Sunday, July 22, 2012

HIKAYAT KHOJA MAIMUN (PROSA TRADISIONAL) KOMSAS Tingkatan 4


SINOPSIS

Khoja Maimun merupakan saudagar yang amat kaya di negeri Ajam. Isterinya pula bernama Bibi Zainab. Ketika mereka berjalan-jalan di pasar, mereka telah membeli seekor bayan dengan harga yang sangat  mahal. Mereka juga membeli seekor burung tiung.Kedua-dua burung itu boleh berkata-kata. Pada suatu hari, Khoja Maimun hendak pergi belayar untuk berniaga. Maka, tinggallah isterinya bersama-sama dengan burung bayan dan burung tiung di rumah. Beberapa lama kemudian, Bibi Zainab terkenang akansuaminya lalu duduk di tingkap memerhati sekeliling. Bibi Zainab terpandang anak raja yang lalu di depan rumahnya. Anak raja itu juga terpandang wajah Bibi Zainab lalu jatuh hati kepadanya. Anak raja itu meminta seorang perempuan tua menyampaikan hasratnya kepada Bibi Zainab. Setelah mendengar cerita perempuan itu, Bibi Zainab menyuruh perempuan tua itu memberitahu anak raja itu bahawa dia akan bertemu anak raja tersebut pada malam nanti.Setelah hari malam, Bibi Zainab memakai pakaian yang indah dan bau-bauan yangharum. Sebelum Bibi Zainab keluar rumah, dia memberitahu burung tiung akan perasaannya dan meminta keizinan untuk bertemu dengan anak raja itu. Sebaliknya, burung tiung memarahi Bibi Zainab kerana berlaku curang terhadap Khoja Maimun. Bibi Zainab naik marah lalu menangkap burung tiung dalam sangkar. Burung  tiung itudihempaskannya ke lantai. Burung tiung pun mati. Kejadian yang menimpa burung tiung itu dilihat oleh burung bayan, tetapi burung bayan pura-pura tidur seolah-olah tidak mengetahui kejadian tersebut. Bibi Zainab mengejutkan burung bayan bagi meminta izin keluar rumah untuk berjumpa dengan anak raja. Burung bayan tahu jika dia melarang, dia akan menerima nasib yang sama dengan burung tiung. Burung bayan membenarkan Bibi Zainab pergi berjumpa dengan anak raja itu. Bagaimanapun, sebelum Bibi Zainab keluar, burung bayan telah menyebut kisah bayan dicabut ekor oleh isteri saudagar. Bibi Zainab tertarik mendengar kata-kata burung bayan lalu memintanya menceritakan kisah tersebut. Burung bayan pun menceritakan kisah bayan dicabut ekor sehingga hari menjelang pagi, sehingga Bibi Zainabtidak jadi berjumpa dengan anak raja. Pada malam kedua,Bibi Zainab telah bersiap-siap dengan pakaian yang indah dan  bauan yang harum untuk bertemu dengan anak raja. Sebelum Bibi Zainab keluar, dia telah berjumpa dan meminta izin daripada burung bayan. Burung bayan berlakon memberikanizin tetapi pada masa yang sama burung bayan menyebut pula kisah Hikayat Taif. Lantas Bibi Zainab menyuruh burung bayan menceritakan kisah itu. Burung bayan punmenceritakan kisah Hikayat Taif itu sehingga pagi dan Bibi Zainab tidak jadi bertemu dengan anak raja pada malam kedua itu kerana hari sudah siang.Seterusnya, pada malam ketiga, burung bayan mengizinkan Bibi Zainab bertemudengan anak raja. Dalam masa yang sama, burung bayan menyebutkan kisah suami cemburu. Lantas Bibi Zainab meminta burung bayan menceritakan kisah tersebut. Burung bayan pun menceritakan kisah suami cemburu tersebut sehingga Berjaya melalaikan Bibi Zainab. Pada malam keempat, Bibi Zinab berpakaian indah dan memakai haruman yang harum untuk berjumpa dengan anak raja. Sekali lagi dia berjumpa burung bayan untuk meminta izin. Sekali lagi burung bayan memberikan izin tetapi sebelum Bibi Zainab keluar, burung bayan menyebutkan pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Bibi Zainab meminta burung bayan menceritakan kisah itu supaya dia boleh mengambil pengajaran untuk dia membuat bakti kepada suaminya

TEMA 

Tema yang diketengahkan ialah kebijaksanaan burung bayan

dalam memelihara kesetiaan dan ketaatan seorang isteri, Bibi Zainab.


PERSOALAN

·         Kebijaksanaan akal fikiran penting dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

·         Isteri yang curang dan derhaka terhadap suami yang menyintainya.

·         Tanggungjawab ahli keluarga terhadap keluarganya penting bagi memastikan keluarga terus harmoni.

·         Kekayaan harta bukanlah segala-galanya dalam menjamin kebahagiaan rumahtangga.

·          Kehidupan di dunia ini sentiasa ada dugaan yang perlu dihadapi

·         dengan iman dan akal yang waras.

·         Keinsafan seorang isteri yang berniat untuk berlaku curang terhadap suaminya.

 WATAK

Burung Bayan

·         Burung bayan dapat bercakap dengan manusia.

·         Burung bayan dapat meramalkan perkara yang akan berlaku kelak. Burung bayan memiliki kesetiaan yang tinggi terhadap tuannya, iaitu Khoja Maimun.

·         Burung bayan pandai bercerita dan berhikayat.

·         Burung bayan bijak menyelesaikan sesuatu masalah.

·         Burung bayan bersifat baik hati apabila sentiasa menunaikan permintaan Bibi Zainab agar bercerita.

Bibi Zainab

·         Bibi Zainab ialah isteri Khoja Maimun.

·         Bibi Zainab memiliki rupa paras yang cantik dan molek.

·         Bibi Zainab berniat untuk berlaku curang terhadap suaminya.

·         Bibi Zainab tidak kuat iman apabila mudah terpikat dengan anak raja.

·         Bibi Zainab seorang yang panas baran kerana tergamak menghempaskan burung tiung yang menasihatinya agar tidak berjumpa dengan lelaki lain semasa ketiadaan suami.

·         Bibi Zainab suka mendengar cerita dan hikayat.

Khoja Maimun

·         Khoja Maimun ialah suami Bibi Zainab.

·         Khoja Maimun merupakan ahli perniagaan yang ternama.

·         Khoja Maimun pandai mencari keuntungan dalam perniagaan.

·         Khoja Maimun bersifat penyayang kerana dia amat menyayangi isterinya.

Burung Tiung

·         Burung tiung pandai bercakap.

·         Burung tiung kurang bijak dalam menyelesaikan masalah.

PLOT

·         Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, digambarkan Khoja Maimun dan isterinya Bibi Zainab bersiar-siar di pekan. Khoja Maimun merupakan seorang saudagar kaya di negeri Ajam, manakala isterinya memiliki rupa paras yang cantik dantiada bandingannya. Mereka bersepakat untuk membeli burung bayan dan burung tiung yang pandai bercakap dan bercerita.

·         Cerita mula berkembang apabila Khoja Maimun menyuarakan hasratnya untuk pergi belayar. Tujuan pelayarannya kali ini adalah untuk menambah kekayaan.

·         Seterusnya, bermulalah konflik yang berlaku dalam diri Bibi Zainab. Pada suatu hari, Bibi Zainab yang terlalu rindu akan suaminya duduk di tingkap memerhati keadaan sekeliling. Bibi Zainab terpandang anak raja yang kebetulan lalu di situ. Anak raja itu juga terpikat akan kecantikan Bibi Zainab.

·         Konflik bertambah rumit apabila Bibi Zainab juga jatuh hari kepada anak raja. Anak raja itu meminta pertolongan seorang perempuan tua untuk menyampaikanhasrat hatinya kepada Bibi Zainab. Bibi Zainab berjanji akan bertemu dengan anak rajaitu pada malam hari.

·          Puncak  atau klimaks ceritanya adalah ketika Bibi Zainab bersiap-siap hendak pergi ke istana anak raja itu, burung tiung telah menegur perbuatan Bibi Zainab. Kata-kata burung tiung itu telah membuatkan Bibi Zainab naik berang lalu menghempas burung tiung itu ke lantai. Perbuatan Bibi Zainab itu dilihat oleh burung bayan, tetapi burung bayan berpura-pura tidur kerana bimbang akan menerima nasib yang sama.

·          Pada peringkat pengakhiran cerita, bayan cuba melalaikan Bibi Zainab daripada bertemu dengan anak raja itu. Bayan pun menceritakan kisah burung bayan dicabut bulu oleh isteri saudagar, Hikayat Taif, dan kisah suami yang terlalu cemburuakan isterinya. Akhirnya, Bibi Zainab terhindar daripada perbuatan menduakan suaminya.

LATAR

Latar Tempat

·         Di negeri Ajam.

Khoja Maimun menetap di negeri Ajam.

·         Di pekan.

Khoja Maimun dan isterinya, iaitu Bibi Zainab telah pergi bersuka ria dipekan

dan telah membeli burung bayan dan burung tiung.

·         Di rumah Koja Maimun.

Bibi Zainab telah mendengar semua cerita yang disampaikan oleh bayan di rumah dari malam hingga pagi.

·         Di negeri Istanbul.

Kisah bayan yang telah dicabut bulunya telah berlaku di negeri Istanbul.

·         Di istana raja Tabristan.

Taif telah pergi ke negeri Tabristan untuk memperhambakan dirinya kepada Raja Tabristan.

·         Di padang.

Gajah berjalan di sebuah padang. Di tengah padang itu, iaitu di bawah pohon yang rampak, gajah telah berteduh. Semasa gajah berteduh, isterinya telah bersuka ria dengan seorang hamba di atas belakangnya.

·         Di istana raja Syah Alam.

Seorang saudagar telah mengadap Duli Syah Alam diistana untuk memperhambakan diri dan menghadiahkan berbagai-bagai barang yang baik-baik kepada Duli Syah Alam.

·         Di kubur Tuan Syeikh.

Di kubur Tuan Syeikh, bayan telah menipu isteri saudagar yang telah mencabut bulunya dengan menyuruh isteri saudagar itu mencukur rambut dan keningnya.

Latar Masa

·         Pada waktu malam.

Sewaktu Bibi Zainab bersiap-siap untuk berjumpa dengan anak raja.

·         Pada waktu pagi.

Sewaktu setiap cerita bayan tamat dan Bibi Zainab tidak jadi bertemu dengan anak raja.

Latar Masyarakat

·         Masyarakat pedagang. Contohnya, Khoja Maimun pergi belayar untuk menjalankan perniagaannya.

·         Masyarakat yang dipengaruhi oleh budaya Arab. Contohnya, cerita yang diceritaoleh burung bayan kesemuanya berlatarbelakangkan negeri di Tanah Arab.

·         Masyarakat isteri yang curang terhadap suami. Contohnya, Bibi Zainab berjanji untuk bertemu dengan anak raja ketika suaminya, Khoja Maimun tiada di rumah.

·         Masyarakat golongan raja yang menggunakan kuasa dan pangkat untuk memikat perempuan. Contohnya, anak raja itu cuba memikat Bibi Zainab selepas terpandang Bibi Zainab di tepi tingkap.

·         Masyarakat burung yang petah bercerita. Contohnya, burung bayan pandai bercerita tentang kisah burung bayan dicabut bulunya oleh isteri saudagar,Hikayat Taif, dan kisah suami yang sangat cemburu.

NILAI MURNI

·         Nilai berani.

Setiap orang mesti berani menyatakan bahawa sesuatu perbuatan atau tindakan itu salah. Contohnya, burung Tiung berani menyatakan bahawa perbuatan Bibi Zainab adalah perbuatan salah.

·         Nilai Kasih sayang

Seorang suami mesti menyayangi isterinya sepenuh hati.Contohnya, Khoja Maimun amat sayang akan isterinya dan berasa berat hati untuk pergi belayar.

·         Nilai bijaksana

Kebijaksanaan penting dalam melakukan sesuatu tindakan.Contohnya, burung bayan telah bertindak dengan bijak dalam menyelamatkan BibiZainab daripada melakukan perbuatan salah.

·         Nilai setia

Setia antara satu dengan yang lain merupakan sikap yang terpuji.Contohnya, isteri saudagar yang amat cemburu sungguh setia kepada suaminya yang pergi belayar dan berniaga.

·         Nilai jujur.

Sikap jujur penting dalam menjamin keharmonian sesebuah rumahtangga.  Zainab adalah salah.

PENGAJARAN

·         Setiap isteri mesti jujur pada suami supaya tidak berlaku perpecahan dalam keluarga.

·         Sikap setia antara suami dengan isteri mesti diperkukuh demi kebaikan bersama.

·         Perbuatan menduakan suami mesti dijauhi supaya diri tidak dimurkai Allah dan dihina oleh masyarakat.

·         Setiap masalah mesti ditangani dengan bijak supaya tidak mendatangkan kesan padadiri.

·         Kehidupan di dunia ini mempunyai godaan yang mesti dihadapi dengan kekuataniman bagi memastikan diri tidak terjerumus ke lembah kehinaan.

Latihan: Hikayat Khoja Maimun

 Baca prosa tradisional  Hikayat Khoja Maimun dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan di bawah dengan jawapan anda sendiri.

1.Apakah maksud baris aku mahu memulangkan engkau dengan suamimu?

2.Huraikan dua persoalan dalam hikayat khoja maimun daripada keseluruhan cerita.

3. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang isteri harus mentaati suaminya? 




10 comments:

  1. Thank you very much.. senang nak jawab dlm p.a.t nnti

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.nota ni sangat lengkap ;)

    ReplyDelete
  3. terima kasih, nota sangat lengkap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami semuanya sangat bersyukur dengan adanya blog ini yang telah memudahkan pembelajaran kami......

      Delete
  4. thanks bro daripada saya abd dinie yang handsome

    ReplyDelete
  5. Thanks untuk nota ni. Best ��

    ReplyDelete
  6. Came here for SPM
    Perfect notes
    Thanks.

    ReplyDelete
  7. Thanks Komsas @ pretty Teacher :D this blog are awesome !!!

    ReplyDelete