Friday, August 19, 2011

PERBANDINGAN TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MELUNAS RINDU DAN KABUS DI PERBUKITAN

Bandingkan  tema dan persoalan antara Novel Melunas Rindu dan Novel Kabus di Perbukitan.

Contoh jawapan 2.

Berdasarkan novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Hamzah, tema yang di ketengahkan oleh pengarang adalah ketabahan seorang pemuda yang menjadi mangsa keadaan dan masih mencari penghidupan yang baru serta mencari asal usulnya. Contohnya, Fuad menjadi mangsa keadaan apabila di lahirkan dalam Islam hasil daripada perkhawinan campur namun di besarkan tanpa Islam kerana dilarikan oleh bapa saudaranya yang berbangsa cina iaitu Peter Lim. Manakala, berdasarkan novel Kabus Di Perbukitan, tema yang di ketengahkan oleh pengarang adalah jati diri orang melayu dan kegigihannya menerima takdir dan pelbagai dugaan hidup. Hal ini terbukti apabila watak utama iaitu Faridah yang telah merantau ke New Zealand  selama 25 tahun. Walaupun telah lama tinggal di negara asing, akhirnya dia dan keluarganya kembali semula ke Malaysia dan membina kehidupan yang baru.

             Terdapat persamaan persoalan dalam kedua-dua novel iaitu kasih sayang. Dalam novel Melunas Rindu, terdapat persoalan kasih sayang antara anak dan ibu. Contohnya, Fuad tetap berusaha mencari kubur arwah ibunya setelah mengetahui ibunya telah meninggal dunia. Hal ini terjadi kerana Fuad terlalu sayang akan ibunya walaupun ibunya tidak menjaganya sejak kecil kerana ibunya gila meroyan. Manakala, persoalan kasih sayang yang terdapat dalam novel Kabus di Perbukitan pula, kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Contohnya,  Salmah iaitu ibu kanding kepada pasangan kembar yang bernama Faridah dan Rahayu. Salmah sangat sayang akan anaknya , Rahayu yang telah meninggal dunia akibat barah paru-paru. Salmah sangat merindui Rahayu sehingga menemui ajalnya.

             Selain itu, persamaan persoalan yang terdapat dalam kedua-dua novel adalah persoalan perkhawinan campur. Dalam novel Melunas Rindu, persoalan perkhawinan campur yang dapat kita lihat adalah perkhawinan campur antara Mariana dan Robert Lim. Mariana ialah seorang gadis berbangsa melayu dan Robert Lim ialah seorang pemuda berbangsa cina. Robert Lim telah memeluk agama Islam setelah berkhawin dengan Mariana dan nama Islamnya adalah Roslan. Manakala, dalam novel Kabus Di Perbukitan pula, persoalan perkhawinan campur adalah antara Faridah dan Samuel Kirkby Johnsons atau nama Islamnya Soleh Johnsons. Faridah ialah gadis melayu Malaysia yang bekerja di New Zealand, manakala Soleh pula orang Inggeris rakyat New Zealand.

            Terdapat perbezaan persoalan dalam keedua-dua novel. Persoalan yang terdapat dalam novel Melunas Rindu adalah konflik keguruan. Hal ini terbukti apabila Ferhana dan cikgu Zamani sering bertelagah apabila berjumpa. Farhana dan cikgu Zamani bertugas bersama-sama di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia , cikgu Abas juga berasa tertekan dengan sikap cikgu Zamani yang sering ponteng kelas dan suka membantah sebarang program yang di adakan di sekolah. Manakala, persoalan yang terdapat dalam Kabus di Perbukitan adalah kecintaan terhadap alam sekitar. Azrul menganggotai Persatuan Pencinta Hutan dan Alam secara aktif. Dia juga telah menyertai banyak ekspedisi alam sekitar di Kukup dan mendaki Gunung Kinabalu.


2 comments:

  1. Hello cikgu!
    Baru-baru ini, dalam soalan trial SPM (Johor) tema yang diberikan dalam peraturan pemarkahan ialah kasih sayang. Saya sama sperti cikgu, memberikan tema ketabahan...kepada anak murid saya. Kasihan mereka, hilang 6 markah disebabkan 'perubahan' tema yang tidak diberitahukan kepada daerah kami (B.Pahat). Hmmm, macam mana ya?

    ReplyDelete
  2. Hai Cikgu Ani. Thanks atas komennya.
    Kami pun masih juga menggunakan tema yang dinyatakan. Untuk pengetahuan cikgu, muka depan dalam Novel itu sendiri telah menyatakan tema yang jelas bagi kedua-dua novel. Cuba cikgu rujuk pada muka depan atau ulasan/prakata daripada pengarang yang jelas menyatakan temanya. Untuk pengetahuan cikgu, Cerpen, prosa tradisional dan lain-lain juga sudah dinyatakan dengan jelas temanya dalam setiap buku teks pelajar. Kami juga tiada menerima sebarang perubahan seperti yang cikgu nayatakan.

    Terima kasih cikgu...:)

    ReplyDelete