Sunday, July 22, 2012

HIKAYAT INDERA NATA (PROSA TRADISIONAL) KOMSAS Tingkatan 4


SINOPSIS

Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lamamengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar . Bondanya bertanya tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya adalah Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala binatang.Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. TuankuSyah Alam mengkagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera Jenaka. Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya . Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencarigajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu segera.  Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteri-puteriitu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepatdewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah mencari gajah bergading emas. Raksasapergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu .Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik gajah bergading emas. Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu. Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan kain yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera mengikuti kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasa sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan nagamembawa Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan nagatersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati. Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh malam sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya sangat gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata menceritakan semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri Cederawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati.

TEMA 

Pengembaraan Anak Raja Menempuh Pelbagai Cabaran

PERSOALAN

·         Persoalan keberanian dan kehebatan anak raja

·         Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya

·         Persoalan kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan diri

·         Persoalan tolong-menolong sesama manusia

 WATAK

Indera Nata

·         Anak kepada Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati

·         Digelar Si Piatu

·         Sangat disayangi oleh ibunya - Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.

·         Mempunyai kesaktian – Indera Jenaka hairan melihat kelakuan Indera Nata yang boleh bercakap dengan binatang.

·         Seorang yang berani –Menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas

·         Seorang yang baik hati - Menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa. 

Tuan Puteri Cendera Kesuma

·         Anak Raja Mesir

·         Memiliki rupa paras yang cantik 

·         Menjadi tawanan raksasa .

·         Petah berkata-kata -Tuan Puteri bukan sahaja cantik malah pandai berkata-kata dan berpantun.

·         Bijaksana – pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk menyelamatkan diri daripada raksasa 

Raksasa suami isteri

·         Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi.

·         Kejam – menawan tujuh orang puteri untuk dijadikan makanan.

·         Besar, kuat dan gagah. – gerakan mereka berbunyi seperti rebut

·         Pemarah dan ganas – membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi berburu untuk mendapatkan gajah bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom

·         Mudah diperdaya – percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma 

Indera Jenaka

·         Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar

·         Menghargai jasa – Indera Jenaka menghargai Indera Nata dengan menceritakan kebaikandan kelebihan Indera Nata kepada kedua-dua ibu bapanya.

·         Seorang yang berterus terang

PLOT

·         Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara KRONOLOGI

·         Pada bahagian PENGENALAN atau EKSPOSISI, Indera Jenaka menceritakan keberanian dan kehebatan Si Piatu, iaitu nama sebenarnya Indera Nata yang boleh bercakap dengan binatang buas.

·         Plot terus BERKEMBANG dengan pengembaraan Indera Nata dalam usaha mencari gajah bergadingkan emas. Indera Nata sampai di puncak sebuah bukit. Disitulah Indera Nata bertemu dengan tujuh orang puteri yang menjadi tawanan raksasa suami isteri.Indera Nata bersetuju menyelamatkan mereka daripada dimakan raksasa.

·         Pada bahagian PERUMITAN, Tuan Puteri Cendera Kesuma mencari jalan untuk memperdayakan raksasa suami isteri.Baginda meminta raksasa mencari gajah bergandingkan emas supaya hati mereka lekas besar.

·         Plot mencapai tahap PUNCAK  atau KLIMAKS apabila Indera Nata dan puteri-puteri itu melarikan diri ketika raksasa keluar mencari kijang bertandukkan emas dan mencuci kain yang hitam sehingga menjadi putih. Raksasa naik berang lalu mengejar mereka hingga ke tepi laut. Raksasa itu dibunuh oleh naga dan lembur atas perintah Betara Gangga.

·         Pada bahagian PELERAIAN, Indera Natamembawa ketujuh-tujuh orang puteri ke benua Rom. Mereka pun tinggal besama-sama dengan bonda Indera Nata, iaitu TuanPuteri Cenderawati.

LATAR  

Latar Tempat

·         Negeri Rom (rumah Si Batu Kembar)

Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya siapa Si Piatu dan darihal Indera Nata

·         Negeri Pattani

Indera Nata menentang haiwan buas dan menyelamatkan Indera Jenaka dan Indera Nata boleh bercakap dengan haiwan.

·          Sebuah bukit yang tinggi

Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersama-sama tujuh orang puteri yang ditawan

·         Sebuah peti emas

Tempat Indera Nata disembunyikan oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma semasa raksasa balik ke mahligai. 

·         Tepi Laut / Pantai

Tempat isteri raksasa mencuci kain hitam supaya menjadi putih.

·         Rumah Bonda Indera Nata (Tuan Puteri Cenderawati)

Kepulangan Indera Nata bersama tujuh puteri.Ketujuh-tujuh puteri menetap di situ. 

Latar Masa

·         Waktu pagi – raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas.

·         Waktu petang – raksasa tidur.

·         Waktu siang – raksasa keluar mencari gajah bergading emas.

·         Tujuh hari tujuh malam – perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama tujuh puteri.

·         Waktu tengah malam – Indera Nata tiba di rumah bondanya bersama tujuh puteri.

Latar Masyarakat

·         Golongan bangsawan – Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan Puteri Cendera Kesuma

·         Golongan bawahan – rakyat yang mengikut Raja Rom pergi berburu yang semuanya dimakan oleh raksasa

·         Masyarakat taat kepada perintah – Indera Nata mengikut perintah Raja Rom mengembara mencari gajah bergading emas

·         Masyarakat yang memiliki kesaktian dan hikmat- Indera Nata boleh berinteraksi dan bercakap dengan haiwan, mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru dan meminta bantuan Betara Gangga.

·         Masyarakat raksasa – sepasang suami isteri raksasa yang tinggal di atas sebuah bukit.

·         Masyarakat haiwan – gajah bergading emas, ular sakti dan naga

NILAI MURNI

·         Nilai Bijaksana – Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah untuk melepaskan diri.

·         Nilai Keberanian – Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh puteri.

·         Nilai Kasih Sayang – Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata.

·         Nilai Tolong-menolong - Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada tawanan raksasa dan Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata.

PENGAJARAN

·         Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati.

·         Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup harmoni.

·         Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul.

·         Kita mestilah menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaik-baiknya.

·         Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.

Latihan: Hikayat Indera Nata

Baca prosa tradisional Hikayat Indera Nata dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan dengan jawapan anda sendiri.


1.Nyatakan reaksi raksasa setelah usahanya mencari kijang bertandukkan emas dan mencuci kainhitam menjadi putih tidak berhasil .

2.Pada pendapat anda, wajarkah raksasa itu dibunuh oleh ular dan naga? Mengapakah anda berpendapat demikian?

3.Pada pendapat anda, mengapakah raksasa dan isterinya kembali semula ke rumahnya?

5 comments:

  1. terima kasih cikgu kerana membantu kami!!

    ReplyDelete
  2. terima kasihhhh cikguuuu :D #chepon

    ReplyDelete
  3. Thank a lots.......I Love U Cikgu

    ReplyDelete
  4. baca sinopsis pun dah boleh paham n buat ltihan tnpa refer buku...nice job !!

    ReplyDelete