Thursday, September 22, 2011

Berdasarkan novel Melunas Rindu, huraikan contoh peristiwa yang menunjukkan pengorbanan yang dilakukan satu-satu watak.

              Novel yang kami kaji ialah novel melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Terdapat beberapa contoh peristiwa yang menunujukkan satu-satu watak. Pengorbanan yang pertama terdapat dalam watak utama iaitu Fuad. Fuad telah melakukan banyak pengorbanan dalam hidupnya. Antaranya ialah pengorbanan terhadap saudara maranya. Sebagai contoh, dia telah membuka akaun untuk sepupunya iaitu anak kepada Swee Land an Peter Lim. Selain itu juga, Fuad berkorban dengan memberikan Pak Ismail tanah yang dibelinya. Pengorbanan yang terakhir ialah, dia sanggup mengorbankan cintanya terhadap Farhana kerana mereka berdua adalah adik-beradik.

              Pengorbanan yang dilakukan oleh watak kedua iaitu peter Lim dan Swee lan. Pengorbanan yang mereka lakukan ialah mereka sanggup menjaga Joshua atau Fuad dari kecil selepas Joshua berpisah dengan ibu kandungnya, Mariana kerana diambil oleh ayahnya Robert Lim. Peter Lim dan Swee Lan telah menjaga Joshua dengan baik walaupun Joshua bukan anak kandung mereka. Selain itu,mereka telah memberikan Joshua pendidikan yang terbaik kepadanya dan menjaga makan dan minumya dengan baik.

             Pengorbanan yang dilakukan oleh watak yang terakhir ialah melalui watak Mariana. Dia sanggup mengorbankan hidupnya demi suaminya yang telah meninggalkannya. Sebagai contoh, dia telah ditinggalkan oleh suaminya kerana perkahwinan mereka tidak direstui oleh keluarganya dan dia sanggup ditinggalkan oleh suaminya sehingga dia gila meroyan selepas melahirkan Fuad. Selepas itu. Dia telah berkahwin dengan seorang anggota polis.    

Karya:
Mas Azrina, Siti Halimah & Siti Naza Noora Shikin..
5 Bakawali
SMK Merbau, Miri Sarawak

No comments:

Post a Comment