Sinopsis
Mengisahkan Puan Ainun yang hidup
berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng dan Cik Punita. Pada suatu hari, Puan
Ainun memberi setiap orang jirannya semangkuk daging masak Minang.
Semua jirannya memuji keenakan masakannya kecuali Cik Punita yang
mengembalikan pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun tidak berpuas
hati dan berdendam dengan Cik Punita sehingga sanggup menyuruh anaknya
mengembalikan buah limau bali pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka berbaik
semula apabila suami Puan Ainun memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak
makan daging lembu kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama Hindu.
Tema
Kepentingan
semangat kejiranan dalam kehidupan seharian.
Buktinya Puan
Ainun, Puan Salbiah, Puan Cheng, dan Cik Punita saling bertegur sapa dan
tolong-menolong antara satu sama lain.
Persoalan
i.
Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Contoh: Puan
Ainun, Puan Cheng, dan Cik Punita yang tinggal di satu taman perumahan.
ii.
Larangan dalam agama.
Contoh: Cik
Punita mengembalikan semangkuk daging pemberian Puan Ainun kerana amalan
agamanya tidak membenarkan penganutnya makan daging lembu yang dianggap suci.
iii.
Dendam yang berpanjangan.
Contoh: Puan
Ainun berdendam terhadap Cik Punita yang mengembalikan semangkuk daging
pemberiannya.
iv.
Tolong- menolong dalam hidup bermasyarakat.
Contoh: Anak-
anak Puan Ainun menyiram pokok- pokok bunga Cik Punita ketika dia balik ke
kampung.
Plot
i.
Permulaan
Mengisahkan
Puan Ainun seorang yang suka memasak dan mencuba resipi baharu, iaitu daging
masak Minang.
ii.
Perkembangan
Puan Ainun
meminta anak-anaknya menghantar masakan tersebut kepada tiga orang jirannya
iaitu Puan Cheng, Cik Punita dan Puan Salbiah.
iii.
Puncak
Puan Ainun
akhirnya mengetahui punca Cik Punita mengembalikan masakannya
melalui penjelasan suaminya. Rupa-rupanya Cik Punita tidak makan daging kerana
penganut agama Hindu tidak boleh makan daging lembu.
iv.
Peleraian
Akhirnya Puan
Ainun sedar akan kesilapannya dan menghantar sendiri bubur kacang kepada Cik
Punita.
Teknik
Penceritaan
i.
Pemerian
Contoh: Memerihalkan
peristiwa Puan Ainun mencuba resepi baharu, iaitu daging masak Minang.
ii.
Dialog
Contoh: Perbualan
antara Puan Ainun dengan Puan Cheng tentang masakan Puan Ainun di halaman rumah
mereka.
iii.
Imbas Kembali
Contoh: Puan
Ainun mengingati kembali peristiwa dia tidak membeli produk barangan kesihatan
yang dijual oleh Cik Punita.
iv.
Saspens
Contoh: Pembaca
tertanya-tanya sebab Cik Punita tidak menerima masakan pemberian Puan Ainun.
v.
Monolog Dalaman
Contoh: Sewaktu
Puan Ainun tertanya-tanya di dalam hati sebab Cik Punita tidak menerima
pemberiannya.
vi.
Monolog
Contoh: Puan
Ainun mengeluh sendirian memikirkan perbuatan Cik Punita yang menolak
pemberiannya.
Watak dan
Perwatakan
Watak Utama
Puan Ainun
i. Isteri kepada Encik Hilal.
ii.
Ibu kepada Shafiq dan Hanif.
iii.
Berjiran dengan Cik Punita, Puan Cheng dan Puan Salbiah.
iv.
Mempunyai semangat kejiranan dan suka menolong jiran.
Contoh : Sekiranya
Cik Punita pulang ke kampungnya di Ipoh selama beberapa
hari, Puan
Ainun jugalah yang ringan tangan menolong menyiramkan pokok-pokok bunga di
rumah Punita. Dia juga menolong mengawasi rumah jirannya itu agar
sentiasa dalam keadaan yang selamat.
v.
Seorang yang suka memasak dan mencuba sesuatu yang
baharu.
Contoh : Puan
Ainun mencuba memasak daging masak Minang.
vi.
Seorang yang mudah kecil hati dan pendendam.
Contoh: Puan
Ainun kecil hati dan berdendam dengan Cik Punita kerana mengembalikan masakan
pemberiannya.
vii.
Insaf akan kesilapannya.
Contoh: Puan
Ainun insaf atas kesilapannya berprasangka buruk terhadap Cik Punita.
Watak Sampingan
Cik Punita
i. Jiran Puan
Ainun yang berketurunan India dan beragama Hindu.
ii. Berusia 30-an
tetapi belum berkahwin.
iii.
Fasih berbahasa Melayu.
iv.
Berasal dari Ipoh.
v.
Menjual barangan kesihatan keluaran
syarikat jualan langsung.
vi.
Patuh pada ajaran agamanya
. Contoh : Cik Punita tidak makan daging lembu.
vii. Mempunyai semangat kejiranan. Contoh : Cik
Punita memberikan buah limau bali kepada keluaga Puan Ainun.
Encik Hilal
i.
Suami kepada Puan Ainun.
ii.
Bapa kepada Shafiq dan Hanif.
iii.
Menasihati isterinya yang
menghadapi masalah dengan jirannya.
iv.
Memahami adat dan budaya masyarakat
kaum lain.
Contoh: Dia
menjelaskan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.
Latar
Latar
Masa
i. Waktu pagi. Contoh: Puan
Ainun menyidai pakaian di ampaian di halaman rumahnya.
ii. Waktu
tengah hari. Contoh: Puan Ainun memasak daging masak Minang
untuk makan tengah hari.
iii. Waktu petang. Contoh: Puan Ainun memasak bubur kacang untuk minum
petang.
Latar
Tempat
i.
Rumah Puan Ainun.. Contoh: Tempat tinggal Puan Ainun, Encik Hilal, Shafiq
dan Hanif.
ii.
Kawasan Perumahan. Contoh: Terdapat
rumah Puan Ainun, Puan Cheng, Puan Salbiah dan rumah
sewa Punita.
Latar
Masyarakat
i.
Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Contoh: Terdapat
tiga kaum yang diwakili oleh Puan Ainun (Melayu), Puan Cheng (Cina) dan Cik
Punita (India).
ii.
Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan .
Contoh: Puan
Ainun sering bertukar-tukar makanan dengan jiran-jirannya dan menolong menyiram
pokok-pokok bunga Cik Punita.
iii.
Masyarakat yang prihatin terhadap adat, budaya dan agama
kaum lain.
Contoh: Encik
Hilal menjelaskan kepada Puan Ainun sebab Cik Punita tidak mahu menerima
makanan pemberian Puan Ainun.
Gaya Bahasa
i. Pengaruh bahasa asing. Contoh: Penggunaan bahasa Inggeris - best.
ii. Perlambangan Contoh:
hatinya berasa kembang.
iii.
Sinkope Contoh : “ Tak
ada. Semuanya saya dah beli semalam,” jawab Puan Ainun
iv.
Simile Contohnya : Sakit
hati Puan Ainun makin bertambah bagai dicucuk dengan duri.
v.
Peribahasa Contoh : Penggunaan pepatah, buat baik
berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
vi.
Kata Ganda Contoh:
Berhari-hari selepas itu Punita tidak juga pulang.
Nilai
i.
Nilai tolong- menolong.
Contoh: Puan
Ainun menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita sewaktu ketiadaan
jirannya itu.
ii.
Nilai bertanggungjawab.
Contoh: Puan
Ainun menunaikan tanggungjawab menjaga hak-hak jiran seperti menolong
mengangkat kain sewaktu ketiadaan Cik Punita.
iii.
Nilai kepatuhan.
Contoh: Anak-anak
Puan Ainun patuh pada arahannya supaya menghantar juadah kepada jiran-jirannya.
iv.
Nilai keinsafan.
Contoh: Puan
Ainun insaf akan kesilapannya berburuk sangka terhadap Cik Punita.
v.
Nilai prihatin
Contoh: Encik
Hilal prihatin terhadap adat dan budaya agama lain. Misalnya dia memberitahu
Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.
Pengajaran
i.
Kita hendaklah menghormati jiran dan adat budaya kaum
lain.
Contoh: Encik
Hilal memberitahu Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging
lembu.
ii.
Kita mestilah tolong-menolong sesama jiran.
Contoh: Anak-anak
Puan Ainun menolong Cik Punita menyiram pokok-pokok bunga dan Puan Cheng
menawarkan diri untuk menolong Puan Ainun membeli
barang-barang kerana dia hendak ke kedai.
iii.
Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang
tanpa usul periksa.
Contoh: Puan
Ainun menyangka Cik Punita memulangkan makanan kerana marah terhadapnya yang
tidak membeli barangan yang dijual oleh Cik Punita.
iv.
Kita hendaklah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang
baik.
Contoh:
Puan Ainun mendidik Shafiq dan Hanif agar bertimbang rasa dan tolong-menolong
sesama jiran.
Maklumat yang jelas dan padat.TQ!
ReplyDeleteMaklumat yang jelas dan padat.TQ!
ReplyDeleteMaklumat yang jelas dan padat.TQ!
ReplyDeleteThanks for this
ReplyDeletesaya dapat faham dengan jelas.tq
ReplyDelete