SINOPSIS
Setelah berkahwin Merah Gajah dengan
Puteri Betong, dikurniakan 2 orang anak lelaki bernama Merah Silau dan
Merah Hasum. Selama ini Merah gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai
sehelai rambut keemasan di tengah kepala sehinggalah beliau terpandang semasa
isterinya sedangmenyikat rambut.
Merah Gajah hendak mencabut tetapi
dihalang oleh isterinya. Semasa isterinya tidur, Merah gajah mencabut rambut itu
lalu keluarlah darah dari liang rambut tersebut. Sebaik darah berhenti, Puteri
Betong pun hilang.Berita Puteri Bentong diketahui ayahandanya, Raja Muhammad
lalu dibunuh menantunya. Berita pembunuhan Merah Gajah diketahui oleh
ayahandanya, Raja Ahmad lalu berlakunya peperangan antara kedua kerajaan
mereka.Kedua-duanya meninggal dunia. Merah Silu dan Merah Hasum meninggalkan
negeri Semerlang. Mereka sampai di negeri Beruana dan membuka perkampungan di
sana. Suatu hari ketika MerahSilu bermain di sungai, beliau melihat banyak ikan
dan meminta orang membuat bubu untuknya.
Setelah bubu ditahan dan diangkat,
dipenuhi dengan cacing selama 3 hari berturut-turut. Lalu Merah Silu mengambil
keputusan merebur cacing tersebut dan dengan takdir Allah cacing itu bertukar
menjadi emas dan buihnya menjadi perak.
Suatu hari Merah Silu mengupah orang
membuat lubang untuk menangkap dan mengurung kerbau liar, dan berita itu sampai
kepada Merah Husam lalu meminta Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak
mengikut katanya.Merah Silu meninggalkan negeri itu dengan membawa semua harta
dan kerbaunya hingga sampai ke Karang. Penduduk di situ meminta beliau tidak
berada di sana kerana kerbau beliau memusnahkan tanaman penduduk.Merah Silu
keluar dari karang dan sampai ke Buluh Tenang dan bertemu Megat Iskandar lalu
mempelawa merah Silu tinggal di sana. Merah Silu bermohon kepada Megat Iskandar
agar menjadi bapa angkatnya.Merah Silu gemar menyabung ayam, sesiapa yang kalah
dibayar taruhan dan diberikan kerbau oleh beliau. Pada penonton juga diberikan
seekor kerbau.
Megat Iskandar bercadang menjadikan
Merah Silu raja Rimba Jerun namun Tun Aria Benong tidak bersetuju. Setelah
Merah Silu diangkat menjadi raja, datang Sultan Maliku‘ 1-Nasar ke RimbaJerun
lalu berlakunya peperangan. Sultan Maliku berundur ke Benua dan diserang selepas
itu oleh Merah Silu di sana menyebabkab baginda berundur ke rimba.Merah Silu
menamakan Benua itu sebagai Pertama Terjun.
Merah Silu memerangi lagi Sultan
Maliku’1-Nasar sehingga beliau berundur ke Gunung Telawas tetapi Sultan Maliku
berjaya melepaskan diri. Merah Silu menamakan tempat itu Kubu.Sultan Maliku
terus berundur dari Pekersang ke Kumat.Berita tentang Sultan Maliku di ketahui
oleh Megat Iskandar lalu menyerang Sultan Maliku sehinnga kalah.Seorang Hulubalang
Sultan Maliku iaitu Tuan Aria Benong lari ke Barus dan ditangkap oleh raja
Barus. Akhirnya Merah Silu dirajakan oleh Megat Iskandar sebagai raja di Rimba
Jerun.
TEMA
Cerita
ini mengemukakan kehebatan dan kepahlawanan anak raja yang bernama Merah Silu.
PERSOALAN
·
Perselisihan
faham sesama adik-beradik
·
Peperangan
dan permusuhan dua negara
·
Perkara
yang di luar logik akal
·
Keberanian
anak raja untuk merantau dan mencari kawasan baru untuk dijadikan negeri
jajahan.
·
Sikap
raja yang gemar berjudi
·
Peperangan
sebagai cara untuk meluaskan jajahan
WATAK
Merah
Silu
·
Anak
pertama Merah Gajah dengan Puteri Betong.
·
Adindanya
bernama Merah Hasum.
·
Merah
Silu menjadi yatim piatu sejak kecil.
·
Merah
Silu berusaha mencari petempatan baru untuk dijadikan sebagai negeriselepas
kedua-dua orang datuknya Raja Ahmad dan Raja Muhammad meninggaldunia dalam
peperangan.
·
Merah
Silu menjadi kaya-raya apabila cacing gelang-gelang yang memenuhi
bubunya bertukar menjadi emas dan perak.
·
Kegemaran
Merah Silu ialah menangkap kerbau liar dan menyabung ayam.
·
Merah
Silu kerap menang dalam beberapa siri peperangan.
·
Merah
Silubersikap pemurah kerana memberikan seekor kerbau kepada setiaporang yang
datang menyaksikan pertandingan ayam sabung.
·
Merah
Silu ditabalkan sebagai raja di Rimba Jerun oleh Megat Iskandar.
Merah Hasum
·
Adinda
kepada Merah Silu.
·
Setelah
kematian ibu baps, baginda bersama-sama dengan Merah Silu merantaumencari
petempatan baru.
·
Merah
Hasum tidak suka akan sikap Merah Silu yang gemar memikat kerbau.
·
Merah
Hasum tidak menghormati kakandanya, sanggup mengusir kakandanya hanyakerana
tidak sefahaman.
Merah Gajah
·
Merah Gajah ialah ayahanda kepada
Merah Silu dan Merah Hasum.
·
Isteri Merah Gajah bernama Puteri
Betong.
·
Merah Gajah tidak mendengar kata,
mencabut rambut keemasan yang ada di tengah-tengah kepala Puteri Betong dan
tindakannya itu menyebabkan isterinya mangkat.
·
Baginda
matidibunuh oleh ayahanda mentuanya, Raja Muhammad yang marahterhadap perbuatan
Merah Gajah yang mencabut rambut emas Puteri Betonghingga menyebabkan
kematiannya.
Puteri Betong
·
Puteri Betong ialah anakanda Raja Muhammad.
·
Puteri Betong merupakan bonda Merah
Silu dan Merah Hasum.
·
Suami Puteri Betong bernama Merah
Gajah.
·
Baginda mempunyai sehelai rambut berwarna
keemasan di tengah-tengah kepalanya.
·
Puteri
Betong meninggal dunia apabila rambut emasnya itu dicabut oleh MerahGajah.
Megat Iskandar
·
Megat Iskandar ialah saudara kandung
kepada Megat Kedah dan Sultan Maliku'l-Nasar.
·
Megat Iskandar seorang yang pengasih
dan baik hati.
·
Megat Iskandar sanggup menerima
Merah Silu yang tiada tempat perlindungan dan tinggal di Buluh Telang
PLOT
·
Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini
dijalin secara kronologi.
·
Pada
bahagian pengenalan atau eksposisi, diceritakan tentang Merah Gajah
yang berkahwin dengan Puteri Betong dan dikurniai dua orang anak, iaitu
Merah Siludan Merah Hasum. Puteri Betong mangkat selepas sehelai rambut emasnya
dicabutoleh Merah Gajah. Peristiwa itu telah mencetuskan perbalahan keluarga
hinggamencetuskan peperangan antara dua buah negara.
·
Plot
terus berkembang apabila Merah Silu dan Merah Hasum keluar dari negeri asal
mereka, Semerlanga kerana keluarga mereka sudah porak-peranda. Mereka merantau
dan membuka negeri Beruana. Di sinilah Merah Silu menjadi kaya-raya apabila
cacing gelang-gelang dalam bubunya bertukar menjadi emas setelah direbus.
·
Pada bahagian perumitan, Merah Silu
keluar dari Beruana kerana adindanya tidak suka akan sikapnya yang
dikatakan suka melakukan kerja yang sia-sia. Merah Silu terus merantau
hinggalah bertemu dengan Megat Iskandar di Buluh Telang. Megat Iskandar sangat
mengasihinya hingga mahu mengangkat Merah Silu sebagai raja disitu. Namun,
cadangan itu dibantah oleh Tun Aria Benong.
·
Plot
mencapai kemuncak atau klimaks apabila Sultan Maliku'l-Nasar datang ke
negeri Buluh Telang dan menyerang Merah Silu setelah baginda dilantik sebagai
raja.Peperangan tersebut berlanjutan hingga ke beberapa tempat.6. Pada bahagian
peleraian, Sultan Maliku'l-Nasar kalah dalam peperangan tersebut.Baginda
berundur ke Kumat tetapi akhirnya diserang oleh Megat Iskandar. Akhirnya,Merah
Silu ditabalkan secara rasmi sebagai Raja Rimba Jerun.
LATAR
Latar
Tempat
·
Di Semerlanga.
Negeri asal
Merah Silu dan Merah Hasum sebelum mereka keluar merantau.
·
Di Beruana.
Perkampungan
baru yang dibuka oleh Merah Situ dan Merah Hasum.
·
Di Kerbau Kampung.
Tempat
Merah Situ memikat kerbau liar.
·
Di hulu Sungai Pasangan dan di hulu
Karang.
Tempat
persinggahan Merah Situketika dalam
perjalanan selepas mengambil keputusan keluar dari tempat MerahHasum.
·
Di Buluh Telang.
Peristiwa
Merah Situ bertemu dengan Megat Iskandar.
·
Di Benua, di Pertama Terjun, di Gunung
Telawas, dan diKumat.
Sultan
Maliku'l-Nasar melarikan diri selepas berlaku peperangan dengan Merah Silu.
·
DiRimba Jerun.
Merah Silu
ditabalkan menjadi raja oleh Megat Iskandar.
Latar Masa
·
Latar
masanya adalah ketika Puteri Betong mengandungkan Merah Silu hingga Baginda
mati dibunuh oleh ayahanda mentuanya, Raja Muhammad yang marah terhadap
perbuatan Merah Gajah yang mencabut rambut emas Puteri Betong hingga menyebabkan
kematiannya.
·
Merah Silu dewasa dan dirajakan oleh
Megat Iskandar di Rimba Jerun.
Latar Masyarakat
·
Masyarakat yang mengamalkan sistem
pemerintahan beraja.
Contohnya,
MerahSilu telah ditabalkan sebagai raja di Rimba Jerun.
·
Masyarakat bangsawan yang gemar berperang.
Contohnya, Raja Muhammad dan Raja Ahmad berperang hingga banyak rakyat
terkorban dan cedera.
·
Masyarakat
yang gemar berpindah-randah dan membuka negeri baru. Contohnya,Merah Gajah dan
Merah Hasum meninggalkan negeri asal mereka, Semerlanga dan membuka
perkampungan baru bernama Beruana.
·
Masyarakat
yang percaya kepada mitos.
Contohnya, Merah Silu telah membawapulang
cacing gelang-gelang yang memenuhi bubunya selama beberapa hari. Apabila direbus,
cacing gelang-gelang itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya bertukar menjadi
perak.
·
Masyarakat
yang suka melakukan pekerjaan yang sia-sia.
Contohnya, Merah Silu suka memikat kerbau
liar dan bersabung ayam.
·
Masyarakat
yang menghormati keturunan raja.
Contohnya, Megat Iskandar amat menghormati
Merah Silu hingga bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua, dan
segala rakyat di negeri itu untuk mengangkatnya sebagai raja.
NILAI
MURNI
·
Nilai taat setia
Setiap
rakyat haruslah menumpahkan taat setia kepada rajanya.Contohnya, rakyat jelata
taat akan anak raja yang bernama Merah Silu.
·
Nilai murah hati.
Kita haruslah bermurah hati kepada orang lain
seandainya berkemampuan. Contohnya, Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau
kepada mereka yang bermain sabung ayam dan orang yang datang menonton.
·
Nilai
berdikari.
Sikap berdikari dapat mematangkan diri agar
tabah dengan cabaranhidup. Contohnya, Merah Silu mencari negeri baru kerana
tidak mahu bersama-sama dengan adiknya Merah Hasum.
·
Nilai keberanian.
Semangat berani harus ada dalam diri
pemimpin. Contohnya,Merah Silu berani menentang musuh-musuhnya dalam
peperangan.
·
Nilai
baik hati.
Kita haruslah baik hati dan bersedia membantu
insan yang memerlukan. Contohnya, Megat Iskandar menerima kedatangan Merah Silu
dengantangan terbuka dan membenarkan baginda tinggal di Buluh Telang
PENGAJARAN
·
Kita
janganlah melakukan perbuatan yang dapat memudaratkan orang lain.
·
Kita
hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul di meja rundingan bukannyamelalui
peperangan.
·
Janganlah suka menganiayai haiwan kerana
haiwan adalah makhluk Tuhan yang bernyawa.
·
Kita
hendaklah berani menentang musuh.
·
Nasihat
yang baik perlu dijadikan teladan walaupun daripada orang yang lebihmuda.
·
Kita
haruslah menghargai budi baik dan kepercayaan orang lain dengan
sebaik mungkin.
Latihan: Merah Silu
Baca prosa
tradisional Merah Silu dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikut dengan jawapan anda sendiri.
1.Apakah
tindakan Merah Silu setelah mendapati bubunya dimasuki cacing gelang?
2. Apakah maksud rangkai kata setelah putus bicara dua
bersaudara
itu?
3.Jelaskan
kemana dan mengapa Merah Silu berpindah dari satu tempat ke satu tempat sebelum
dirajakan di Rimba Jerun.
4.Nyatakan
perkara atau perbuatan yang menjadikan Merah Silu menjadi terkenal.
tq cikgu.. ;)
ReplyDeletetq cikgu..tgsan kmi jdi lbih mudah dan senang dpt kptsan yg cmerlg.. :)
ReplyDeletetq cikgu krna mmudhkn tgsan kmi dan mndpt kptsan yg cmerlg dlm bhsa melayu.. :)
ReplyDeletetq cikgu
ReplyDelete