Friday, August 12, 2011

PERBANDINGAN TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MELUNAS RINDU DAN KABUS DI PERBUKITAN


SOALAN:

Berdasarkan kedua-dua novel Melunas Rindu dan novel Kabus Di Perbukitan, huraikan tema dan persoalan.


    Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, tema yang dapat saya peroleh daripada novel tersebut ialah ketabahan seorang pemuda yang menjadi mangsa keadaan dan masih mencari penghidupan baru serta mencari asal usul dirinya. Contohnya, Fuad menjadi mangsa keadaan dalam perkahwinan campur dan dilarikan oleh bapa saudaranya, Peter Lim. Fuad tabah memulakan kehidupan baru dan berusaha mencari keberadaan ibu kandungnya, Mariana. Berdasarkan novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah, tema yang dapat saya peroleh daripada novel tersebut ialah jati diri orang melayu dan kegigihannya menerima takdir dan pelbagai dugaan hidup. Tema ini terserlah melalui watak utama,Faridah yang merantau ke New Zealand selama 25 tahun. Walaupun begitu lama tinggal di negara orang, akhirnya dia dan keluarganya kembali membina kehidupan yang lebih bermakna di Malaysia.
    Terdapat pelbagai persoalan yang boleh saya dapat daripada novel Melunas Rindu dan novel Kabus Di Perbukitan. Dari segi persamaan, kedua-dua novel mempunyai persoalan kasih sayang. Dalam novel Melunas Rindu, persoalan ini ditunjukkan oleh watak utama, Fuad yang telah lama berpisah dengan ibunya. Fuad amat merindui ibunya dan berusaha mencari kubur ibunya. Setelah dia mengetahui bahawa ibunya masih hidup, dia meneruskan pencariannya dan segera menjejakinya. Selain itu,persoalan ini juga ada pada watak Pak Ismail dan Mak Salmah. Pak Ismail dan Mak Salmah sangat menyayangi Sofia walaupun Sofia cuma anak angkat mereka. Kematian Sofia begitu terkesan di hati mereka dan masih tidak dapat melupakan Sofia.
    Manakala, dalam novel Kabus Di Perbukitan, persoalan kasih sayang ditunjukkan oleh watak Salmah, ibu kepada Farhana dan Rahayu. Persoalan ini digambarkan antara ibu dengan anaknya, iaitu kasih sayang Salmah terhadap anaknya, Rahayu yang telah meninggal dunia. Salmah masih tetap menyayangi Rahayu walaupun dia tidak dapat memelihara Rahayu kerana oleh suaminya,Kamaruddin. Selepas kematian Rahayu, Salmah sering berduka dan sakit. Akibat terlalu rindu, ibu ini menderita sehingga menemui ajalnya. Di samping itu, persoalan kasih sayang antara suami dan isteri pula ditunjakkan oleh watak Melina dan Benny. Persoalan ini tergambar melalui tindakan Melina berusaha mencari suaminya, Benny dengan pelbagai cara kerana Benny sudah lama tidak pulang ke rumah. Benny telah melarikan diri ke Dubai kerana takut dirinya ditangkap oleh polis kerana mengambil bahagian dalam aktiviti pengganas. Namun begitu, Benny tetap amat bimbang tentang keadaan isterinya, Melina dan berdoa agar isterinya dapat mengharungi kehidupannya pada hari-hari yang akan datang. Akhirnya, Melina yang sedang sarat mengandung pergi ke Dubai bersama-sama dengan ayahnya, Soleh untuk berjumpa dengan Benny. Melina membuat keputusan untuk menetap di Dubai bersama-sama Benny.
    Terdapat juga perbezaan persoalan antara kedua-dua novel tersebut. Dalam novel Melunas Rindu, terdapatnya persoalan cinta yang terlarang. Persoalan ini ditunjukkan oleh watak utama, Fuad dengan dua orang gadis yang pernah dicintainya iaitu Sofia dan Farhana. Pada mulanya, Fuad tidak mengetahui bahawa Sofia merupakan adik kandungnya sendiri dan telah jatuh cinta terhadap Sofia. Perkara ini diketahui oleh Fuad setelah kematian Sofia. Fuad telah mengetahui bahawa Sofia merupakan adik kandungnya hasil perkahwinan ayahnya, Robert Lim dengan seorang wanita berbangsa cina. Fuad juga hamper mencintai Farhana, yang juga merupakan adik kandungnya. Hal ini berlaku  akibat perpisahan ibu dan ayahnya. Fuad mengetahui bahawa Farhana merupakan hasil perkahwinan ibunya, Mariana dengan Fakhruddin. Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan, terdapatnya persoalan cinta akan alam sekitar. Persoalan ini digambarkan melalui watak Azrul yang aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar. Misalnya, Azrul menganggotai Persatuan Pencinta Alam dan Hutan secara aktif. Dia juga menyertai pelbagai ekspedisi alam sekitar seperti meneroka hutan kayu bakau di Kukup Pontian. Dia juga gemar mendaki gunung seperti Gunung Kinabalu. Dia juga telah membangunkan sebuah agropelancongan tanah tinggi di Tanah Tinggi Lojing bersama-sama Soleh Johnsons.

KARYA :

 LIONG CAI LING
(5SC ALAMANDA)
SMK Merbau Miri

No comments:

Post a Comment