Semangat
patriotisme ialah semangat cinta akan negara. Perdana Menteri, Yang Amat
Berhormat Dato’ Seri Najib Tun Abdul
Razak menyatakan bahawa semangat patriotisme perlu dipupuk dalam diri generasi
muda di negara ini supaya rakyat di negara lain dapat menghormati dan memandang
mulia kepada kita. Tambah beliau lagi, semangat patriotisme hendaklah
diterapkan dalam diri generasi muda kita kerana budaya ini sudah menjadi
sebahagian negara.Terutamanya ,ibu bapa perlu menerapkan semangat patriotisme
dalam diri anak-anak untuk menjadikan mereka sebagai generasi muda yang
cemerlang dan dibanggakan oleh negara kerana keperibadian generasi kini akan
mencerminkan keperibadian negara ini. Banyak langkah yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak
untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri generasi masa kini.
Antara langkah yang boleh dilakukan
untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri generasi muda ialah bermula dari
ibu bapa. Misalnya, ibu bapa perlu sering bercerita tentang tokoh-tokoh pejuang
tanah air kepada anak-anak. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat
diterapkan semasa anak-anak masih kecil lagi. Ibu bapa haruslah bercerita atau
membacakan cerita tentang perjuangan tokoh-tokoh terkenal seperti Mat Kilau,
Tok Janggut, Tok Kenali,Datuk Bahaman dan banyak lagi pejuang tanah air. Ibu
bapa perlu mendedahkan jasa-jasa pejuang tanah air dengan memberitahu mereka
betapa sukarnya berjuang untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajahan. Selain
itu, menceritakan peristiwa orang-orang terdahulu hidup semasa zaman penjajahan.
Apabila bercerita ibu bapa perlu menekankan betapa pentingnya semangat
patriotisme dalam diri kita. Hal ini dapat dilihat apabila orang terdahulu
mengharungi pahit maung dan bertapa sukarnya untuk mendapatkan makanan, hidup
dalam kesusahan dan kesengsaraan serta sentiasa dizalimi oleh penjajah. Mereka
akan dapat membandingkan keadaan hidup dalam pascamerdeka.
Selain itu, pihak sekolah perlu
mengadakan lawatan ke tempat bersejarah untuk pelajar-pelajar sekolah supaya
menjadi generasi yang mempunyai semangat patriotisme. Terdapat banyak tempat
bersejarah di negara kita untuk dikunjungi. Tempat-tempat tersebut merupakan
monument yang perlu dipelihara supaya generasi kini akan dapat melihat sendiri
dan merasai kesan yang amat mendalam. Sebagai contoh tempat bersejarah yang
boleh dilawati ialah Kota A’ Famosa di Melaka. Sambil melawat ke tempat
bersejarah, guru yang mengetuai lawatan tersebut perlu menceritakan tentang
kejatuhan Melaka lalu Portugis membina Kota A’ Famosa. Pelajar-pelajar akan
dapat melihat kesan peristiwa tanah air dan dapat menerapkan semangat cinta
akan negara.pemerhatian mereka terhadap kesan-kesan peninggalan sejarah akan
melahirkan semangat juang untuk menpertahankan negara daripada ancaman musuh.
Contohnya, kunjungan ke tempat bersejarah yang lain seperti Bandar Hilir Melaka
yang akan mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh
Portugis, Belanda dan Inggeris.
Tambahan lagi, generasi kini perlu
menyertai program yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Contohnya remaja kini
perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Program ini dipernuhi dengan
aktiviti yang memupuk semangat patriotik seperti kawad kaki dan latihan
berkumpulan. Program ini juga merupakan gabungan latihan ketenteraan dan
memupuk semangat patriotik kepada mereka
ke arah cinta akan negara. Pelatih-pelatih akan dapat mempelajari nilai-nilai
murni seperti tanggungjawab, kerjasama dan hormat-menghormati. Pelatih akan
bercampur gaul dengan pelatih lain yang berbilang kaum, budaya dan agama yang
berbeza. Hal ini akan dapat memupuk semangat perpaduan yang merupakan elemen
yang penting dalam semangat patriotik seperti pepatah bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh. Di samping itu, program ini akan dapat melahirkan generasi
yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan dan kedaulatan
negara.
Seterusnya, ibu bapa perlu sering
membawa anak-anak menyambut hari kemerdekaan. Ibu bapa dan anak-anak perlu
melihat atau menyertai sambutan di kawasan setempat atau ibu bapa mengajak
anak-anak menyaksikan kemeriahan kemerdekaan di televisyen. Hai ini demikian
akan dapat menjadi medium yang sangat
berkesan untuk menyermai rasa cinta akan negara dalam sanubari meraka.
Di samping menyaksikan kemeriahan kemerdekaan akan dapat mengimbas kembali
nostalgia dan memori sewaktu negara dijajah melalu nukilan puisi-puisi, sketsa,
novel-novel kemerdekaan terbit di hati meraka semangat biar patah tulang,
jangan putih mata. Ibu bapa juga perlu menerangkan kepada anak-anak nikmat
menjadi anak pascamerdeka dan bersyukur kerana diberikan keamanan dan
kedamaian.
Konklusinya, memupuk semangat
patriotisme perlu dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian dapat
melahirkan generasi yang mempunyai rasa cinta akan negara dan menjadi individu
yang berguna kepada bangsa dan juga negara. Peranan semua pihak sangat penting
untuk menerapkan semangat patriotik dalam diri generasi muda. Contoh yang baik
akan diikuti oleh orang ramai. Bak kata pepatah bagaimana acuannya, begitulah
kuihnya.
Ramlin Jati
~ 5 Begonia~
saya suka karangan ni..
ReplyDeletebolehlah
ReplyDeletewow
ReplyDeleteagak baik esai ni.
ReplyDeletepenggunaan kosa kata yg menarik
ReplyDeleteBEST KARANGAN.....
ReplyDeleteALLHAMDULILLAH......SEMOGA ALLAH MEMBERKATI TUAN PUNYA BLOG
ReplyDeleteesei terbaik
ReplyDeleteok la
ReplyDeletekarangan ini dpt menjadi contoh kpd para pelajar yg ingin belajar cara membuat esei...
ReplyDeleteSaya save untk rujukan ya.
ReplyDelete