Tuesday, September 6, 2011

DUA CONTOH PENGAMALAN NILAI KASIH SAYANG DALAM NOVEL MELUNAS RINDU KARYA HARTINI HAMZAH

Soalan
Penulisan sesebuah novel tidak sunyi daripada penyelitan kasih sayang dalam kehidupan harian.
Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah yang telah anda kaji, jelaskan dua contoh pengamalan nilai kasih sayang yang dipaparkan.

Jawapan

                Berdasarkan novel Melunas Rindu, karya Hartini Hamzah, saya telah mengkaji nilai kasih sayang yang jelas dipaparkan dalam novel tersebut.

                Contoh pengamalan nilai kasih sayang telah jelas dipaparkan melalui watak Fuad. Fuad menunjukkan kasih sayangnya terhadap ibu bapa angkat Sofia iaitu Mak Salmah dan Pak Ismail. Fuad berasa bersalah akan kehilangan Sofia. Oleh itu, dia berusaha untuk mengambil hati ibu bapa angkat Sofia. Malahan, dia sanggup berkorban wang, tenaga dan kesabaran demi mengambil hati kedua orang tua itu. Nilai kasih sayang telah Fuad terapkan melalui sikapnya terhadap Mak Salmah dan Pak Ismail.

                  Selain itu, contoh pengamalan nilai kasih sayang yang jelas dipaparkan ialah melalui hubungan Fuad dengan Farhana. Fuad selalu mengambil berat akan keadaan Farhana dan sering menolong Farhana ketika Farhana berada dalam kesusahan. Contohnya, Farhana ingin balik kampung untuk menziarahi ibunya namun tiket bas habis dijual. Fuad telah sukarela untuk mengajak Farhana untuk menumpang keretanya. Selain itu,Fuad juga memahami akan keadaan Farhana apabila Ibu Farhana dimasukkan ke dalam hospital. Fuad turut menziarahi Ibu Farhana kerana Ibu Farhana merupakan orang kesayangan Farhana.



Hasil karya,
Sabella Binti Justin,
5 Science Alamanda,
SMK MERBAU, MIRI SARAWAK

No comments:

Post a Comment