Kamal Hijaz akan berpindah ke Terengganu kerana
mengikut bapanya. Dia seorang pelajar yang berbakat dalam lukisan. Dua minggu
sebelum berpindah, dia menyertai pertandingan melukis. Pada pagi hari
pertandingan, Kamal Hijaz didatangi kawannya, Maryati dan Norlela. Mereka
bersarapan bersama-sama di taman mini sekolah. Maryati mengkhianati
Kamal Hijaz dengan menukar kertas lukisannya.Walau bagaimanapun, Kamal Hijaz
berjaya juga memenangi hadiah pertama dalam pertandingan itu. Akhirnya,
Maryati mengaku bahawa dialah yang berbuat khianat terhadap Kamal Hijaz. Dia
meminta maaf, dan Kamal Hijaz menghadiahi Maryati sebuah lukisan.
Tema
Keluhuran hati dalam
persahabatan. Keluhuran hati Kamal Hijaz terserlah apabila dia bersikap tenang
dan memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya. Pada hari pertandingan,
Maryati telah menukar kertas lukisan Kamal Hijaz ketika dia ke kantin untuk
membersihkan bekas makanan.
Persoalan
i.Kesungguhan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.
Contoh : Kamal Hijaz
membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea yang akan dijadikan
model dalam pertandingan melukis.
ii. Keharmonian dalam kehidupan bersahabat.
Contoh : Kamal Hijaz duduk
bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh
Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan dengan berbual mesra.
iii. baik hati dalam kalangan murid sekolah. Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan
bersama-sama mereka.
iv.
Kekuatan semangat menghadapi cabaran
hidup. Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat kertas
lukisannya yang disabotaj, Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan meneruskan lukisannya dengan yakin
dan berjaya.
v.
Keinsafan akibat kesilapan yang
dilakukan.
Contoh : Maryati berasa bersalah dan
menginsafi kesalahannya mengkhianati
Kamal Hijaz dan seterusnya dia meminta maaf.
vi.
Kemuliaan hati dalam memaafkan
seseorang. Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang mengkhianatinya dan
menghadiahkan sebuah lukisan.
Plot
i.
Permulaan
Kamal Hijaz membelek-belek buku
kumpulan lukisan untuk mencari ilham yang akan dilukiskan dalam pertandingan
melukis yang akan disertainya. Pembaca diperkenalkan dengan watak Kamal Hijaz
sebagai pelajar yang hebat dalam lukisan di sekolahnya.
ii.
Perkembangan
Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku
simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela.
Mereka bertegur sapa dan usik-mengusik tentang isu yang berkisar dengan
pertandingan melukis yang akan disertai oleh mereka sebentar lagi.
Sejurus kemudian, Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz
makan bersama-sama mereka. Pada mulanya, Kamal Hijaz agak keberatan dan malu
untuk menerima pelawaan Maryati, tetapi atas permintaan mereka untuk kali yang
terakhir, Kamal Hijaz mengalah. Setelah selesai makan, Kamal Hijaz dan Norlela
pergi ke kantin untuk mencuci pinggan dan gelas.
iii.
Puncak
Pertandingan melukis bermula, Kamal
Hijaz keresahan kerana kertas lukisannya telah disabotaj sehingga sukar
untuk diwarna. Dia terpaksa menukar kertas lukisan. Sekali -gus dia mengubah
fikiran, lalu melukis gambaran Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat. Tatkala
itu, fikirannya berkonflik, berfikir tentang kisah sejarah Hang Tuah dan
Hang Jebat. Pada perhimpunan mingguan di sekolah, dia diumumkan sebagai
pemenang Pertandingan Melukis Peringkat Daerah, manakala Maryati sebagai
pemenang kedua.
iv. Peleraian
Pada hari terakhir persekolahan, Kamal
Hijaz diberi peluang memberikan ucapan perpisahan. Ucapannya amat menyentuh
hati Maryati, dan Maryati berasa bersalah dan kesal. Maryati menemui Kamal
Hijaz untuk meminta maaf. Kamal Hijaz memaafkan Maryati dan menghadiahkan
sebuah lukisan.
Teknik Plot
i.
Pemerian
Contoh: Penulis memerihalkan
peristiwa ketika Kamal Hijaz yang dicemburui oleh kawan-kawannya kerana
kebolehannya melukis.
ii.
Monolog Dalaman
Contoh: Penulis menggambarkan
Kamal Hijaz bermonolog dalaman semasa melukis gambaran pahlawan sedang bertikam
di pertandingan melukis peringkat daerah.
iii.
Dialog
Contoh: Teknik ini digunakan semasa
Maryati meminta maaf kerana telah mengkianati Kamal Hijaz semasa pertandingan
melukis.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Kamal Hijaz
i.
Pelajar Tingkatan 2 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.
ii.
Berbakat dan berminat dalam
lukisan dan sentiasa mendapat markah A dalam Mata Pelajaran Lukisan.
iii.
Pelajar yang berusaha dengan
gigih. Dia tekun mencari ilham sebagai persediaan menyertai pertandingan melukis.
iv.
Berjiwa mulia kerana
menyumbangkan hadiah yang diperoleh kepada PIBG bagi
membantu rakan-rakan yang kurang bernasib baik.
v.
Tabah dan tenang ketika menghadapi
masalah. Dia tetap bersabar dan meneruskan
lukisannya yang kedua sehingga berjaya.
vi.
Bersikap terbuka dan pemaaf. Dia
memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya.
Watak Sampingan
Maryati
i. Rakan kepada Kamal Hijaz.
ii. Seorang yang peramah dan mudah mesra. Hal ini terserlah
sewaktu dia dan Norela bertemu dengan
Kamal Hijaz sebelum pertandingan melukis.
iii. Berjiwa kecil. Dia sanggup menggunakan taktik kotor untuk
mengalahkan Kamal Hijaz dalam pertandingan melukis.
iv. Mudah insaf dan menyesali kesilapannya. Dia berasa
bersalah dan meminta maaf kepada Kamal Hijaz atas kesalahannya
menukar kertas lukisan.
Latar
Latar Masa
i.
Hari Isnin. Hari
Perhimpunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.Contoh: Pengetua menyampaikan amanatnya dan mengumumkan
keputusan pertandingan yang diadakan.
ii.
Hari Sabtu. Hari cuti
persekolahan. Contoh : Pada hari pertandingan melukis di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sirusa.
iii.
Dua minggu. Contoh : Tempoh
antara hari pertandingan melukis dengan pengumuman keputusan pertandingan diumumkan.
iv.
Tiga hari Contoh : Tempoh Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah
padi dan gambaran dua pahlawan sedang bertikam.
Latar Tempat
i.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.
Tempat pertandingan melukis dijalankan.Contoh : Di Sekolah Menengah Kebangsaan
itulah akan dilangsungkan pertandingan melukis itu.
ii.
Taman mini sekolah. Tempat Kamal
Hijaz menunggu sebelum pertadingan dimulakan.
Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar
pada bangku simen terazo yang terletak berhampiran taman mini sekolah.
iii.
Kantin sekolah. Latar tempat yang
digunakan watak untuk membersihkan bekas makanan.Contoh
:“Kalau sudah begitu kata kamu, terpulanglah. Tapi, Norlela tentu boleh
membantu kamu mencuci pinggan dan gelas di kantin,”
Latar Masyarakat
i.
Golongan pendidik. Golongan yang berilmu dan
bertanggungjawab mendidik anak-anak tempatan. Contoh : Cikgu Salina yang memaklumkan kepada pelajar tentang
pertandingan melukis peringkat
daerah.
ii.
Golongan pelajar. Sekumpulan anak-anak yang menuntut ilmu
secara formal di sekolah.
Contoh : Kamal Hijaz, Maryati dan
Norlela merupakan contoh murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sirusa.
iii.
Golongan yang gigih berusaha.. Terdapat individu yang berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk berjaya.Contoh : Tiga hari Kamal Hijaz berlatih
melukis gambar pemandangan di sawah padi dan gambaran pahlawan sedang bertikam.
iv.
Golongan yang sanggup mengkhianati orang lain. Terdapat individu yang sanggup mengkhianati kawan demi
kepentingan sendiri, tidak terkecuali pelajar.Contoh : Maryati sanggup
menukar kertas lukisan Kamal Hijaz sebelum pertandingan bermula.
Nilai
i.
Nilai persahabatan. Contoh : Meskipun Maryati pernah mengkhianati Kamal
Hijaz, mereka tetap bersahabat dan akan terus bertukat-tukar kertas soalan
setelah mereka berpisah nanti.
ii.
Nilai ketabahan. Contoh : Ketabahan Kamal Hijaz sewaktu menghadapi masalah dengan
kertas lukisannya. Dia tetap taba h dan gigih meneruskan lukisan keduanya.
iii.
Nilai kesabaran. Contoh : Kesabaran Kamal Hijaz menerima pengakuan
Maryati yang menukar kertas lukisannya sebelum pertandingan melukis.
iv.
Nilai kegigihan. Contoh : Kamal
Hijaz membelek helaian buku lukisan, dan berlatih tiga hari melukis pemandangan
di sawah padi dan pahlawan sedang bertikam.
Pengajaran
i. Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk menghasilkan
sesuatu yang terbaik. Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan
lukisan untuk mencari idea yang akan dilukiskan dalam pertandingan
melukis.
iii.
Kita hendaklah berbudi bahasa.
Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz
makan bersama-sama mereka.
iii.
Kita hendaklah bersemangat tinggi.
Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat daripada kertas
lukisannya yang dikhianati, Kamal Hijaz masih mampu bertenang
dan meneruskan lukisannya
dengan yakin dan berjaya.
iv.
Kita hendaklah menginsafi dan mengakui
kesilapaan sendiri. Contoh : Maryati berasa bersalah dan
insaf akan kesalahannya mengkhianati Kamal Hijaz dan seterusnya dia
meminta maaf.
v.
Kita hendaklah berhati mulia. Contoh : Kamal
Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang telah
mengkhianatinya dan menghadiahkan sebuah lukisan.
Gaya Bahasa
i.i.
Peribahasa Contoh : Membulatkan
hatinya
iii.
Hiperbola Contoh : Menusuk
rongga hidung
iii.
Pengaruh bahasa asing. Contoh : Penggunaan bahasa Inggeris - water colour
iv.
Simile Contoh : macam
nenek kebayan
v.
Kata ganda Contoh : Kamal
Hijaz merenung muka Maryati dan Norlela bergilir-gilir.
Terima kasih tuan...
ReplyDeleteSangat terima kasih :)
ReplyDelete