Friday, August 19, 2011

PERBANDINGAN PERSAMAAN WATAK UTAMA DALAM NOVEL MELUNAS RINDU DAN KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang telah saya kaji di tingkatan 4 dan 5 ialah Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan Novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid bin Hamzah. Terdapat beberapa  persamaan watak utama dalam dua novel ini.

            Persamaan perwatakan watak utama dalam  kedua-dua novel tersebut ialah taat akan perintah agama. Dalam novel Melunas Rindu perwatakan tersebut dapat dibuktikan melalui watak Fuad yang sentiasa mangaji al-quran dan sentiasa solat berjemaah bersama Pak Ismail. Contohnya Fuad tidak lupa untuk  menunaikan solat walaupun dalam keadaan musafir. Manakala bagi novel Kabus di Perbukitan, perwatakan tersebut dapat dibuktikan melalui watak Faridah yang sentiasa berdoa ketika menghadapi masalah. Contohnya dia bersolat tahjud selepas mengalami mimpi Rahayu dan ibunya.

            Selain itu, persamaan perwatakan watak utama dalam  kedua-dua novel tersebut ialah seorang yang penyayang. Dalam novel Melunas Rindu perwatakan tersebut dapat dilihat melalui watak Fuad yang sangat menyayangi ibunya, Mariana yang disangka telah meninggal dunia. Contohnya Fuad sanggup pergi ke Lembah Klau untuk mencari pusara ibu kandungnya. Manakala bagi novel Kabus di Perbukitan pula, perwatakan tersebut dapat dilihat melalui watak Faridah yang sangat menyanyangi dan merindui kembarnya Rahayu yang telah lama terpisah. Contohnya, Faridah yang saling berinteraksi  dengan Rahayu di bawah sedar kerana Faridah koma.

            Di samping itu, persamaan perwatakan watak utama dalam  kedua-dua novel tersebut ialah prihatin terhadap orang lain. Dalam novel Melunas Rindu perwatakan tersebut dapat dilihat melalui watak Fuad yang prihatin dengan Farhana ketika mengetahui ibunya sakit, dia turut ke Kuantan untuk menziarahi ibu Farhana di hospital. Manakala bagi novel Kabus di Perbukitan pula, perwatakan tersebut dapat dilihat melalui watak Faridah yang prihatin akan kanak-kanak istimewa. Contohnya beliau sanggup bekerja dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat pada usia yang muda untuk merawat kanak-kanak sindrom down.

No comments:

Post a Comment