Wednesday, January 19, 2011

Akhiri karangan anda dengan....... ‘Mulai hari itu,aku tidak akan keluar seorang diri lagi’

Karangan Contoh.....( JENIS CEREKA)

Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 malam.Kedua-dua ibu bapaku masih belum pulang dari kenduri di kampung sebelah.Perutku mula berkeroncong meminta untuk diisi.Namun,aku bukanlah seorang yang pandai memasak.Setiap hari,aku hanya duduk sambil menungu ibu siap memasak.Aku langsung tidak boleh berdikari.Perutku sekali lagi berbunyi.Sungguh lapar diriku.Aku menuju ke dapur untuk mencari makanan ringan.Namun,tiada satupun yang aku jumpa.Mi segera juga tidak ku jumpa.Hanya sayur-sayuran dan daging di dalam peti sejuk yang aku jumpa.

   Aku pergi ke ruang tamu.Aku mengambil keputusan untuk menonton televisyen sementara menunggu kedua-dua ibu bapaku pulang.Selepas satu jam,kelibat kedua-dua ibu bapaku masih belum kelihatan.Aku berjalan mundar mandir di ruang tamu sambil memegang perutku yang sakit kerana kelaparan.Aku cuba untuk menelefon bapaku tetapi gagal dihubungi.Aku ingin menjerit kerana menahan perut yang kelaparan.Aku ingin sahaja memakan semua sayur dan daging tanpa dimasak.Aku duduk di atas sofa untuk menenangkan diri.Aku berfikir bagaimana cara untuk aku mendapatkan makanan.Namun,tiada satupun idea yang terlintas di fikiranku.
   Aku mengeluh dan aku mula berputus asa.Aku menuju ke bilikku.Aku mengambil keputusan untuk tidur tetapi perutku yang lapar semakin mengganggu aku.Aku tidak dapat melelapkan mataku.Aku pun duduk di birai katil.Tiba-tiba,aku terpandang tabung simpananku yang berisi wang.Pantas aku mengambil tabung tersebut lalu memecahkan tabungku dengan penukul.Aku pun mengutip duit yang bertaburan di lantai dan mengumpul serpihan tabungku.Aku mengenggam duit tersebut namun aku tidak tahu kegunaan duit tersebut.Aku teringat akan mi segera.Aku boleh membeli mi segera menggunakan duit tersebut.Aku melompat kegembiraan.
   Aku melihat ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 8.10 malam.Aku berfikir betapa bahayanya aku keluar bersendirian ke kedai yang berhampiran.Kedai runcit itu terletak di blok sebelah dan jika berjalan kaki hanya mengambil masa 15 minit.Hasratku untuk ke kedai tergendala sementara kerana sudah lewat malam.Aku duduk dengan hampa di birai katil.Aku mengelamun untuk seketika.BOOM!!Aku tersedar dari lamunan aku kerana bunyi yang bising itu.Bunyi itu seperti seseorang yang cuba membuka pintu.Aku bergegas lari ke arah pintu kerana menganggap kedua-dua ibu bapaku yang cuba membuka pintu tersebut.Namun,bukan seperti yang aku fikirkan dan yang datang cuma seorang lelaki yang menjual roti.Aku menyuruh lelaki tua itu beredar.Baru aku tersedar yang perutku masih lapar.Aku memarahi diriku yang sangat bodoh kerana lupa bahawa aku memang memerlukan makanan dan aku telah menghalau rezeki yang datang.
   Akhirnya,aku mengambil keputusan untuk pergi ke kedai juga kerana tidak sanggup menunggu kepulangan ibu bapaku.Aku mengambil sekaki paying kerana di luar hujan.Aku pun berjalan sepantas yang boleh ke kedai tersebut.Tiba-tiba,aku terdengar salakan anjing.Jantungku berdegup dengan kencang.Memang aku sangat takut denagn anjing sejak aku berumur 9 tahun kerana aku hampir digigit ketika balik dari sekolah.Aku cuba menakutkan anjing tersebut dengan payungku.Aku menarik nafas lega kerana anjing itu beredar juga.
   Aku meneruskan perjalananku.Tiba-tiba,aku merasakan ada seseorang yang mengekoriku dari belakang.Aku pun menoleh ke belakang.Tiada satupun susuk badan manusia di belakangku.Kini,aku melalui lorong yang gelap dan sering diperkatakan bahawa lorong itu berhantu.Aku memberanikan diri untuk berjalan ke arah lorong tersebut kerana hanya jalan itu satu-satunya jalan ke kedai runcit itu.Bulu romaku mula menegak.Aku merasakan badanku semakin sejuk.Aku mulai memeluk tubuh dan tidak berhenti berdoa kepada Tuhan.Tiba-tiba,aku terdengar suara tangisan berhampiran dengan aku.Aku ingin membuka langkah seribu namun kakiku lemah untuk melangkah.
   Aku menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari dari mana datangnya suara tangisan tersebut.Aku merasakan suara itu semakin dekat denganku.Di sebelah tong sampah,aku melihat plastik hitam yang diikat.Pada mulanya,aku takut untuk menghampiri plastik hitam tersebut.Aku pun bertekad lalu membuka plastik tersebut.Aku melihat seorang bayi yang comel berada dalam plastik hitam tersebut.Aku terkejut.Aku berundur ke belakang.Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan.Sejurus itu,beberapa orang yang lalu lalang terkejut apabila melihat bayi yang berada di dalam plastik tersebut.Mereka terus menjerit meminta pertolongan.Tiba-tiba,tanganku diikat ke belakang. 
   Bunyi bising kedengaran.Mereka mula memarahi aku kerana telah membuang bayi tersebut.Tanpa sebarang penjelasan,aku pun dibawa ke balai polis yang berdekatan.Aku mula menangis teresak-esak kerana terlalu takut.Kedua-dua ibu bapaku dihubungi.10 minit kemudian,ibu bapaku pun datang.Orang ramai memaki hamun kedua ibu bapaku kerana tidak pandai mendidik anak.Aku masih menangis ketakutan.Bayangkan aku yang menjumpai bayi tersebut dan aku juga dituduh membuang bayi tersebut.Pihak polis memberi peluang kepadaku untuk menjelaskan segala-segalanya.Aku menyatakan bahawa semua itu hanya salah faham semata-mata dan tujuan aku melalui lorong itu kerana mahu ke kedai runcit untuk membeli mi segera.
   Akhirnya,pihak polis membebaskan aku.Pihak polis meminta maaf atas kesilapan mereka.Orang ramai juga memohon maaf atas tindakan mereka yang melulu.Ibu bapaku membawa aku pulang.Aku sempat bertanya kepada pihak polis bagaimana nasib bayi tersebut.Aku bersyukur kerana bayi tersebut akan dijaga oleh pihak kerajaan.Perutku tidak berasa lapar lagi.Apabila sampai di rumah,aku berasa sangat menyesal apabila mengingati tindakanku yang keluar malam secara bersendirian.Aku syaris digigit anjing.Aku dimaki hamun atas kesalahan orang lain dan telah menjejakkan kaki ke balai polis kerana selama ini,aku sangat takut akan balai polis.Mulai hari itu,aku tidak akan keluar seorang diri lagi.
Karya:
SIAH MORRIS
5 Sains Alamanda
SMK Merbau, Miri

2 comments:

  1. Give a story based on akhiru cerita dengan....
    Bayi itu dibawa ke hospital.Aku berasa sangat bangga

    ReplyDelete
  2. Astro Awani...So the very truee;)

    ReplyDelete