SINOPSIS
Kisah bermula
bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lamamengembara
dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar . Bondanya bertanya tentang Si
Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya adalah Indera
Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan
segala binatang.Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti
ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada
dibaham binatang buas. TuankuSyah Alam mengkagumi Indera Nata apabila mendengar
cerita daripada Indera Jenaka. Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi
mengembara dan ternampak sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah
rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia
melihat tujuh orang puteri di dalamnya . Indera Nata memperkenalkan dirinya
sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas perintah
ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan
Indera Nata dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara
yang berlainan. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera
Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa
untuk dimakan apabila mereka dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta
pertolongan raksasa untuk mencarigajah bergading emas bagi membantu Indera Nata
mendapatkan gajah itu segera. Apabila raksasa pulang, Indera Nata
disembunyikan di dalam peti emas dan puteri-puteriitu membuat helah kepada
raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepatdewasa dan boleh dimakan
hati mereka , perlulah mencari gajah bergading emas. Raksasapergi ke hutan
mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan terserempak dengan Raja Rom
yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu
.Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik
gajah bergading emas. Sekali
lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari kijang putih
bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai tanda
sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih
bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya
menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri
melarikan diri dengan menaiki gajah bergading emas bersama semua harta dalam
mahligai itu. Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk
emas dan memutihkan kain yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan
mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua
raksasa terlalu marah dan segera mengikuti kesan tapak kaki gajah dan akhirnya
ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata di atas gajah. Indera Nata
dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasa
sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan
gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan nagamembawa Indera
Nata dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan nagatersebut
membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik
Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga
telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu
mati. Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh
hari tujuh malam sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati.
Bondanya sangat gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata menceritakan
semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri
mereka kepada Tuan Puteri Cederawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri
Cenderawati.
TEMA
Pengembaraan Anak Raja Menempuh
Pelbagai Cabaran
PERSOALAN
·
Persoalan keberanian dan kehebatan
anak raja
·
Persoalan kasih sayang seorang ibu
terhadap anaknya
·
Persoalan kebijaksanaan untuk
mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan diri
·
Persoalan tolong-menolong sesama
manusia
WATAK
Indera
Nata
·
Anak kepada Raja Rom dan Tuan Puteri
Cenderawati
·
Digelar Si Piatu
·
Sangat disayangi oleh ibunya - Ibu
Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih
ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.
·
Mempunyai kesaktian – Indera Jenaka
hairan melihat kelakuan Indera Nata yang boleh bercakap dengan binatang.
·
Seorang yang berani –Menyelamatkan
Indera Jenaka daripada serangan binatang buas
·
Seorang yang baik hati -
Menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa.
Tuan Puteri Cendera Kesuma
·
Anak Raja Mesir
·
Memiliki rupa paras yang
cantik
·
Menjadi tawanan raksasa .
·
Petah berkata-kata -Tuan Puteri
bukan sahaja cantik malah pandai berkata-kata dan berpantun.
·
Bijaksana – pandai membuat helah
untuk membantu Indera Nata dan untuk menyelamatkan diri daripada
raksasa
Raksasa suami isteri
·
Tinggal di mahligai di atas sebuah
bukit yang tinggi.
·
Kejam – menawan tujuh orang puteri
untuk dijadikan makanan.
·
Besar, kuat dan gagah. – gerakan
mereka berbunyi seperti rebut
·
Pemarah dan ganas – membunuh semua
rombongan Raja Rom yang pergi berburu untuk mendapatkan gajah bergading
emas yang dinaiki oleh Raja Rom
·
Mudah diperdaya – percaya helah yang
dibuat oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma
Indera Jenaka
·
Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu
Kembar
·
Menghargai jasa – Indera Jenaka
menghargai Indera Nata dengan menceritakan kebaikandan kelebihan Indera Nata
kepada kedua-dua ibu bapanya.
·
Seorang yang berterus terang
PLOT
·
Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini
dijalin secara KRONOLOGI
·
Pada bahagian PENGENALAN atau EKSPOSISI,
Indera Jenaka menceritakan keberanian dan kehebatan Si Piatu, iaitu nama
sebenarnya Indera Nata yang boleh bercakap dengan binatang buas.
·
Plot terus BERKEMBANG dengan
pengembaraan Indera Nata dalam usaha mencari gajah bergadingkan emas. Indera
Nata sampai di puncak sebuah bukit. Disitulah Indera Nata bertemu dengan tujuh
orang puteri yang menjadi tawanan raksasa suami isteri.Indera Nata bersetuju
menyelamatkan mereka daripada dimakan raksasa.
·
Pada bahagian PERUMITAN, Tuan Puteri Cendera Kesuma mencari
jalan untuk memperdayakan raksasa suami isteri.Baginda meminta raksasa
mencari gajah bergandingkan emas supaya hati mereka lekas besar.
·
Plot mencapai tahap PUNCAK
atau KLIMAKS apabila Indera Nata dan puteri-puteri itu melarikan diri ketika
raksasa keluar mencari kijang bertandukkan emas dan mencuci kain yang hitam
sehingga menjadi putih. Raksasa naik berang lalu mengejar mereka hingga ke tepi
laut. Raksasa itu dibunuh oleh naga dan lembur atas perintah Betara Gangga.
·
Pada bahagian PELERAIAN, Indera
Natamembawa ketujuh-tujuh orang puteri ke benua Rom. Mereka pun tinggal besama-sama
dengan bonda Indera Nata, iaitu TuanPuteri Cenderawati.
LATAR
Latar Tempat
·
Negeri Rom (rumah Si Batu Kembar)
Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya siapa Si Piatu
dan darihal Indera Nata
·
Negeri Pattani
Indera Nata menentang haiwan buas dan menyelamatkan Indera
Jenaka dan Indera Nata boleh bercakap dengan haiwan.
·
Sebuah bukit yang tinggi
Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah
mahligai yang indah bersama-sama tujuh orang puteri yang ditawan
·
Sebuah peti emas
Tempat Indera Nata disembunyikan oleh Tuan Puteri Cendera
Kesuma semasa raksasa balik ke mahligai.
·
Tepi Laut / Pantai
Tempat isteri raksasa mencuci kain
hitam supaya menjadi putih.
·
Rumah Bonda Indera Nata (Tuan Puteri
Cenderawati)
Kepulangan Indera Nata bersama tujuh puteri.Ketujuh-tujuh
puteri menetap di situ.
Latar Masa
·
Waktu pagi – raksasa keluar mencari
kijang putih bertanduk emas.
·
Waktu petang – raksasa tidur.
·
Waktu siang – raksasa keluar mencari
gajah bergading emas.
·
Tujuh hari tujuh malam – perjalanan
Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama tujuh puteri.
·
Waktu tengah malam – Indera Nata
tiba di rumah bondanya bersama tujuh puteri.
Latar Masyarakat
·
Golongan bangsawan – Raja Rom,
Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan Puteri Cendera Kesuma
·
Golongan bawahan – rakyat yang
mengikut Raja Rom pergi berburu yang semuanya dimakan oleh raksasa
·
Masyarakat taat kepada perintah –
Indera Nata mengikut perintah Raja Rom mengembara mencari gajah bergading emas
·
Masyarakat yang memiliki kesaktian
dan hikmat- Indera Nata boleh berinteraksi dan bercakap dengan haiwan,
mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru dan meminta bantuan Betara
Gangga.
·
Masyarakat raksasa – sepasang suami
isteri raksasa yang tinggal di atas sebuah bukit.
·
Masyarakat haiwan – gajah bergading
emas, ular sakti dan naga
NILAI
MURNI
·
Nilai Bijaksana – Tuan Puteri
Cendera Kesuma membuat helah untuk melepaskan diri.
·
Nilai Keberanian – Indera Nata
berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh puteri.
·
Nilai Kasih Sayang – Tuan Puteri Cenderawati
amat menyayangi Indera Nata.
·
Nilai Tolong-menolong - Indera Nata
menyelamatkan tujuh puteri daripada tawanan raksasa dan Tuan Puteri Cendera
Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari gajah bergading emas bagi
membantu Indera Nata.
PENGAJARAN
·
Kita mestilah berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati.
·
Kita mestilah saling menyayangi
antara satu sama lain supaya dapat hidup harmoni.
·
Kita hendaklah bijak menyelesaikan
masalah yang timbul.
·
Kita mestilah menghargai budi yang
diterima dan membalas dengan sebaik-baiknya.
·
Kita hendaklah tolong-menolong
antara satu sama lain.
Latihan: Hikayat Indera Nata
Baca prosa tradisional Hikayat
Indera Nata dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan dengan jawapan
anda sendiri.
1.Nyatakan
reaksi raksasa setelah usahanya mencari kijang bertandukkan emas dan mencuci
kainhitam menjadi putih tidak berhasil .
2.Pada
pendapat anda, wajarkah raksasa itu dibunuh oleh ular dan naga? Mengapakah
anda berpendapat demikian?
3.Pada
pendapat anda, mengapakah raksasa dan isterinya kembali semula ke rumahnya?
anda bagus
ReplyDeleteterima kasih cikgu kerana membantu kami!!
ReplyDeleteterima kasihhhh cikguuuu :D #chepon
ReplyDeleteThank a lots.......I Love U Cikgu
ReplyDeletebaca sinopsis pun dah boleh paham n buat ltihan tnpa refer buku...nice job !!
ReplyDelete