Sunday, July 22, 2012

SAJAK Harga Remaja KOMSAS Tingkatan 4

Maksud

Rangkap 1- Pengajak menerangkan tentang kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam meniti kehidupan.

Rangkap 2- Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi kelalaian atau digunakan untuk menuntut ilmu.

Rangkap 3- Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu teguh pendirian, berani menghadapi cabaran dan gigih menuntut ilmu.

Rangkap 4- Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna.


Tema

Ketinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda. Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan sesuatu yang baik. Remaja juga mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan serta mempunyai hala tuju.

Persoalan

1. Persoalan tentang kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

2. Persoalan jati diri remaja.

3. Persoalan keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan. Tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.

4. Persoalan hala tuju hidup dalam diri remaja.

Bentuk

1. Terdiri daripada empat rangkap

2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada enam baris, manakala rangkap keempat terdiri daripada dua baris.

3. Mengandungi antara satu hingga empat patah kata sebaris.

4. Rima akhirnya bebas abaccd,abcdcd, abcdce dan aa.

5. Sajak ini berbentuk bebas.

Nada- Sinis


Gaya Bahasa

1. Ayatnya pendek-pendek. Contoh: pendirian (rangkap 3, baris 5)

2. Diksinya mudah difahami. Contoh: dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)

3. Aliterasi :pengulangan konsonan m Contoh : remaja amat mahal (rangkap 3, baris 1)

4. Pengulangan konsonan t Contoh : dengan ketentuan tuju (rangkap 4, baris 2)

5. Asonansi :pengulangan vokal a Contoh :dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)

Pengulangan vokal I Contoh : di pinggir perjalanan ini? (rangkap 1, baris 6)

6. Anafora – pengulangan perkataan pada awal baris Contoh : bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon (rangkap 1, baris 4-5)

7. MetaforaContoh : piala remajamu (rangkap 2, baris 2)cuka kesangsian (rangkap 2, baris 3) madu ajaran (rangkap 2, baris 5)

8. Simile Contoh : bagai kehijauan daun (rangkap 1, baris 4)

9. Sinkope Contoh : Penuhilah remajamu Dengan apakah akan kau penuhi


Nilai

1. Nilai keberanian. Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran.

2. Nilai kegigihan. Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu.

3. Nilai kebijaksanaan. Remaja perlu bijak menentukan hala tuju diri dalam hidup mereka.

1. Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

2. Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.

3. Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai keberanian kerana tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.

4. Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.

Pengajaran

1. Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

2. Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.

3. Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai keberanian kerana tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.

4. Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.


1 comment: