Friday, August 19, 2011

PERBANDINGAN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN LATAR MASYARAKAT DALAM NOVEL MELUNAS RINDU DAN KABUS DI PERBUKITAN

Bandingkan iaitu dari segi persamaan dan perbezaan dua latar masyarakat dalam dua buah novel yang anda pelajari.


            Novel yang telah saya kaji di tingkatan 4 dan 5 ialah Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan Novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid bin Hamzah.Saya telah memperoleh persamaan dan perbezaan latar masyarakat dalam dua buah novel tersebut.

            Persamaan latar masyarakat dalam dua buah novel tersebut ialah masyarakat penyayang. Dalam novel Melunas Rindu, masyarakat penyayang dapat dilihat melalui watak Fuad yang sangat menyayangi ibu kandungnya, Mariana yang disangka sudah meninggal dunia. Fuad tidak pernah berputus asa dalam pencarian pusara ibunya. Manakala, persamaan latar masyarakat bagi novel Kabus di Perbukitan pula dapat dilihat melalui watak Salmah yang sangat menyayangi anaknya,Rahayu yang telah meninggal dunia kerana barah paru-paru. Salmah sentiasa mengenang arwah Rahayu sehinggalah beliau meninggal dunia.

            Selain itu, persamaan latar masyarakat dalam dua buah novel tersebut ialah masyarakat yang kuat dalam pegangan agama. Dalam novel Melunas Rindu, persamaan tersebut dapat dilihat pada watak Fuad yang tekun mengaji al-quran sementara menunggu waktu isyak dan mendalami ilmu agama dengan Pak Ismail. Fuad juga tidak lupa menunaikan solat walaupun dalam keadaan musafir. Manakala dalam novel Kabus di Perbukitan persamaan tersebut dapat dilihat pada watak Faridah dan Salmah yang sentiasa berdoa apabila mengalami tekanan atau masalah hidup. Contohnya Salmah yang tidak putus-putus mendoakan Faridah agar selamat daripada kemalagan tersebut.

Di samping itu, terdapat juga perbezaan latar masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut. Dalam novel Melunas Rindu perbezaan latar masyarakat adalah masyarakat guru. Masyarakat guru dapat dilihat pada watak Farhana yang tidak bersefahaman dengan cikgu Zamani. Contohnya Farhana menyindir kelakuan cikgu Zamani sehigga berlakunya pertengkaran yang agak serius. Manakala bagi novel Kabus di Perbukitan perbezaan latar masyarakat adalah masyarakat cinta akan alam sekitar. Masyarakat tersebut dapat dilihat pada watak Azrul yang aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar. Contohnya Azrul telah menaja penubuhan persatuan pencinta Alam dan Hutan.


           

No comments:

Post a Comment