Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan Ana yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kampung Chat, Hulu Pahang. Ana dan semua guru gigih berusaha
menaikkan nama sekolah. Ana mula gelisah apabila anak murid kesayangannya Milah
tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut. Ana terus ke rumah
Milah untuk menziarahinya. Dia mendapati Milah sakit dan dalam keadaan
yang lemah. Ana membawa Milah ke hospital dan doktor mengesahkan Milah
menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL). Ana sedih kerana Milah
meninggal dunia akibat penyakit tersebut sebelum sempat menerima sumsum tulang
daripadanya. Peristiwa sedih itu menyebabkan Ana memohon ditukarkan
kembali ke tempat kelahirannya.
Tema
Cerpen ini bertemakan pengorbanan seorang guru. Ana sanggup mengajar di
sebuah sekolah di pedalaman Pahang. Dia bersama-sama guru di situ berusaha
keras menaikkan prestasi sekolah. Dia juga berhasrat untuk mendermakan sumsum
tulang kepada muridnya Milah yang menghidap leukemia. Malangnya, Milah
meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang Ana.
Persoalan
i.
Kegigihan guru-guru untuk menaikkan prestasi sekolah.
Contoh: Guru-guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat bekerja keras menaikkan prestasi
sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.
ii.
Pengorbanan guru terhadap murid.
Contoh: Ana sanggup
berkorban dengan mendermakan sumsum tulang kepada Milah.
iii.
Kasih sayang guru terhadap murid.
Contoh: Ana
menyayangi Milah seperti adik sendiri.
iv.
Suka duka guru yang mengajar di pedalaman.
Contoh: Ana gembira
mengajar di pedalaman Pahang namun dia amat sedih apabila anak murid kesayangannya meninggal dunia sebelum
sempat menerima sumsum tulangnya.
v.
Kepentingan perubatan moden.
Contoh: Ana membawa
Milah ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah dia tidak sembuh dengan
cara perubatan tradisional.
Plot
i.
Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak Ana yang mengambil keputusan untuk
bertukar sekolah selepas kematian Milah. Milah merupakan anak murid kesayangannya
yang meninggal dunia kerana menghidap penyakit leukemia.
ii.
Perkembangan
Pada bahagian ini, Ana mengimbas kembali saat-saat dia dihantar bertugas di
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat, Pahang dan perkenalannya dengan
Milah. Ana menganggap Milah seperti adiknya sendiri.
iii.
Puncak
Milah meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang Ana.
iv.
Peleraian
Ana reda dengan ketentuan Ilahi dan mengambil keputusan untuk
bertukar ke tempat kelahirannya.
Teknik Plot
i.
Pemerian
Contoh: Pada permulaan
cerita, pengarang memerihalkan watak dan perwatakan Milah yang menarik hati Ana.
ii.
Dialog
Contoh: Perbualan antara
Ana dengan emak Milah tentang ketidakhadiran Milah ke sekolah selama tiga hari.
iii.
Imbas Kembali
Contoh: Ana teringat
detik-detik yang begitu mendebarkan apabila dia ditugaskan untuk mengajar di
Kampung Chat, Hulu Pahang.
iv.
Kejutan
Contoh: Doktor Izah
mengesahkan bahawa Milah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL).
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Ana
i. Seorang guru lulusan
universiti pendidikan tempatan.
ii. Berkhidmat di Sekolah Kampung
Chat, Hulu Pahang
iii. Gigih melaksanakan tugas.
Contoh: Setiap pagi
Sabtu, Ana mengadakan kelas tambahan untuk pelajar- pelajarnya sebagai
persediaan untuk menghadapi PMR.
iv. Sanggup berkorban terhadap
anak didiknya.
Contoh: Ana bertekad
untuk mendermakan sumsum tulang kepada Milah yang menghidap penyakit leukemia.
v. Penyayang.
Contoh: Ana
menyayangi Milah dan menganggapnya seperti adiknya sendiri.
vi. Prihatin.
Contoh: Ana pergi ke
rumah Milah setelah mendapat tahu Milah sakit.
Watak Sampingan
Milah
i. Murid kepada Ana.
ii. Pelajar tingkatan 1.
iii. Anak sulung daripada enam
orang adik-beradik.
iv. Ibunya berniaga secara
kecil-kecilan manakala ayahnya sebagai penangkap ikan.
v. Seorang pelajar yang rajin dan
aktif dalam sukan. Contoh: setiap
petang Milah ke sekolah menyertai aktiviti kokurikulum.
vi. Menghidap penyakit leukemia.
vii. Menerima rawatan kemoterapi
untuk mengubati penyakitnya.
viii. Meninggal dunia sebelum
sempat menerima sumsum tulang daripada Ana.
Latar
Latar Masa
i. Pagi Sabtu
Contoh: Ana seperti
biasa mengadakan kelas tambahan untuk pelajar- pelajarnya sebagai persediaan
untuk menghadapi PMR.
ii. Waktu petang
Contoh: Aktiviti
kokurikulum diadakan pada waktu petang dan selepas itu Ana melawat Milah.
iii. Hari Jumaat.
Contoh: Hari Jumaat
merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh Ana untuk melawat Milah di Hospital
Daerah Kuala Lipis.
iv. Tempoh tiga bulan.
Contoh: Dalam tempoh
tiga bulan Ana telah bergaul mesra dengan masyarakat di Kampung Chat.
Latar Tempat
i. Kampung Chat, Hulu Pahan.
Contoh: Kampung tempat Ana
ditugaskan.
ii. Sekolah Kebangsaan Kampung
Chat. Contoh: Sekolah
pertama tempat Ana mengajar.
iii. Kampung Lenjun. Contoh: Tempat tinggal keluarga Milah yang
terletak kira-kira dua kilometer dari sekolah.
iv. Hospital Daerah, Kuala Lipis.
Contoh: Tempat Milah
mendapat rawatan penyakitnya.
Latar Masyarakat
i.
Masyarakat guru yang prihatin terhadap anak muridnya. Contoh: Ana
mengambil berat terhadap Milah yang tiga hari tidak hadir ke sekolah.
ii.
Masyarakat pendidik yang gigih berusaha dalam bidang akademik dan
kokurikulum. Contoh: Ana
gigih mengajar dan sering mengadakan kelas tambahan yang diikuti dengan tekun
oleh murid-muridnya.
iii.
Masyarakat kampung di pedalaman. Contoh: Masyarakat kampung yang bekerja
sebagai nelayan.
iv.
Masyarakat yang tabah menghadapi takdir Tuhan. Contoh: Ayah
Milah dan Ana tabah dan reda dengan ketentuan Ilahi bahawa Milah meninggal
dunia akibat leukemia.
v.
Masyarakat guru yang mencintai profesion keguruan. Contoh: Ana berazam dan
sanggup mencurah baktinya di sekolah yang jauh di pedalaman.
Gaya Bahasa
i.
Personifikasi
Contoh: Tambahan pula,
dengan keindahan hutan dara yang menghijau disulami nyanyian unggas dan
percikan air jeram semasa menyusuri Sungai Kuah benar-benar menggamit Ana untuk kembali ke kampung itu
suatu hari nanti sebagai tenaga pengajar.
ii.
Sinkope. Contoh: “Belum
. Ayah Milah dah cari air penawar, tetapi tak
kurang-kurang
demamnya…..” keluh emak Maisarah.
iii.
Kata Ganda. Contohnya: Kini
segala-galanya hanya tinggal kenangan
iv. Simile. Contohnya: Tanpa suara manja Milah bagaikan lagu berirama.
v. Metafora. Contoh: hutan dara
Nilai
i.
Nilai kasih sayang.
Contoh: Ana sangat
menyayangi Milah dan menganggap Milah seperti adiknya sendiri.
ii.
Nilai pengorbanan.
Contohnya : Ana bertekad
untuk mendermakan sumsum tulangnya kepada Milah.
iii.
Nilai kerajinan.
Contoh :Ana juga rajin
membantu ibu Milah berniaga kedai runcit di kampung.
iv.
Nilai simpati.
Contoh : Ramai yang
bersimpati apabila mengetahui bahwa Milah disahkan menghidap penyakit leukemia.
v.
Nilai kegigihan.
Contoh: Ana dan guru-guru
yang lain gigih berusaha untuk menaikkan nama sekolah dalam bidang akademik dan
kokurikulum.
vi.
Nilai keprihatinan.
Contoh: Ana amat
prihatin dan mengambil berat tentang penyakit leukemia yang dihidapi oleh Milah.
Pengajaran
i. Kita hendaklah mengasihi
sesama insan Contoh : Ana
mengasihi Milah seperti adiknya sendiri.
ii. Kita hendaklah sanggup
berkorban untuk kebaikan orang lain.
Contoh : Ana
sanggup berkorban untuk mendermakan sumsum tulangnya kepada Milah.
iii. Kita hendaklah rajin
membantu untuk meringankan beban orang lain.
Contoh: Ana
rajin membantu ibu Milah berniaga di kedai runcit.
iv. Kita hendaklah bersimpati
dengan nasib malang yang menimpa orang lain.
Contoh : Ramai
yang bersimpati apabila mengetahui bahawa Milah disahkan menghidap
penyakit leukemia.
thank you.. this probably can help me with my homework .
ReplyDeletethank you .. this website helps me alot with my komsas homework ^_^
ReplyDeletethis websites really helps me a lot with my komsas hw . thanksss .
ReplyDeletethank you very much for all the information about komsas :)
ReplyDeleteterima kasih by ty fen �� website ini telah banyak membantu saya dan alvin ��
ReplyDeletepls appprove my comment thks ��
ReplyDeleteTQ...banyak membanatu
ReplyDelete