Maksud
Rangkap 1- Saranan
supaya memilih teman yang dapat membantu ketika susah dan senang.
Rangkap 2- Saranan
agar berguru dengan seseorang yang benar-benar berilmu dan dapat menyelesaikan
setiap kemusykilan.
Rangkap 3- Saranan
supaya memilih isteri yang patuh dan setia kepada suami.
Rangkap 4- Saranan
agar mencari teman yang memiliki semangat setiakawan
Tema
Nasihat bagi memilih
orang yang ingin kita dampingi.
Persoalan
1. Persoalan
kepentingan memilih sahabat yang boleh membahagiakan.
2. Persoalan
kebijaksanaan dalam memilih guru .
3. Persoalan
kepentingan mempunyai isteri yang setia
Bentuk
1. Terdiri daripada
empat rangkap.
2. Setiap rangkap
terdiri daripada dua baris.
3. Jumlah perkataan
dalam setiap baris antara empat hingga lima.
4. Terdiri daripada
sembilan hingga sebelas suku kata.
5. Rima akhir syair
ini ialah aa
6. Bentuk gurindam
ini terikat dengan puisi tradisional.
Gaya Bahasa
1. Asonansi - Cahari
olehmu akan sahabat – pengulangan vokal a
2. Aliterasi - Yang
boleh menyerahkan diri - pengulangan konsonan n
3. Sinkope - Cahari
olehmu akan sahabat (rangkap 1 baris 1)
4. Penggunaan kata
klasik : cahari
5. Penggunaan bahasa
kiasan - Yang boleh menyerahkan diri (mahu menurut kata suami)
Nilai
1. Nilai
kebijaksanaan.- Kebijaksanaan seseorang memilih sahabat, guru dan isteri akan
memberi manfaat kepadanya.
2. Nilai ketaatan.- Seorang
isteri perlu taat dan setia kepada suami.
3. Nilai keikhlasan-
Seseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan.
Pengajaran
1. Kita haruslah
mencari sahabat yang dapat memahami dan bersama-sama ketika susah dan senang.
2. Kita mestilah
berguru dengan orang yang benar-benar bijaksana agar dapat membimbing kita.
3. Seseorang suami
haruslah bijak memilih isteri yang setia agar perhubungan mereka berkekalan.
No comments:
Post a Comment