Thursday, January 20, 2011

BINGKISAN RASA KATA PUJANGGA

Madah-madah ini pernah kupostkan dalam Facebook....sekadar berkongsi rasa dan ada juga luahan rasa sebenarnya. Membaca status teman-teman menjadikan aku sebagai pemikir, lalu aku lakarkan  huruf dengan mengadunkan kata-kata indah lahir dari hati....Segalanya kuadunkan dengan berhati-hati agar tidak menyinggung hati pembaca walaupun kata-kata ini tidak ditujukan kepada sesiapa....

Jadikan kata-kata ini sebagai pendorong semangat bagi yang kecewa......kerana segalanya kulakukan agar kira dapat berkongsi rasa sebenarnya.....kerana "Sharing Is Caring"


Foto ini diambil semasa di Pulau Maya Bay, Phuket, Thailand  pada 6 Disember 2010
 
"Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika masih mahu mencuba, jangan sesekali menyerah jika masih berasa sanggup dan jangan sesekali mengatakan tidak mencintainya lagi, jika masih tidak dapat melupakannya.” (Oleh itu...berjuanglah...)


"Manusia lebih ingat apa yg dilihat daripada apa yang didengar, oleh itu lebih baik mengajar dengan mberi tunjuk ajar drpd mberi nasihat........."


"Kejayaan pasangan bukan terletak pada kegemilangan sesebuah perkahwinan, tetapi terletak pada kejayaan mereka melayari bahtera perkahwinan dalam mengharungi ribut dan badai...... Perkahwinan yang di bawah tempoh 3 tahun amat rapuh dan pasangan itu harus berusaha untuk mpertahankannya...... Kerana pada masa itu, masa bulan madu sudah berakhir....sebaliknya realiti hidup yang sebenar!"


"Jika ada cinta....biarlah ada rasa....
Jika hati hati....biarlah ada isi...."


"Seandainya kata bisa mengundang nestapa, lebih elok diam tanpa bicara....
Seandainya ingin juga berkata-kata, susunlah bicara itu seelok-eloknya,
Kerana bicara tanpa rasa...akan ada hati yang terluka"....


"Di sini ada....
satu jiwa
satu rasa
satu hati
Bersama satu JANJI......"



No comments:

Post a Comment