Sunday, July 22, 2012

Cerpen Mutiara Bonda (Osman Ayob) KOMSAS Tingkatan 3

Sinopsis

Mohd. Harraz (adik) ialah ‘mutiara bonda’. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang, diasuh untuk menjadi seorang  yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggalnya. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula setelah terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis  semasa serbuan polis di sebuah pondok  yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt, Jordan. Akhirnya, impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz  tercapai, begitu juga dengan wasiat ayahnya.

Tema                                                                                                

Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya.

Buktinya bonda gigih dan sabar dalam mendidik anaknya Mohd. Harraz (adik) sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di Jordan.

Persoalan

i.        Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Contoh: Bonda sangat menyayangi Mohd. Harraz walaupun anaknya itu sangat nakal dan degil.

ii.        Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.

Contoh: Keempat-empat  orang anak bonda termasuk Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.  

iii.        Keciciran pelajar luar bandar.

Contoh:  Mohd. Harraz pernah berhenti sekolah ketika berada di darjah enam.

iv.        Masalah sosial dalam kalangan remaja.

Contoh: Mohd. Harraz merokok dan rakan-rakannya  yang tidak bersekolah terjebak dalam penagihan ganja.

v.        Tekanan  hidup anak bekas banduan.

Contoh:  Mohd. Harraz menghadapi tekanan kerana bapanya pernah dipenjarakan akibat dituduh terlibat dalam kes dadah.


Plot

i.        Permulaan

Pembaca diperkenalkan dengan watak bonda yang  sangat  gembira menerima surat daripada anaknya, Mohd. Harazz yang sedang melanjutkan pelajaran  di Jordan. Bonda mengimbas kembali saat-saat  ketika membesarkan adik sehingga  berjaya. Ketika  Mohd. Harraz berusia 10 hingga 12 tahun, dia sangat nakal dan degil.

ii.        Perkembangan

Pada bahagian ini, penulis menggambarkan kenakalan dan kedegilan Mohd. Harraz sehingga  dia mengambil keputusan berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam. Namun ibunya tetap sabar melayani kerenahnya itu.

iii.        Puncak

Mohd Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya . Dia diberitahu oleh ibu bahawa pondok di dusun yang selalu dikunjungi oleh Mohd.  Harraz telah diserbu oleh pihak polis. Mohd. Harraz bernasib baik kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut dibuat.

iv.        Peleraian

Mohd. Harraz insaf atas kesilapannya  dan menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya semula. Akhirnya, Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordan.

Teknik Plot

i.        Pemerian

Contoh: Pengarang memerihalkan keadaan bonda yang gembira apabila mendapat warkah perkhabaran daripada adik di Jordon.

ii.        Dialog

Contoh: Perbualan antara bonda dengan adik sewaktu bonda melarang Mohd. Harraz (adik) keluar berjumpa dengan kawan-kawannya sebelum kemalangan berlaku.

iii.        Imbas Kembali

Contoh: Bonda mengingati semula kehidupan Mohd. Harraz (adik) ketika kecil terutamanya  ketika dia berusia 12 tahun. Mohd. Harraz berhenti sekolah ketika dalam darjah enam dan kemudian menyambung semula persekolahan setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya.

iv.        Kejutan

Contoh:  Mohd. Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkannya patah tangan.

v.        Saspens

Contoh: Pembaca tertanya-tanya sama ada Mohd. Harraz akan berubah sikap selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya atau tidak.

vi.        Konflik

Contoh: Mohd. Harraz memberitahu bonda bahawa dia mahu berhenti sekolah. Kak Cik tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu yang selalu member muka kepada adiknya itu.


Watak utama

Adik

i.        Nama penuhnya Mohd. Harraz bin Lebai Sidi.

ii.        Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik.

iii.        Degil dan keras hati.

Contoh: Adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh kakak dan ibunya kerana telah lewat malam.

iv.        Malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial.

Contoh: Adik berhenti sekolah semasa darjah enam dan mula merokok.

v.        Panas baran.

Contoh: Ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik telah menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah  bonda enggan memberikannya.

vi.        Insaf akan kesalahan yang dilakukan.

Contoh: Adik insaf dengan segala kesalahannya setelah terbabit dengan kemalangan jalan raya.

vii.        Berpelajaran tinggi.

Contoh: Adik melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Bayt, Jordan.

Watak Sampingan

Bonda

i.        Ibu tunggal yang kematian suami.

ii.        Mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.

iii.        Gigih membesarkan anak-anak.

Contoh: Bonda gigih membesarkan anak-anaknya setelah kematian suaminya.

iv.        Mempunyai impian dan keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya dalam hidup.

Contoh: Bonda percaya bahawa suatu hari nanti anaknya Mohd. Harraz akan berubah dan peristiwa tersebut betul-betul berlaku.

v.        Sangat sabar menghadapi kerenah anak lelaki tunggalnya.

Contoh: Bonda tetap bersabar dengan kerenah adik di usia kecilnya. Pernah ibu jari kaki bonda terkena serpihan kaca cawan yang dihempas oleh adik.

Kak Cik

i.        Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik.

ii.        Kurang sabar dan agak pemarah dengan kerenah adiknya.

Contoh:  Kak Cik menampar adik ketika mereka bertengkar.

iii.        Anak yang bertanggungjawab.

Contoh: Kak Cik sering menenangkan bonda apabila bonda kesedihan.

Latar

Latar Masa

i.        Waktu pagi

Contoh: Pada waktu pagi, pemandu van akan membunyikan hon apabila adik lambat bersiap untuk ke taski.

ii.        Waktu senja

Contoh: Bonda berdoa kepada Tuhan (Malikul Qudus) semoga adik berubah sikap.

iii.        Waktu malam

Contoh: Pada pukul 12.30 malam, adik keluar dari rumah dan terlibat dalam kemalangan jalan raya.


Latar  Tempat

i.        Rumah Bonda

Contoh: Peristiwa adik menghempas cawan kaca lalu serpihannya terkena ibu jari kaki bonda sehingga terluka.

ii.        Pondok di dusun

Contoh: Peristiwa polis menyerbu pondok di dusun yang menjadi tempat kawan-kawan adik berkumpul dan menghisap ganja.

iii.        Atas katil

Contoh: Adik terlantar lesu di katil dengan kepalanya berbalut tompokan darah dan mukanya calar-balar akibat daripada kemalangan yang dihadapinya.

Latar Masyarakat                                                                                                    

i.        Masyarakat yang gigih mendidik anak.

Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang degil, nakal dan terlibat dengan masalah sosial.

ii.        Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.

Contoh: Bonda menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti.

iii.        Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.

Contoh: Bonda tetap menyayangi adik walaupun adik selalu menyakiti hatinya  terutamanya apabila adik mahu berhenti sekolah.


Gaya Bahasa

i.        Personifikasi. Contoh:     -    tikaman masa lampau yang menajam di ingatan

ii.        Hiperbola. Contoh:    -    melangit tingg   -    berasap-asap bara meluat

iii.        Sinkope. Contoh :    -     “Bonda yang berdosa sebab tak pandai ajar anak”

iv.        Pengulangan. Contoh :   -    tidak pernah dicubit, tidak pernah ditengking

v.        Simile. Contoh:  -     perangainya persis syaitan-     bonda bagai tercampak ke pulau hana

vi.        Peribahasa. Contoh:   -    bersengkang mata -    mengembalikan manikam ke dalam cembulnya

Nilai

i.        Nilai kasih sayang. Contoh: Bonda amat menyayangi anak-anaknya .

ii.        Nilai bertanggungjawab. Contoh: Bonda bertanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak setelah kematian suaminya.

iii.        Nilai kesabaran.

Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya  terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz yang bermasalah.

iv.        Nilai kegigihan.

Contoh: Bonda begitu gigih mendidik adik sejak adik kecil sehingga  berjaya walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan.

v.        Nilai keinsafan.

Contoh: Adik insaf atas kesilapannya setelah terlibat dalam kemalangan dan mahu belajar semula.

vi.        Nilai ketabahan.

Contoh: Bonda tetap  tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal dunia dalam penjara.

Pengajaran

i.        Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.

Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang berjaya.

ii.        Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak.

Contoh: Walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik, membesar dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya.

iii.        Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar  luar bandar.

Contoh: Adik berhenti sekolah ketika  darjah enam.

iv.        Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga.

Contoh: Kak Cik mendakap bonda erat-erat semasa bonda menangis selepas melihat tindakannya menampar adik.

v.        Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga.

Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya  terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz yang bermasalah.

vi.        Kita haruslah tabah menghadapi dugaan.

Contoh: Bonda tetap  tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal dunia dalam penjara











34 comments:

  1. thank you for your notes. reli helped me. im oso a teacher at smk dato permaisuri, miri. i try add u on fb but cant. take care

    ReplyDelete
  2. THX FOR TAT NOTE..AND U HELP ME COMPLETE MY HOMEWORK
    THANK YOU..!!

    ReplyDelete
  3. really love this . help me alot w/ my homework :')

    ReplyDelete
  4. sangat sangat membantu saya dalam menyiapkan h/w komsas :D
    #ReallyReallyHappy :D

    ReplyDelete
  5. Terima Kasih, semoga jasa cikgu akan dibalas berlipat kali ganda..Amin...

    ReplyDelete
  6. SEKALUNG BUDI DAN UCAPAN TERIMA KASIH UNTUKMU CIKGU...

    ReplyDelete
  7. I LOVE YOUR NOTES !! <3

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. terima kasih sebab
      buat page nih mmg terbaik
      sebab page nih dh bantu saya buat home work
      you are the best (Y)

      Delete
  9. thanks u for the note , can i ask u some questions pls ans me
    PERSOALAN
    1. Kesabaran ibu dalam membesarkan anak-anaknya ?
    LATIHAN
    1. Buktikan adik seorang panas badan ?

    ReplyDelete
  10. i like your note >< thanks for this note

    ReplyDelete
  11. THANK YOU SOOOO MUCH. THIS HELPED ME FINISH MY HOMEWORK <3

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas nota yang sangat berguna ini . Ia sangat membantu saya . Terima kasih sekali lagi . :)

    ReplyDelete
  13. Terima kasih daun keladi....... <3

    ReplyDelete
  14. Thanks it really help me a lot

    ReplyDelete
  15. thank you so much ;)

    ReplyDelete
  16. superb note....tq...it helped me a lot....

    ReplyDelete
  17. Awesome! It helps me to do notes and easy to remember for exam. Thanks..

    ReplyDelete
  18. Tengs you so much coz bantu . Tajuk niy masuk dalam trial pt3 !

    ReplyDelete
  19. sugoii xD its help me a lot desu :)

    ReplyDelete
  20. Thank u, it help me on exam

    ReplyDelete
  21. Thanks... Disebabkan nota ni esok saye boleh jawab PT3 ( ujian percubaan yg pertama je... hehehehehe~) Kamsahamnida~

    ReplyDelete
  22. ku sangat terima kasih atas nota yang diberi ni.bantu ku banyak .terima kasih

    ReplyDelete
  23. Thanks for this note......its really can help me in exam pt3

    ReplyDelete