Saturday, September 24, 2011

Huraikan persoalan kasih sayang yang boleh dijadikan teladan dalam novel ini.

            Berdasarkan novel Melunas Rindu, karya Hartini Hamzah, terdapat persoalan kasih sayang yang boleh dijadikan teladan bagi pembaca, contohnya, persoalan kasih sayang yang boleh didapati pada watak utama novel ini, Fuad. Fuad amat merindui ibunya yang telah lama terpisah sejak dia dilahirkan tetapi dia sanggup mencari kubur arwah ibunya. Setelah dia mengetahui bahawa ibunya masih hidup, dia meneruskan pencariannya. Kita patut mencontohi sikap Fuad yang tidak berputus asa untuk mencari ibu kandungnya kerana kasih sayang yang mendalam.


Selain itu, persoalan kasih sayang juga digambarkan melalui Mak Salmah dan Pak Ismail. Mereka sangat menyayangi Sofia walaupun Sofia hanya anak angkat mereka yang telah meninggal dunia akibat kemalangan. Kematian Sofia begitu terkesan di hati mereka kerana mereka masih tidak dapat melupakan Sofia. Walaupun Sofia telah meninggal dunia, tetapi Mak Salmah dan Pak Ismail masih mengenangnya dalam hati mereka penuh dengan kasih sayang kerana menganggap Sofia sebagai anak kandung mereka. Sikap Mak Salmah dan Pak Ismail yang memberikan kasih sayang yang berkekalan terhadap Sofia harus kita contohi untuk menjadi ibu bapa yang dapat memberikan kasih sayang yang sempurna kepada anak kandung mahupun anak angkat yang dibersarkan.


Akhir sekali, Farhana juga menunjukkan persoalan kasih sayang dalam novel ini. Farhana amat sayang akan ibunya. Dia cemas apabila mendapat panggilan bahawa ibunya telah sakit dan dimasukkan ke hospital. Dengan bantuan Fuad, dia pergi ke hospital dengan kebimbangan akan keadaan ibunya. Farhana menjaga ibunya yang terlantar di hospital kerana dia sayang akan ibunya. Kita patut mencontohi Farhana yang sanggup meninggalkan kerjanya untuk menjaga ibunya kerana ini merupakan tanggungjawab sebagai seorang anak untuk membalas jasa ibunya yang telah membersarkannya.

Karya,
Ryan, PohZen, Connie Ling
5 Sains Alamanda
SMK Merbau, Miri Sarawak

No comments:

Post a Comment