SINOPSIS
Khoja
Maimun merupakan saudagar yang amat kaya di negeri Ajam. Isterinya pula bernama
Bibi Zainab. Ketika mereka berjalan-jalan di pasar, mereka telah membeli seekor
bayan dengan harga yang sangat mahal.
Mereka juga membeli seekor burung tiung.Kedua-dua burung itu boleh
berkata-kata. Pada suatu hari, Khoja Maimun hendak pergi belayar untuk
berniaga. Maka, tinggallah isterinya bersama-sama dengan burung bayan dan
burung tiung di rumah. Beberapa lama kemudian, Bibi Zainab terkenang
akansuaminya lalu duduk di tingkap memerhati sekeliling. Bibi Zainab terpandang
anak raja yang lalu di depan rumahnya. Anak raja itu juga terpandang wajah
Bibi Zainab lalu jatuh hati kepadanya. Anak raja itu meminta seorang perempuan
tua menyampaikan hasratnya kepada Bibi Zainab. Setelah mendengar cerita
perempuan itu, Bibi Zainab menyuruh perempuan tua itu memberitahu anak raja itu
bahawa dia akan bertemu anak raja tersebut pada malam nanti.Setelah hari malam,
Bibi Zainab memakai pakaian yang indah dan bau-bauan yangharum. Sebelum Bibi
Zainab keluar rumah, dia memberitahu burung tiung akan perasaannya dan meminta
keizinan untuk bertemu dengan anak raja itu. Sebaliknya, burung tiung
memarahi Bibi Zainab kerana berlaku curang terhadap Khoja Maimun. Bibi Zainab
naik marah lalu menangkap burung tiung dalam sangkar. Burung tiung itudihempaskannya ke lantai. Burung
tiung pun mati. Kejadian yang menimpa burung tiung itu dilihat oleh burung
bayan, tetapi burung bayan pura-pura tidur seolah-olah tidak mengetahui
kejadian tersebut. Bibi Zainab mengejutkan
burung bayan bagi meminta izin keluar rumah untuk berjumpa dengan anak
raja. Burung bayan tahu jika dia melarang, dia akan menerima nasib yang sama
dengan burung tiung. Burung bayan membenarkan Bibi Zainab pergi berjumpa dengan
anak raja itu. Bagaimanapun, sebelum Bibi Zainab keluar, burung bayan telah menyebut
kisah bayan dicabut ekor oleh isteri saudagar. Bibi Zainab tertarik mendengar kata-kata
burung bayan lalu memintanya menceritakan kisah tersebut. Burung bayan pun menceritakan
kisah bayan dicabut ekor sehingga hari menjelang pagi, sehingga Bibi
Zainabtidak jadi berjumpa dengan anak raja. Pada malam kedua,Bibi Zainab telah
bersiap-siap dengan pakaian yang indah dan bauan yang harum untuk bertemu
dengan anak raja. Sebelum Bibi Zainab keluar, dia telah berjumpa dan
meminta izin daripada burung bayan. Burung bayan berlakon memberikanizin tetapi
pada masa yang sama burung bayan menyebut pula kisah Hikayat Taif. Lantas Bibi
Zainab menyuruh burung bayan menceritakan kisah itu. Burung bayan
punmenceritakan kisah Hikayat Taif itu sehingga pagi dan Bibi Zainab tidak jadi
bertemu dengan anak raja pada malam kedua itu kerana hari sudah
siang.Seterusnya, pada malam ketiga, burung bayan mengizinkan Bibi Zainab
bertemudengan anak raja. Dalam masa yang sama, burung bayan menyebutkan kisah
suami cemburu. Lantas Bibi Zainab meminta burung bayan menceritakan kisah
tersebut. Burung bayan pun menceritakan kisah suami cemburu tersebut sehingga Berjaya
melalaikan Bibi Zainab. Pada malam keempat, Bibi Zinab berpakaian indah dan memakai
haruman yang harum untuk berjumpa dengan anak raja. Sekali lagi
dia berjumpa burung bayan untuk meminta izin. Sekali lagi burung bayan
memberikan izin tetapi sebelum Bibi Zainab keluar, burung bayan menyebutkan
pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Bibi Zainab meminta burung
bayan menceritakan kisah itu supaya dia boleh mengambil pengajaran untuk dia
membuat bakti kepada suaminya
TEMA
Tema yang diketengahkan ialah kebijaksanaan
burung bayan
dalam memelihara kesetiaan dan
ketaatan seorang isteri, Bibi Zainab.
PERSOALAN
·
Kebijaksanaan akal fikiran penting
dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
·
Isteri yang curang dan derhaka terhadap
suami yang menyintainya.
·
Tanggungjawab ahli keluarga terhadap
keluarganya penting bagi memastikan keluarga terus harmoni.
·
Kekayaan harta bukanlah
segala-galanya dalam menjamin kebahagiaan rumahtangga.
·
Kehidupan di dunia ini sentiasa ada dugaan
yang perlu dihadapi
·
dengan iman dan akal yang waras.
·
Keinsafan seorang isteri yang
berniat untuk berlaku curang terhadap suaminya.
WATAK
Burung
Bayan
·
Burung
bayan dapat bercakap dengan manusia.
·
Burung bayan dapat meramalkan
perkara yang akan berlaku kelak. Burung bayan memiliki kesetiaan yang
tinggi terhadap tuannya, iaitu Khoja Maimun.
·
Burung bayan pandai bercerita dan
berhikayat.
·
Burung bayan bijak menyelesaikan
sesuatu masalah.
·
Burung bayan bersifat baik hati
apabila sentiasa menunaikan permintaan Bibi Zainab agar bercerita.
Bibi Zainab
·
Bibi Zainab ialah isteri Khoja Maimun.
·
Bibi Zainab memiliki rupa paras yang
cantik dan molek.
·
Bibi Zainab berniat untuk berlaku
curang terhadap suaminya.
·
Bibi Zainab tidak kuat iman apabila
mudah terpikat dengan anak raja.
·
Bibi Zainab seorang yang panas baran
kerana tergamak menghempaskan burung tiung yang menasihatinya agar tidak
berjumpa dengan lelaki lain semasa ketiadaan suami.
·
Bibi Zainab suka mendengar cerita
dan hikayat.
Khoja Maimun
·
Khoja Maimun ialah suami Bibi
Zainab.
·
Khoja Maimun merupakan ahli
perniagaan yang ternama.
·
Khoja Maimun pandai mencari
keuntungan dalam perniagaan.
·
Khoja Maimun bersifat penyayang
kerana dia amat menyayangi isterinya.
Burung Tiung
·
Burung tiung pandai bercakap.
·
Burung tiung kurang bijak dalam menyelesaikan
masalah.
PLOT
·
Pada
bahagian pengenalan atau eksposisi, digambarkan Khoja Maimun dan isterinya Bibi
Zainab bersiar-siar di pekan. Khoja Maimun merupakan seorang saudagar kaya di
negeri Ajam, manakala isterinya memiliki rupa paras yang cantik dantiada
bandingannya. Mereka bersepakat untuk membeli burung bayan dan burung tiung
yang pandai bercakap dan bercerita.
·
Cerita
mula berkembang apabila Khoja Maimun menyuarakan hasratnya untuk pergi
belayar. Tujuan pelayarannya kali ini adalah untuk menambah kekayaan.
·
Seterusnya,
bermulalah konflik yang berlaku dalam diri Bibi Zainab. Pada suatu hari, Bibi
Zainab yang terlalu rindu akan suaminya duduk di tingkap memerhati keadaan
sekeliling. Bibi Zainab terpandang anak raja yang kebetulan lalu di situ. Anak raja
itu juga terpikat akan kecantikan Bibi Zainab.
·
Konflik bertambah
rumit apabila Bibi Zainab juga jatuh hari kepada anak raja. Anak raja itu
meminta pertolongan seorang perempuan tua untuk menyampaikanhasrat hatinya
kepada Bibi Zainab. Bibi Zainab berjanji akan bertemu dengan anak rajaitu pada
malam hari.
·
Puncak atau klimaks ceritanya adalah
ketika Bibi Zainab bersiap-siap hendak pergi ke istana anak raja itu,
burung tiung telah menegur perbuatan Bibi Zainab. Kata-kata burung tiung itu
telah membuatkan Bibi Zainab naik berang lalu menghempas burung tiung itu
ke lantai. Perbuatan Bibi Zainab itu dilihat oleh burung bayan,
tetapi burung bayan berpura-pura tidur kerana bimbang akan menerima nasib
yang sama.
·
Pada peringkat pengakhiran cerita, bayan cuba
melalaikan Bibi Zainab daripada bertemu dengan anak raja itu. Bayan pun
menceritakan kisah burung bayan dicabut bulu oleh isteri saudagar, Hikayat
Taif, dan kisah suami yang terlalu cemburuakan isterinya. Akhirnya, Bibi Zainab
terhindar daripada perbuatan menduakan suaminya.
LATAR
Latar
Tempat
·
Di negeri Ajam.
Khoja
Maimun menetap di negeri Ajam.
·
Di
pekan.
Khoja Maimun dan isterinya, iaitu Bibi Zainab
telah pergi bersuka ria dipekan
dan telah membeli burung bayan dan burung
tiung.
·
Di rumah Koja Maimun.
Bibi
Zainab telah mendengar semua cerita yang disampaikan oleh bayan di rumah dari
malam hingga pagi.
·
Di negeri Istanbul.
Kisah bayan yang telah dicabut
bulunya telah berlaku di negeri Istanbul.
·
Di istana raja Tabristan.
Taif telah pergi ke negeri Tabristan untuk memperhambakan dirinya
kepada Raja Tabristan.
·
Di padang.
Gajah berjalan di sebuah padang. Di tengah
padang itu, iaitu di bawah pohon yang rampak, gajah telah berteduh. Semasa
gajah berteduh, isterinya telah bersuka ria dengan seorang hamba di atas
belakangnya.
·
Di istana raja Syah Alam.
Seorang saudagar telah mengadap Duli Syah Alam diistana
untuk memperhambakan diri dan menghadiahkan berbagai-bagai barang
yang baik-baik kepada Duli Syah Alam.
·
Di kubur Tuan Syeikh.
Di kubur Tuan Syeikh, bayan telah menipu isteri
saudagar yang telah mencabut bulunya dengan menyuruh isteri saudagar itu
mencukur rambut dan keningnya.
Latar Masa
·
Pada waktu malam.
Sewaktu Bibi Zainab bersiap-siap
untuk berjumpa dengan anak raja.
·
Pada waktu pagi.
Sewaktu setiap cerita bayan tamat dan Bibi Zainab tidak jadi
bertemu dengan anak raja.
Latar Masyarakat
·
Masyarakat
pedagang. Contohnya, Khoja Maimun pergi belayar untuk menjalankan perniagaannya.
·
Masyarakat
yang dipengaruhi oleh budaya Arab. Contohnya, cerita yang diceritaoleh burung
bayan kesemuanya berlatarbelakangkan negeri di Tanah Arab.
·
Masyarakat
isteri yang curang terhadap suami. Contohnya, Bibi Zainab berjanji untuk
bertemu dengan anak raja ketika suaminya, Khoja Maimun tiada di rumah.
·
Masyarakat
golongan raja yang menggunakan kuasa dan pangkat untuk memikat perempuan.
Contohnya, anak raja itu cuba memikat Bibi Zainab selepas terpandang Bibi
Zainab di tepi tingkap.
·
Masyarakat
burung yang petah bercerita. Contohnya, burung bayan pandai bercerita
tentang kisah burung bayan dicabut bulunya oleh isteri saudagar,Hikayat Taif,
dan kisah suami yang sangat cemburu.
NILAI MURNI
·
Nilai berani.
Setiap orang mesti berani menyatakan bahawa sesuatu
perbuatan atau tindakan itu salah. Contohnya, burung Tiung berani menyatakan bahawa
perbuatan Bibi Zainab adalah perbuatan salah.
·
Nilai Kasih sayang
Seorang suami mesti menyayangi isterinya
sepenuh hati.Contohnya, Khoja Maimun amat sayang akan isterinya dan berasa
berat hati untuk pergi belayar.
·
Nilai bijaksana
Kebijaksanaan penting dalam melakukan sesuatu
tindakan.Contohnya, burung bayan telah bertindak dengan bijak dalam
menyelamatkan BibiZainab daripada melakukan perbuatan salah.
·
Nilai setia
Setia antara satu dengan yang lain merupakan sikap yang
terpuji.Contohnya, isteri saudagar yang amat cemburu sungguh setia kepada
suaminya yang pergi belayar dan berniaga.
·
Nilai jujur.
Sikap jujur penting dalam menjamin keharmonian sesebuah
rumahtangga. Zainab adalah salah.
PENGAJARAN
·
Setiap
isteri mesti jujur pada suami supaya tidak berlaku perpecahan dalam keluarga.
·
Sikap
setia antara suami dengan isteri mesti diperkukuh demi kebaikan bersama.
·
Perbuatan
menduakan suami mesti dijauhi supaya diri tidak dimurkai Allah dan dihina oleh
masyarakat.
·
Setiap
masalah mesti ditangani dengan bijak supaya tidak mendatangkan kesan padadiri.
·
Kehidupan
di dunia ini mempunyai godaan yang mesti dihadapi dengan kekuataniman bagi
memastikan diri tidak terjerumus ke lembah kehinaan.
Latihan: Hikayat Khoja Maimun
Baca prosa tradisional Hikayat
Khoja Maimun dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan di bawah dengan
jawapan anda sendiri.
1.Apakah
maksud baris aku mahu memulangkan engkau dengan suamimu?
2.Huraikan
dua persoalan dalam hikayat khoja maimun daripada keseluruhan cerita.
3. Pada
pendapat anda, mengapakah seseorang isteri harus mentaati suaminya?
Terima kasih banyak banyak :)
ReplyDeletethanks woo !
ReplyDeleteThank you very much.. senang nak jawab dlm p.a.t nnti
ReplyDeleteTerima kasih.nota ni sangat lengkap ;)
ReplyDeleteterima kasih, nota sangat lengkap
ReplyDeleteKami semuanya sangat bersyukur dengan adanya blog ini yang telah memudahkan pembelajaran kami......
Deletethanks bro daripada saya abd dinie yang handsome
ReplyDeleteThanks untuk nota ni. Best ��
ReplyDeleteCame here for SPM
ReplyDeletePerfect notes
Thanks.
Thanks Komsas @ pretty Teacher :D this blog are awesome !!!
ReplyDelete