Sunday, July 22, 2012

MERAH SILU (PROSA TRADISIONAL) KOMSAS Tingkatan 4


SINOPSIS

Setelah berkahwin Merah Gajah dengan Puteri Betong, dikurniakan 2 orang anak lelaki bernama Merah Silau dan Merah Hasum. Selama ini Merah gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut keemasan di tengah kepala sehinggalah beliau terpandang semasa isterinya sedangmenyikat rambut.

Merah Gajah hendak mencabut tetapi dihalang oleh isterinya. Semasa isterinya tidur, Merah gajah mencabut rambut itu lalu keluarlah darah dari liang rambut tersebut. Sebaik darah berhenti, Puteri Betong pun hilang.Berita Puteri Bentong diketahui ayahandanya, Raja Muhammad lalu dibunuh menantunya. Berita pembunuhan Merah Gajah diketahui oleh ayahandanya, Raja Ahmad lalu berlakunya peperangan antara kedua kerajaan mereka.Kedua-duanya meninggal dunia. Merah Silu dan Merah Hasum meninggalkan negeri Semerlang. Mereka sampai di negeri Beruana dan membuka perkampungan di sana. Suatu hari ketika MerahSilu bermain di sungai, beliau melihat banyak ikan dan meminta orang membuat bubu untuknya.

Setelah bubu ditahan dan diangkat, dipenuhi dengan cacing selama 3 hari berturut-turut. Lalu Merah Silu mengambil keputusan merebur cacing tersebut dan dengan takdir Allah cacing itu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.

Suatu hari Merah Silu mengupah orang membuat lubang untuk menangkap dan mengurung kerbau liar, dan berita itu sampai kepada Merah Husam lalu meminta Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak mengikut katanya.Merah Silu meninggalkan negeri itu dengan membawa semua harta dan kerbaunya hingga sampai ke Karang. Penduduk di situ meminta beliau tidak berada di sana kerana kerbau beliau memusnahkan tanaman penduduk.Merah Silu keluar dari karang dan sampai ke Buluh Tenang dan bertemu Megat Iskandar lalu mempelawa merah Silu tinggal di sana. Merah Silu bermohon kepada Megat Iskandar agar menjadi bapa angkatnya.Merah Silu gemar menyabung ayam, sesiapa yang kalah dibayar taruhan dan diberikan kerbau oleh beliau. Pada penonton juga diberikan seekor kerbau.

Megat Iskandar bercadang menjadikan Merah Silu raja Rimba Jerun namun Tun Aria Benong tidak bersetuju. Setelah Merah Silu diangkat menjadi raja, datang Sultan Maliku‘ 1-Nasar ke RimbaJerun lalu berlakunya peperangan. Sultan Maliku berundur ke Benua dan diserang selepas itu oleh Merah Silu di sana menyebabkab baginda berundur ke rimba.Merah Silu menamakan Benua itu sebagai Pertama Terjun.

Merah Silu memerangi lagi Sultan Maliku’1-Nasar sehingga beliau berundur ke Gunung Telawas tetapi Sultan Maliku berjaya melepaskan diri. Merah Silu menamakan tempat itu Kubu.Sultan Maliku terus berundur dari Pekersang ke Kumat.Berita tentang Sultan Maliku di ketahui oleh Megat Iskandar lalu menyerang Sultan Maliku sehinnga kalah.Seorang Hulubalang Sultan Maliku iaitu Tuan Aria Benong lari ke Barus dan ditangkap oleh raja Barus. Akhirnya Merah Silu dirajakan oleh Megat Iskandar sebagai raja di Rimba Jerun.


TEMA 

Cerita ini mengemukakan kehebatan dan kepahlawanan anak raja yang bernama Merah Silu.

PERSOALAN

·         Perselisihan faham sesama adik-beradik 

·         Peperangan dan permusuhan dua negara

·         Perkara yang di luar logik akal

·         Keberanian anak raja untuk merantau dan mencari kawasan baru untuk dijadikan negeri jajahan.

·         Sikap raja yang gemar berjudi

·         Peperangan sebagai cara untuk meluaskan jajahan

 WATAK

Merah Silu

·         Anak pertama Merah Gajah dengan Puteri Betong.

·          Adindanya bernama Merah Hasum.

·         Merah Silu menjadi yatim piatu sejak kecil.

·         Merah Silu berusaha mencari petempatan baru untuk dijadikan sebagai negeriselepas kedua-dua orang datuknya Raja Ahmad dan Raja Muhammad meninggaldunia dalam peperangan.

·         Merah Silu menjadi kaya-raya apabila cacing gelang-gelang yang memenuhi bubunya bertukar menjadi emas dan perak.

·         Kegemaran Merah Silu ialah menangkap kerbau liar dan menyabung ayam.

·         Merah Silu kerap menang dalam beberapa siri peperangan.

·         Merah Silubersikap pemurah kerana memberikan seekor kerbau kepada setiaporang yang datang menyaksikan pertandingan ayam sabung.

·         Merah Silu ditabalkan sebagai raja di Rimba Jerun oleh Megat Iskandar.

Merah Hasum

·         Adinda kepada Merah Silu.

·         Setelah kematian ibu baps, baginda bersama-sama dengan Merah Silu merantaumencari petempatan baru.

·         Merah Hasum tidak suka akan sikap Merah Silu yang gemar memikat kerbau.

·         Merah Hasum tidak menghormati kakandanya, sanggup mengusir kakandanya hanyakerana tidak sefahaman.

Merah Gajah

·         Merah Gajah ialah ayahanda kepada Merah Silu dan Merah Hasum.

·         Isteri Merah Gajah bernama Puteri Betong.

·         Merah Gajah tidak mendengar kata, mencabut rambut keemasan yang ada di tengah-tengah kepala Puteri Betong dan tindakannya itu menyebabkan isterinya mangkat. 

·         Baginda matidibunuh oleh ayahanda mentuanya, Raja Muhammad yang marahterhadap perbuatan Merah Gajah yang mencabut rambut emas Puteri Betonghingga menyebabkan kematiannya.

Puteri Betong

·         Puteri Betong ialah anakanda Raja Muhammad.

·         Puteri Betong merupakan bonda Merah Silu dan Merah Hasum.

·         Suami Puteri Betong bernama Merah Gajah.

·         Baginda mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah-tengah kepalanya.

·         Puteri Betong meninggal dunia apabila rambut emasnya itu dicabut oleh MerahGajah.

Megat Iskandar 

·         Megat Iskandar ialah saudara kandung kepada Megat Kedah dan Sultan Maliku'l-Nasar.

·         Megat Iskandar seorang yang pengasih dan baik hati.

·         Megat Iskandar sanggup menerima Merah Silu  yang tiada tempat perlindungan dan tinggal di Buluh Telang

PLOT

·         Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.

·         Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, diceritakan tentang Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong dan dikurniai dua orang anak, iaitu Merah Siludan Merah Hasum. Puteri Betong mangkat selepas sehelai rambut emasnya dicabutoleh Merah Gajah. Peristiwa itu telah mencetuskan perbalahan keluarga hinggamencetuskan peperangan antara dua buah negara.

·         Plot terus berkembang apabila Merah Silu dan Merah Hasum keluar dari negeri asal mereka, Semerlanga kerana keluarga mereka sudah porak-peranda. Mereka merantau dan membuka negeri Beruana. Di sinilah Merah Silu menjadi kaya-raya apabila cacing gelang-gelang dalam bubunya bertukar menjadi emas setelah direbus.

·         Pada bahagian perumitan, Merah Silu keluar dari Beruana kerana adindanya tidak suka akan sikapnya yang dikatakan suka melakukan kerja yang sia-sia. Merah Silu terus merantau hinggalah bertemu dengan Megat Iskandar di Buluh Telang. Megat Iskandar sangat mengasihinya hingga mahu mengangkat Merah Silu sebagai raja disitu. Namun, cadangan itu dibantah oleh Tun Aria Benong.

·         Plot mencapai kemuncak  atau klimaks apabila Sultan Maliku'l-Nasar datang ke negeri Buluh Telang dan menyerang Merah Silu setelah baginda dilantik sebagai raja.Peperangan tersebut berlanjutan hingga ke beberapa tempat.6. Pada bahagian peleraian, Sultan Maliku'l-Nasar kalah dalam peperangan tersebut.Baginda berundur ke Kumat tetapi akhirnya diserang oleh Megat Iskandar. Akhirnya,Merah Silu ditabalkan secara rasmi sebagai Raja Rimba Jerun.

LATAR

Latar Tempat

·         Di Semerlanga.

Negeri asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum mereka keluar merantau.

·         Di Beruana.

Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Situ dan Merah Hasum.

·         Di Kerbau Kampung.

Tempat Merah Situ memikat kerbau liar.

·         Di hulu Sungai Pasangan dan di hulu Karang.

Tempat persinggahan Merah Situketika dalam perjalanan selepas mengambil keputusan keluar dari tempat MerahHasum.

·         Di Buluh Telang.

Peristiwa Merah Situ bertemu dengan Megat Iskandar.

·         Di Benua, di Pertama Terjun, di Gunung Telawas, dan diKumat.

Sultan Maliku'l-Nasar melarikan diri selepas berlaku peperangan dengan Merah Silu.

·         DiRimba Jerun.

Merah Silu ditabalkan menjadi raja oleh Megat Iskandar.

Latar Masa

·         Latar masanya adalah ketika Puteri Betong mengandungkan Merah Silu hingga Baginda mati dibunuh oleh ayahanda mentuanya, Raja Muhammad yang marah terhadap perbuatan Merah Gajah yang mencabut rambut emas Puteri Betong hingga menyebabkan kematiannya.

·         Merah Silu dewasa dan dirajakan oleh Megat Iskandar di Rimba Jerun.

Latar Masyarakat

·         Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

Contohnya, MerahSilu telah ditabalkan sebagai raja di Rimba Jerun.

·         Masyarakat bangsawan yang gemar berperang. Contohnya, Raja Muhammad dan Raja Ahmad berperang hingga banyak rakyat terkorban dan cedera.

·         Masyarakat yang gemar berpindah-randah dan membuka negeri baru. Contohnya,Merah Gajah dan Merah Hasum meninggalkan negeri asal mereka, Semerlanga dan membuka perkampungan baru bernama Beruana.

·         Masyarakat yang percaya kepada mitos.

Contohnya, Merah Silu telah membawapulang cacing gelang-gelang yang memenuhi bubunya selama beberapa hari. Apabila direbus, cacing gelang-gelang itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya bertukar menjadi perak.

·         Masyarakat yang suka melakukan pekerjaan yang sia-sia.

Contohnya, Merah Silu suka memikat kerbau liar dan bersabung ayam.

·         Masyarakat yang menghormati keturunan raja.

Contohnya, Megat Iskandar amat menghormati Merah Silu hingga bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua, dan segala rakyat di negeri itu untuk mengangkatnya sebagai raja.

NILAI MURNI

·         Nilai taat setia

Setiap rakyat haruslah menumpahkan taat setia kepada rajanya.Contohnya, rakyat jelata taat akan anak raja yang bernama Merah Silu.

·         Nilai murah hati.

Kita haruslah bermurah hati kepada orang lain seandainya berkemampuan. Contohnya, Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada mereka yang bermain sabung ayam dan orang yang datang menonton.

·         Nilai berdikari.

Sikap berdikari dapat mematangkan diri agar tabah dengan cabaranhidup. Contohnya, Merah Silu mencari negeri baru kerana tidak mahu bersama-sama dengan adiknya Merah Hasum.

·         Nilai keberanian.

Semangat berani harus ada dalam diri pemimpin. Contohnya,Merah Silu berani menentang musuh-musuhnya dalam peperangan.

·         Nilai baik hati.

Kita haruslah baik hati dan bersedia membantu insan yang memerlukan. Contohnya, Megat Iskandar menerima kedatangan Merah Silu dengantangan terbuka dan membenarkan baginda tinggal di Buluh Telang

PENGAJARAN

·         Kita janganlah melakukan perbuatan yang dapat memudaratkan orang lain.

·         Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul di meja rundingan bukannyamelalui peperangan.

·          Janganlah suka menganiayai haiwan kerana haiwan adalah makhluk Tuhan yang bernyawa.

·         Kita hendaklah berani menentang musuh.

·         Nasihat yang baik perlu dijadikan teladan walaupun daripada orang yang lebihmuda.

·         Kita haruslah menghargai budi baik dan kepercayaan orang lain dengan sebaik mungkin.


Latihan: Merah Silu

 Baca prosa tradisional Merah Silu dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut dengan jawapan anda sendiri.


1.Apakah tindakan Merah Silu setelah mendapati bubunya dimasuki cacing gelang? 

2. Apakah maksud rangkai kata setelah putus bicara dua bersaudara

 itu? 

3.Jelaskan kemana dan mengapa Merah Silu berpindah dari satu tempat ke satu tempat sebelum dirajakan di Rimba Jerun.

4.Nyatakan perkara atau perbuatan yang menjadikan Merah Silu menjadi terkenal.


4 comments:

  1. tq cikgu..tgsan kmi jdi lbih mudah dan senang dpt kptsan yg cmerlg.. :)

    ReplyDelete
  2. tq cikgu krna mmudhkn tgsan kmi dan mndpt kptsan yg cmerlg dlm bhsa melayu.. :)

    ReplyDelete