Rangkap 1- Pengajak
menerangkan tentang kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam meniti
kehidupan.
Rangkap 2- Penyajak
mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi
kelalaian atau digunakan untuk menuntut ilmu.
Rangkap 3- Usia
remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu
teguh pendirian, berani menghadapi cabaran dan gigih menuntut ilmu.
Rangkap 4- Remaja
perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna.
Tema
Ketinggian nilai
usia remaja berdasarkan pengisian usia muda. Zaman remaja ialah zaman paling
berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan sesuatu yang baik. Remaja juga
mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan serta mempunyai hala tuju.
Persoalan
1. Persoalan tentang
kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
2. Persoalan jati
diri remaja.
3. Persoalan
keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan. Tanpa keberanian, remaja
susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.
4. Persoalan hala
tuju hidup dalam diri remaja.
Bentuk
1. Terdiri daripada
empat rangkap
2. Bilangan barisnya
tidak sama. Rangkap pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada enam baris,
manakala rangkap keempat terdiri daripada dua baris.
3. Mengandungi
antara satu hingga empat patah kata sebaris.
4. Rima akhirnya
bebas abaccd,abcdcd, abcdce dan aa.
5. Sajak ini
berbentuk bebas.
Nada- Sinis
Gaya Bahasa
1. Ayatnya
pendek-pendek. Contoh: pendirian (rangkap 3, baris 5)
2. Diksinya mudah
difahami. Contoh: dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)
3. Aliterasi
:pengulangan konsonan m Contoh : remaja amat mahal (rangkap 3, baris 1)
4. Pengulangan
konsonan t Contoh : dengan ketentuan tuju (rangkap 4, baris 2)
5. Asonansi
:pengulangan vokal a Contoh :dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)
Pengulangan vokal I Contoh
: di pinggir perjalanan ini? (rangkap 1, baris 6)
6. Anafora – pengulangan
perkataan pada awal baris Contoh : bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon
(rangkap 1, baris 4-5)
7. MetaforaContoh :
piala remajamu (rangkap 2, baris 2)cuka kesangsian (rangkap 2, baris 3) madu
ajaran (rangkap 2, baris 5)
8. Simile Contoh :
bagai kehijauan daun (rangkap 1, baris 4)
9. Sinkope Contoh :
Penuhilah remajamu Dengan apakah akan kau penuhi
Nilai
1. Nilai keberanian.
Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran.
2. Nilai kegigihan.
Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu.
3. Nilai
kebijaksanaan. Remaja perlu bijak menentukan hala tuju diri dalam hidup mereka.
1. Kita hendaklah
mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
2. Kita mestilah
rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.
3. Kita hendaklah
berani menempuh dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai keberanian kerana tanpa keberanian,
remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.
4. Kita perlu
mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.
Pengajaran
1. Kita hendaklah
mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
2. Kita mestilah
rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.
3. Kita hendaklah
berani menempuh dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai keberanian kerana tanpa
keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan
pengaruh.
4. Kita perlu
mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.
hi..
ReplyDelete