KOLEKSI RESENSI NOVEL YANG PERNAH DIBACA



Harga: RM24.00
Halaman: 741
Penerbit: NBKara Sdn Bhd


Rasanya tidak pernah seorang pun manusia di dunia mememohon untuk merasa untuk sakit. Dicintai dan ditinggalkan pergi. Begitu juga Wardina. Dicintai juga tidak pernah dipinta apatah lagi ditinggalkan. Di saat bulan madu masih merah menyala, Zafrul suaminya pergi tanpa khabar berita. Wardina tertekan dan kadangkala rasa terhina. Pantasnya seorang lelaki berjanji, pantasnya mereka pergi. Namun sebagai manusia, Wardina harus akur takdir yang telah diaturkan untuknya…

Kisah tentang wanita yang bernama Wardina, sekali lagi kak Yati membentangkan kisah kemelut kehidupan seorang wanita yang tabah dengan dugaan, ditinggalkan dan bermadu.
Banyak sekali novel dari kak Yati yang positif tentang hidup bermadu. Wajar dibaca oleh wanita masakini dan sepatutnya boleh mengubah persepsi terhadap poligami.              

Wardina, seorang student di Jerman, yang tinggal bersama kawan sekolej, tiba-tiba dipertemukan dengan Zafrul yang merupakan anak Tan Sri yang tidak tahu hal agama, langsung menyukai Wardina dan memikatnya. Bagai langit dengan bumi, Zafrul dan Wardina akhirnya berkahwin juga, dan bagusnya Zafrul mulai belajar hal agama dengan Wardina.

Ayah Zafrul, Tan Sri Jalal seorang yang tidak percaya agama, malah telah rosak akidah dengan tidak mempercayai kewujudan syurga dan neraka, dia angkuh, sombong dan ego. Bilamana mendengar Zafrul anak sulong nya bernikah, dia memanggil Zafrul pulang ke Malaysia.

Mulai dari Zafrul pulang, ayahnya menggula-gulakan Zafrul supaya meninggalkan Wardina dan berkahwin dgn wanita pilihan ayahnya. Tan Sri Jalal sering terlibat dengan maksiat, akhirnya dia kecundang dengan maksiatnya sendiri. Dia jatuh sakit dan terlantar di hospital dengan penyakit kronik akibat alkohol.

Wardina pula setelah menunggu suaminya yang tidak pulang, dia pasrah dan meneruskan kehidupannya sendirian di Jerman selama dua tahun, dan akhirnya ke China membuat perniagaan logisitik di sana. Selama itu lah dia tidak berkahwin lain dan tidak membuka pintu hatinya untuk sesiapa. Dan juga dia tidak lagi punya perasaan terhadap Zafrul lagi. Sedangkan ketika ini Zafrul menderita jiwa dan raga, setelah perkahwinan demi perkahwinan yang tidak sempurna. Isteri yang dipilih Tan Sri tidak sesuai dengan jiwanya, kesemua mereka (ada dua isteri - Danielle dan Onah) derhaka pada suami, sering membentak-bentak dan menengking Zafrul.

Titik pertemuan klimaks berlaku bilamana, kawan serumah Wardina di Jerman dulu, (Nisak) terserempak dengan Zafrul dalam tren dari KLIA ke KL Sentral (setelah 8 tahun berlalu). Zafrul merayu2 Nisak untuk mendapatkan alamat Wardina. Nisak walaubagaimanapun tidak mahu Wardina terganggu lagi, dia enggan memberikan apa-apa pada Zafrul, ini menambah lagi kekecewaan Zafrul.

Dalam pada itu, syarikat Tan Sri Jalal, terpaksa dikendalikan oleh isteri pertamanya Puan Sri Fauziah. Puan Sri punya satu projek halal hub yang ditunda oleh Tan Sri, sebab Tan Sri tak menyukai halal. Puan Sri bergandingan dengan anak keduanya Zafran menyiapkan projek dan survey ke China. Di sini lah klimaks kedua berlaku di mana Nisak dan Wardina berjumpa Puan Sri dan Zafran tanpa mengetahui hubungan masing2, perjumpaan akibat Wardina yang terlalu bersifat menolong, dilihat puan sri tersebut terkial-kial di airport GuangZhao. Dari situ hubungan sebagai rakan senegara terjalin, tanpa mengetahui hubungan sebenar.

Bagaimanakah akhirnya? Zafrul atau Zafran? Adakah hubungan akan terbongkar? dan bagaimana penerimaan Wardina. 

Baca lah sendiri, memang best!.






Kisah Abby (Nur Qazrina - baby) belajar kat Padang, Keluarga dia di KL cuma ada mak, kakak dan Mak Ina sahaja. Ayah dia dah lama hilang, dan emak tak pernah nak cerita pasal ayahnya. Kakaknya (Kak Lisa) tak berapa baik hubungan dengan Abby ni, sebab masa melahirkan Abby, ayahnya dipercayai menghantar surat cerai pada emaknya. Sebab tu Kak Lisa menyalahkan kelahiran Abby.

Kak Lisa pula kerja sebagai setiausaha dan glamour. Ada dua orang teman lelaki yang selalu datang ke rumah, Syed Faiz dan Kamel. Perkenalan Abby dan Faiz secara tidak sengaja semasa Faiz datang ke rumah untuk menghantar makanan 2 ekor anak kucing milik Faiz yang dibela oleh keluarga Abby. Kebetulan kucing-kucing tersebut dihantar ke rumah keluarga Abby sebab datuk Faiz alahan. Datuk Faiz tinggal dengan Faiz sejak sakit tua.
Perkenalan yang sekejap itu, membawa kepada bibit-bibit  cinta antara Faiz dan Abby. Walaupun Abby masih kebudak-budakan dan tidak tahu bahawa Faiz menaruh hati padanya.

Kemudian Faiz menghantar rombongan merisik dan meminang yang disangkakan untuk Kak Lisa, tetapi sebaliknya untuk Abby. Dan ini membuatkan Abby terkejut dan mulai belajar menerima Faiz. Sementara itu Kak Lisa mengamuk juga akibat kejadian tersebut tapi akhirnya reda, namun masih berperangai pelik, bagai memusuhi Abby.

Konflik timbul bila tiba masa pernikahan, Abby telah berjaya menemui ayahnya, Pak Mus, yang tidak disangka-sangka merupakan ayah kandungnya. Padahal Pak Mus memang sudah lama mengetahui Abby anak kandungnya sendiri. Perkahwinan diteruskan juga. Tiada sebarang masalah, dan ayah Abby terus pulang selepas mewalikan Abby.

Sementara itu, Kak Lisa sebenarnya jatuh sakit barah tulang, dia terlantar di hospital tanpa memberitahu keluarga, kawan-kawannya dtang ke rumah menyampaikan cerita tentang Lisa. Doktor memerlukan sedikit dari tulang sum-sum ahli keluarga, dan yang paling sesuai adalah Abby. Kemudian semua nya selamat. Lisa akhirnya berubah setelah mengetahui walaupun dirahsiakan siapa penderma tersebut. Lisa pula akan bernikah dengan Kamel dan akan ke Mekah selepas perkahwinan.

Selepas beberapa tahun perkahwinan dan mempunyai seorang anak perempuan, Abby diduga dengan bekas tunangan Faiz, yang merayu-rayu pada Faiz. Abby pasrah dan membawa diri bersama emak dan anak2 ke Padang bagi menenangkan fikiran. Faiz datang memujuknya dan berjayakah Faiz?

Harga : RM 19.90
Halaman :544









 Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.
Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.
Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....
Harga : RM 19.90
Halaman :560





KEMELUT yang melanda kak long kerana diperkosa oleh lelaki yang tidak dikenali telah membuatkan Amalia amat membenci setiap insan bernama lelaki. Kak long menderita sehinggalah dijemput ILAHI akibat penyakit serius yang ditanggungnya.
Amalia sedih lalu membawa diri ke kota metropoitan dengan bekerja di sebuah syarikat terkemuka. Di sana, dia menemui Farhan Hakim yang menaruh perasaan terhadapnya. Ketulusan dan keikhlasan hati Amalia telah diambil kesempatan oleh seseorang yang amat mencemburuinya. Dengan rancangan yang teliti, Farhan yang telah diberi pil khayal hampir merenggut kegadisan Amalia.
Keampunan dan kemaafan berulang kali dilafazkan kerana Farhan tidak berniat berbuat begitu. Namun, sampai bila Amalia harus membenci lelaki sedangkan ada insan yang sudi bertapak di hatinya? Mulut kata tidak, tetapi hati kata mahu. Namun, apakan daya... Raihana terlebih dahulu menagih cinta daripada Farhan. Amalia pasrah kerana tidak mungkin dia memenangi perlumbaan cinta ini. Hanya yang berhak mendapatkan cinta suci ini.
Puas berdoa di hadapan Kaabah, namun wajah lelaki itu datang menerpa sanubarinya. Sesak nafas tatkala Farhan hadir mengusik jiwa perempuannya. Akhirnya, Amalia sekali lagi cuba membawa diri jauh dari tanah air ketika Raihana menunggu lafaz ijab dan kabul daripada Farhan.
"Oh, TUHAN... ujian ini terlalu berat kutanggung. Mencintai dan dicintai amat kudambakan. Tetapi, kenapa aku tidak merasai belaian jiwa lelaki itu?"

Halaman : 480
Harga : RM 18.00
Penulis : Aini Marisha
Keluaran : Alaf 21


MURNI ditakdirkan lahir sebagai anak yang tidak suci atau lebih tepat lagi hasil daripada perbuatan sumbang mahram. Walaupun kehadirannya tidak dipinta, namun ujian ALLAH dia rela menerimanya. Hidupnya setiap hari dihiasi dengan cacian dan hinaan. Lantas, pada siapa dia harus mengadu? Sebagai manusia yang punya perasaan, hatinya sentiasa merintih pedih.
Darahnya dikatakan kotor dan keturunannya dianggap tidak baik untuk dijadikan menantu. Disebabkan itu, dia terpaksa melupakan rasa cinta yang mula berputik di jiwa. Dengan memegang status sebagai anak tidak sah taraf, dia sering menghumban dirinya ke lembah yang paling hina. Biarlah... dia rela berkorban andai itu suratannya.
Seandainya dia memang tidak layak untuk mengecapi bahagia, mengapa dirinya difitrahkan cinta? Kalau darah ini tidak serupa yang halal, mengapa ada cinta senandung di hati? Biarlah... buat apa hendak diharap burung yang terbang kalau diri merayap di bumi. Persoalan itulah yang sering membelenggu sanubari Murni.
"Shah... Apa yang aku buat sekarang adalah sebagai pengorbanan. Aku terpaksa, Shah. Aku gadai cinta aku semata-mata demimu. Ketahuilah, walau apa jua yang berlaku, hati ini tetap milikmu. Aku berharap suatu hari nanti, kau ketemu jodoh yang lebih baik” kata-kata Murni itu amat mendalam dalam jiwa Cikgu yang membacanya.
Akhirnya, Murni menemui kebahagiaan itu setelah bertahun-tahun dia menderita. Dia berkahwin dengan kekasih hatinya Shah dan Murni bergelar Datin Sri Murni. Namun, Dato Shah telah meninggal dunia kerana barah otak yang telah lama dihidapinya. Ibu mertua pada peringkat awal amat menentang kini dapat menerima Murni seadanya.
Cikgu memberikan lima bintang untuk novel ini kerana terlalu menyayat hati. Pengolahan ceritanya yang mendayu-dayu dan melankolik dari awal hingga ke akhir cerita mampu membuat hati cikgu gundah gulana. Bacalah... dan nikmatilah keindahan pengolahan ceritanya.....


Halaman : 480
Harga : RM 18.00
Penulis : Ilani Mysara
Keluaran : Alaf 21