Wednesday, January 19, 2011

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SERTA FAEDAHNYA

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANSANGAN (BAHAGIAN A)

John Mac Naughton pernah berkata,kedewasaan mula tumbuh saat anda mulai memiliki perasaan prihatin kepada orang lain. Hal ini boleh dikaitkan dengan perasaan cinta kita akan Negara. Ibu bapa haruslah memainkan peranan dalam mendidik anak sejak kecil untuk mempunyai perasaan patriotism yang tinggi, bak  kata peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Negara kita telah mengadakan satu program khas yang dipanggil sabagai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Tujuan program ini diadakan telah merangkumi pelbagai aspek seperti untuk memupuk perasaan cinta akan negara, mengeratkan lagi perpaduan dan memupuk semangat kemasyarakatan. Banyak faedah yang boleh kita dapati apabila menyertai program ini.
Antara faedah yang boleh kita dapat ialah, PLKN dapat mewujudkan semangat patriotisme kepada negara. PLKN dapat mencegah remaja-remaja harapan negara daripada terlibat dengan aktiviti social yang tidak berfaedah seperti gejala dadah yang telah sekian lama mencalar imej dan maruah negara. Melalui program ini, remaja-remaja dapat dididik dan diasuh untuk memajukan diri mereka untuk menerajui atau memimpin negara kelak. Para peserta yang terlibat juga dapat menagkis segala anasir-anasir luar yang ingin memporak- perandakan negara apabila mereka tamat menjalani program ini. Program ini sekali gus dapat mengurangkan statistik remaja yang terlibat dengan gejala sosial.
Selain itu, melalui PLKN juga, semangat kemasyarakatan dan bekerjasama dapat ditanam dalam diri peserta.  Apabila mereka terpilih untuk menyertai program ini, mereka akan berada jauh dari keluarga. Mereka akan berjumpa dengan kawan-kawan yang baru. Sekali gus, kawan-kawan baru ini akan menjadi ahli keluarga baru mereka kerana semua aktiviti dilakukan bersama. Kebanyakan aktiviti dalam program ini juga memerlukan semangat bekerjasama yang baik. Jika tiada kerjasama dalam sesebuah kumpulan, kemungkinan besar, aktiviti yang dijalankan akan gagal atau tidak berjalan dengan lancar.
Di samping itu, semgat perpaduan antara kaum juga dapat diperteguh. Kebanyakan remaja yang terpilih dalam program ini dating dari kaum yang berbeza. Sekali gus, hal ini dapat merapatkan lagi perpaduan. Apabila masyarakat yang terlibat dalam program ini berbilang bangsa, hal ini dapat membuka pemikiran mereka mengenai cara hidup dan kebiasaan kita. Dengan ini, perpaduan negara yang telah menjadi asas kemajuan negara kita akan terus bertahan walaupaun cuba digoyahkan atau diapi-apikan oleh anasir-anasir luar.
Tuntasnya, program ini telah membawa banyak faedah kepada kita. Sebagai rakyat Malaysia yang bersatu, kita harus bersama berganding bahu melaksanakan program ini. Apabila kita tidak mengikuti program ini, kita diibaratkan ‘bagai katak di bawah tempurung’. Sekali gus, program ini dapat merealisasikan impian perdana menteri kita untuk menjayakan gagasan Satu Malaysia. Bak kata cendekiawan ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’
Karya:

CYNTHIA SANDRA CHENDU
5 Sains Alamanda
SMK Merbau, Miri


4 comments: