Saturday, September 24, 2011

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat anda.

Dalam setiap novel, bahagian permulaan novel  memainkan peranan yang sangat penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.
            Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, permulaan novel yang menarik minat pembaca adalah peristiwa Fuad yang balik lewat ke rumah. Pembaca akan tertanya-tanya akan arah tuju Fuad. Fuad sebenarnya telah ke hutan untuk mencari kayu api. Hal ini telah menimbulkan perasaan binbang Pak Ismail dan Mak Salmah. Peristiwa ini melahirkan perasaan ingin tahu para pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka.
            Selain itu, peristiwa tentang Fuad yang merupakan anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah juga adalah bahagian yang menarik minat pembaca. Pembaca akan tertanya-tanya bagaimanakah Pak Ismail dan Mak Salmah boleh mengenali Fuad dan mengambil Fuad sebagai anak angkat. Tambahan pula, perbuatan Fuad yang melarikan Sofia, yang juga merupakan anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah telah menimbulkan suspen kepada pembaca. Peristiwa Fuad menjadi anak angkat menarik minat pembaca untuk mengetahui ibu bapa kandung Fuad yang sebenar.
            Di samping itu, peristiwa semasa Fuad menghantar Borhan dan anaknya ke klinik turut menimbulkan tanda tanya dalam minda pembaca. Fuad telah mengambil kesempatan untuk memeriksa wang dalam mesin ATMnya. Fuad mendapati wang simpanannya melebihi 200 ribu ringgit. Pembaca semakin hairan tentang jumlah wang simpanan Fuad. Pembaca juga berasa ingin tahu siapakah yang mengirimkan wang tersebut.
Karya,
Debbie Thomas, Lau Siew Hui dan Simson Agong
5 Sains Alamanda
SMK Merbau, Miri Sarawak


No comments:

Post a Comment