Wednesday, January 19, 2011

Antologi Dirgahayu Bahasaku (Cerpen Pahlawan Buntung)

TEMA
Keberanian seorang pejuang tanah air yang sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan bangsa dan Negara daripada serangan penjajah dan anasir yang mengancam keselamatan penduduk setempat.
PERSOALAN
i.              Semangat patriotisme yang tinggi dalam diri seorang pejuang.
ii.             Ketabahan penduduk kampung dalam mengharungi pelbagai kesulitan dan keperitan pada zaman perang.
iii.            Kezaliman dan kekejaman pihak penjajah terhadap penduduk setempat yang berlaku pada zaman perang.
iv.           Kasih sayang yang menebal dalam sesebuah keluarga.

WATAK & PERWATAKAN

Pak Husain
Watak
-          Berusia 60 tahun
-          Anak jati Kampung Pulau Pak Amat
-          Berbadan tegap sasa dan digilai  oleh banyak gadis di kampungnya sewaktu muda.
-          Pernah bekerja sebagai nelayan sebelum kakinya terpaksa dipotong setelah terpijak bom.
-          Bermisai tipis seperti kapas dan berjanggut jarang-jarang.
-          Bertongkat kayu kerana kaki kirinya terpaksa dipotong.

Perwatakan
-          Mempunyai semangat patriotisme yang tinggi
-          Bijak mengatur strategi apabila mengarahkan penduduk kampung berpindah ke Kampung Dal sebelum hari cerah.
-          Bijak membuat helah iaitu berjaya melepaskan diri daripada tawanan askar Jepun dengan memberikan alasan mahu membuang air besar.
-          Berani membedil sekumpulan perompak yang cuba merompak rumah Pak Ngah Isa.
-          Sanggup berkorban dan menggadaikan nyawa demi mempertahankan kampungnya.

Khalid
-          Berumur 46 tahun
-          Anak jati Kampung Pulau Pak Amat
-          Menetap di Jalan Bayam
-          Ayahnya bernama Pak Hassan
-          Mempunyai 2 adik-beradik iaitu Salim dan Fatimah
-          Menghargai Jasa Pak Hussain yg telah menyelamatkan penduduk kampung
-          Mengagumi keberanian Pak Hussain

Mak Bidah
-          Isteri Pak Hussain
-          Sayang akan suaminya
-          Bertanggungjawab apabila memandikan dan membersihkan suaminya yang bermandikan darah.

Latar
i. Latar Tempat
-              Di rumah khalid
-               Pulau Pak Amat
-              Di Kampung Dal
-               Tuk Lukup, Sungai Gali, Pulau Tukang, Dolah, Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, Ketereh,   
  Dasar dan Sabak.


ii. Latar Masa
-          Tahun 1973-1941
-          Waktu malam, ketika Khalid dan keluarganya terdengar bunyi bedilan bom.
-          Awal pagi/subuh, ketika Pak Hussain pergi ke rumah keluarga Khalid dan mengarahkan ayah Khalid untuk membawa keluarganya  berpindah.
-          Siang, ketika askar Jepun mengarahkan pak Hussain menguburkan mayat askar Punjabi.

iii. Latar Masyarakat
-          Masyarakat Me;ayu yng tinggal di perkampungan di tepi laut dan tepi sungai.
-          Masyarakat yang menjadi mangsa peperaangan
-          Masyaraakt melayu yang saling bekerja sama dalam menghadaapi susah dan senang
-          Masyarakat penjajah yang bertindak kejam terhadap penduduk kampung.
-          Masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
-          Masyarakat yang bekerja sebagai nelayan

Teknik Plot
i.              Teknik pemerian
ii.             Dialog
iii.            Imbas kembali
iv.           Imbas muka
v.            Kejutan
vi.           Saspen
vii.          Monolog & monolog Dalaman

Nilai
i.              Kasih sayang
ii.             Tabah & Cekal
iii.            Patriotik
iv.           Bekerjasama     
v.            Bertanggungjawab
vi.           Simpati
vii.          Mengenang jasa
viii.         Sanggup berkorban

Pengajaran
i.              Kita hendaklah tabah menghadapi kesulitan dan keperitan hidup.
ii.             Kita hendaklah bekerja sama dalam menghadapi kesukaran.
iii.            Kita hendaklah mengenang jasa dan bakti tokoh yang telah banyak berjasa kepada kita    dan negara.
iv.           Kita mestilah sanggup bekorban untuk bangsa dan negara.

6 comments:

  1. thnx sgt2 ! sy tercari2 perwatakan mak bidah , akhirnya jmpe jgk ! may god bless u .. =)

    ReplyDelete
  2. Kalau boleh huraikan lah sikit dia punya nilai,pengajaran dll.

    ReplyDelete
  3. Dah bagi nota percuma kira sangat la baik. Tugas anda pula untuk menghuraikan. Tak perlulah disuap sepenuhnya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. thanks sangat2....akhirnya.. ^_^

    ReplyDelete
  5. sesuai utk ulangkaji last minit ;D thx yaa!

    ReplyDelete
  6. thanks so much ;D

    ReplyDelete