tok Wali bertarung dengan Siak di gelanggang silat.
2. Masyarakat yang beradab. Tok Wali memenuhi jemputan Haji Kodri supaya membuat pertunjukan silat di majlis kenduri di rumahnya.
3. Masyarakat yang saling menghormati Ripin menghormati Tok Wali kerana memiliki ilmu persilatan dan melayan percakapan Tok Wali dengan sopan.
4. Masyarakat yang hipokrit Siak menggunakan alasan agama untuk mengurangkan pengaruh Tok Wali di kampung itu.
5. Masyarakat yang tidak berakhlak. Piee menjadi penagih dadah dan sukar dipulihkan lagi.
6. Masyarakat yang taat perintah agama. Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid.
2. Bahasa Inggeris Sorryl-ah..
3. Bahasa Indonesia Bisa copot jantungku
4. Sinkope. Yang itu tak pulak disebut!. Kerana dah tualah tak jadi manis tu!
5. Simile. Kawannya macam lalat. ibarat burung dalam sangkar yang terbuka pintunya. macam rimau tak ada gigi
6. Simpulan bahasa. kambing hitam
7. kata ganda. bertalu-talu, gegak-gempita
Tok Wali tegas dengan pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri kerana baginya perbuatannya itu tidak salah.
2. Nilai keberanian
Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang
menyerangnya.
3. Nilai taat akan perintah agamaTok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.
4. Nilai hormat-menghormati
Ripin menghormati Tok Wali yang tinggi ilmu persilatan dan
merupakan guru silatnya.
5. Nilai bertanggungjawab
Tok Wali berasa dirinya bertanggungjawab meneruskan usaha
mengajarkan ilmu silat kepada anak-anak muda kampung tersebut.
6. Nilai tolong-menolong
Ripin membantu Mak Umi yang memanggilnya supaya menamatkan
pergaduhan antara Tok Wali dan Siak.
7. Nilai keprihatinan
Tok Wali sering melakukan kerja kemasyarakatan tanpa
mengharapkan upah seperti menggali kubur dan memandikan jenazah.
Pengajaran:
1. Kita hendaklah mempertahankan warisan bangsa agar
generasi akan dating berpeluang mendapat manfaatnya.2. Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua daripada kita kerana mereka banyak berjasa kepada kita.
3. Kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan agar masyarakat hidup harmoni.
4. Janganlah kita bersikap hipokrit dalam hidup kerana sikap itu memberi kesan yang negatif.
5. Setiap masalah yang dihadapi haruslah diselesaikan secara rundingan supaya tidak berlaku kecederaan atau pertumpahan darah.
6. Kita mestilah bersabar atas ujian yang menimpa kita supaya kehidupan lebih sejahtera.
7. Kita hendaklah bijak menangani masalah yang timbul agar tidak menimbulkan kesusahan kepada diri sendiri kelak.
==
ReplyDeleteits very useful. harap dapat jawab dengan baik dalam exam.terima kasih.
ReplyDeletethanks! for The information with me luck in ExaM 2014 ! T^T
ReplyDeleteThanks . Harap dapat jawab :)
ReplyDeleteKinda scared.... yet thanks... nervousss....
ReplyDeleteTerima kasih, mudah - mudahan dapat jawab exam bm esok :)
ReplyDeletesolan> mcm mna ssorang itu bleh meyakinkan tuk wali bahawa beliau masih diperlukan di gelanggang?
ReplyDeletesoalan> macam mana seseorang itu boleh meyakinkan Tuk Wali bahawa beliau masih diperlukan di gelanggang?
ReplyDelete