Catatan Perjalanan di AMAZING BALI 2011


Sekadar ingin berkongsi pengalaman menikmati keindahan di bumi BALI, catatan ini ditulis.


DAY 1

Tiba di Lapangan Terbang Denpasar,BALI kami terus dibawa pemandu pelancong ke hotel penginapan. Sepatutnya, kalau mengikut progam kami terus dibawa ke lokasi yang pertama. Memandangkan kami lewat tiba, maka lawatan untuk hari pertama ditunda ke hari yang terakhir...:)

DEKUTA HOTEL, KUTA BEACH, BALI

Kami bertiga hanya berjalan-jalan di sekitar Kuta Beach...menyaksikan gelagat dan menikmati keindahan Pantai Kuta yg amat sarat dengan manusia dr seluruh pelosok dunia....

KUTA BEACH, BALI


Sepanjang pantai, banyak perkhidmatan mengurut, tocang rambut, mengecat kuku disediakan...

Termasuklah perkhidmatan Tatoo...
Ada yang sementara juga. Terfikir juga nak buat, tapi tak ada masa....



Para ibu yang gigih mencari rezeki dengan memberikan perkhidmatan mengurut kaki dan mengecat kuku....


Tidak ketinggalan si penjual tikar....



Juga si penjual rojak.....kaum wanita di Bali sentiasa meletakkan raga, bakul dll atas kepala tanpa jatuh. Fuh!!! kagum...





DAY 2

Hari kedua, kami bertiga dibawa ke Kintamani iaitu lokasi tasik yang tercantik di Bali yang berhampiran dengan gunung berapi yang masih aktif. Dalam perjalanan ke sanaa yang mengambil masa 2 jam dari hotel, kami singgah di beberapa lokasi menarik.

Tirtha Empul Temple

Kuil ini dianggap sebagai kuil yang paling suci di BALI. Ramai yang mandi dan mereka percaya mandi di kuil ini mampu menghalang mereka daripada kuasa-kuasa jahat atau anasir-anasir yang negatif.


Sebelum itu kami juga sempat menyaksikan tarian Barong & Keris Dance. Tarian yang berlangsung selama sejam ini memaparkan kebudayaan BALI yang banyak memaparkan unsur-unsur Hindu...












Dalam perjalanan selepas menyaksikan Tarian Barong & Keris Dance, kami singgah di Bidadari Bali Batik. Ramai pelukis batik yang menunjukkan teknik melukis batik kepada pelancong. Janji pakai baju putih, bagi je kepada mereka untuk dilukis. Upah hanya RM2 sahaja...tapi sayang masa tu tak bawa baju putih. Ada juga mereka jual, tetapi mahal banget!!!



 
Seterusnya kami makan tengah hari di Kintamani iaitu di Mount & Lake Batur. Makan sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan....

 Kintamani, Mount & Lake Batur



Tirtha Empul Temple










DAY 3

Hari ketiga kami menghabiskan masa di pantai.. Pemandu pelancong kami terlibat dengan komitmen lain. Maka, cuba dan naik saja apa yang boleh dinaiki...memang hebat!!! Patut la org kata BALI NEVER SLEEP...every day is saturday night di sini...

 LOVENA BEACH, BALI


Naik benda tu, harga lebih kurang RM50-60 kita...utk 3 minit saja...


Dalam perjalanan ke Pulau Penyu, dengan menyewa bot peribadi saya sempat merakamkan panorama ini. Sungguh indah!!!





Singgah selama 30 minit di sini....menyelam seketika. Tapi tak ada ikan. Phuket lebih cantik kalau nak skuba/ atau menyelam...



Petang tu, sekali lagi kami berjalan2 di Kuta Beach. Hanya beberapa minit sahaja dari hotel. Pantai ini memang jadi tumpuan pelancong. Lokasinya yg berada di pusat perniagaan dan banyak hotel menjadikannya popular...




DAY 4

Pada hari keempat, kami mulakan perjalanan lebih awal kerana banyak lokasi yang menarik akan dikunjungi pada hari ini.Hari ini merupakan hari yang paling best, sungguh indah ciptaan Tuhan. Menyaksikan keindahan alam..... 


TANAH LOT, BEDUGUL






Upacara penyembahan dalam agama Hindu di mana-mana sahaja. Masyarakat Bali sungguh taat pada agama mereka...


Kuil di atas batu. Sungguh indah. Tapi sayang, ketika kami di sini, kami tak dapat berjalan di sekitar kuil ini memandangkan air laut pasang. Kami hanya mampu menikmati pemandangan ini dari kejauhan sahaja...


Di tepi pantai, banyak gerai disediakan...difahamkan pelancong memenuhi kawasan ini untuk menunggu senja...alangkah indahnya....Kami tidak dapat manikmati senja di sini kerana masih ada lagi lokasi yang menarik yang perlu kami kunjungi...



 

Seterusnya kami ke lokasi lain. Melawat kuil di atas tasik, atau kuil terapung. Sungguh indah. Kebetulan terdapat sepasang pengantin baru yang merakamkan gambar perkahwinan mereka di sini. Sungguh romantik.


Royal Mengwi Temple, Bedugul with Lake Bratan




Mereka ni sedang membuat persediaan bagi upacara keagamaan yang penting...


Royal Mengwi Temple




Royal Mengwi Temple, Bedugul with Lake Bratan



Tak terkata!!!! Sungguh cantik panoramanya...


Twin Lake....dalam perjalanan ke sini sungguh banyak monyet di kiri dan kanan jalan...agak ganas juga. Suka merampas barangan seperti kamera, ikat rambut, cermin mata, beg dan lain2 yg boleh diambil....




DAY 5

Hari terakhir di BALI, flight ke Kuala Lumpur berlepas pukul 5.30 petang. Sempat lagi kami ke beberapa lokasi yang menarik. Terasa berat hati untuk meninggalkan bumi BALI....


Pemandangan daripada ULUWATU TEMPLE....

Tak ingat dah nama pantai ni. Banyak sangat dah pantai kami pergi...hehehe



Salah satu pemandangan di DREAM LAND BEACH..


DREAM LAND BEACH..








Garuda Wisnu Kencana Cultural Park..



Patung ni merupakan patung yang terbesar di Bali. Diperbuat daripada tembaga. Masih belum siap. Anggota badannya belum lagi disambungkan...menurut pemandu pelancong kami, anggota badannya dibuat di likasi yang berbesa dan akan dipindahkan menggunakan helikopter...



Lupa juga nama tempat ni. Tapi inilah yang paling unik. Sebanyak 5 buah rumah ibadat yang dibina berdekatan, berkongsi kawasan pakerking dan pagar yang sama....iaitu Kuil Hindu, Kuil Budha, Gereja Protestant, Gereja Katolik dan Masjid....Dalam hari saya berdoa, semoga suatu hari nanti, akan dibina juga rumah ibadat seperti ini di tanah airku yang tercinta MALAYSIA....... I WISH!!!! Kitakan 1 MALAYSIA!!!


GEGER BEACH.....
Memang cantik!!!


Panorama dari restoran di tepi pantai...kapal terbang mendarat di BALI....




Selama 5 hari di bumi BALI, banyak kenangan indah yang tersemat indah dalam sanubari ini. Semoga paparan ini boleh dijadikan panduan untuk pembaca memilih destinasi yang ingin dikunjungi....


Terima Kasih kerana sudi membaca....
GOD BLESS!!!!!!


No comments:

Post a Comment