Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha
berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua
pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam
masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya
dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi
memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan
masyarakat sekali
gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali.
Antara usaha yang boleh dilakukan dalam
untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti
gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu
kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di
samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan
dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan
slogan “Negara
Bersih Rakyat Sihat”. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh
dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan,
tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat
meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata
peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di
daki, ke lurah sama dituruni.
Selain itu itu, perpaduan kaum di
Malaysia boleh dicapai dengan meraikan
sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama. Melalui
amalan kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan ikatan silaturahim
antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum. Sebagai contohnya,
sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari
Krismas merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan
sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan
kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan
perpaduan apabila kurangnya syak wasangka antara kaum di
Malaysia. Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat
Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar
atau masyarakat antarabangsa, ibarat kata peribahasa bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat serta bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh
Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang
dijalankan juga boleh mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. Sukan dan
permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang
pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Dalam hal ini, satu perkara yang
perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan permainan yang
dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian bola keranjang, ping pong,
sepak takraw dan sebagainya. Kita berharap pada suatu masa nanti pasukan
bola keranjang negara misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan
bukan sahaja dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Dalam konteks ini, sukan
bola sepak, badminton, hoki dapat dijadikan contoh dan teladan. Dengan
bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan serta seterusnya
mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan dapat menanamkan
semangat cinta akan negara. Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama negara
sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.
Sebagaimana yang semua telah ketahui
tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya
membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada
kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada
setiap tahun. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat
menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan,
misalnya Keranamu
Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan negara sekali
gus mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami
bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia
hanya satu, dan tiadak ada duanya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri perlu direnungi oleh
setiap warganegara Malaysia agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging
dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.
Intihanya, semua pihak perlu sedar akan
pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara
kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan
perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu
boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam
era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi
menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun
terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha
yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh
tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian,
perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.
terima kasih,, :)
ReplyDeletecool
ReplyDeleteterbaik
trimas sbb dh tlong..
ReplyDeletetrima kasih sbb dah tolong saya buat kerja
ReplyDeleteSesuai untuk PT3 :)
ReplyDeleteThanks sgt2 .. Memang membantu .. Love U ..
ReplyDeletetq! :)
ReplyDeletesangat mmbantu tq
ReplyDeletethanks a lot !
ReplyDeleteThanks ! Sgat membantuu ;)
ReplyDeletethanks a lot ! :) <3
ReplyDeleteThanks for the help!
ReplyDeleteVery USEFUL!
so useful...
ReplyDeleteso useful n Nice . Good Job 100%
ReplyDeleteMantap nya ayat. Ni kalau masuk exam kompem meletop. Hehe thanks! :)
ReplyDeleteThx , very useful ...
ReplyDeleteThanksssss :)
ReplyDeleteTerima kasih cikgu.. Mohon copy :)
ReplyDeleteThanks,useful,LIKE。XD
ReplyDeleteTerima kasih sangat2...boleh hafaz ni utk pt3
ReplyDeleteBoleh hafaz ni utk pt3...terima kasih sangat2
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteVERY nice
ReplyDeletethanks. sangat membantu untuk saya buat kerja. boleh ke saya post ke blog saya sebagai panduan kepada kawan2 saya? :)
ReplyDeleteterima kasih i appriciate it
ReplyDeleteThank you :')
ReplyDeleteSangat membantu subjek hubungan etnik. Terima kasih
ReplyDeleteSangat Membantu!!! terima kasih!!!
ReplyDeletesangat membantu !!!! terima kasihhhh!!!
ReplyDeletepfffft mmbantuu terbaikk!
ReplyDeletesangat membantu.
ReplyDeleteTerima kasih. Ianya amat membatu. Thank a lot.
ReplyDeleteterima kasih kerana membantu
ReplyDeleteAyat mantap. sangat membantu until pelajar spm. Thanks a lot!
ReplyDeleteAyat mantap.
ReplyDelete(Y) cantik ~ thanks
ReplyDelete