Sunday, September 25, 2011

Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam novel Melunas Rindu. Huraikan 3 peristiwa paling menarik dan mengapakah anda berpendapat demikian.

Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam novel Melunas Rindu. Peristiwa yang paling menarik dalam novel ini ialah apabila Fuad tiba di Hospital Tengku Afzan Ampuan untuk melawat ibu Farhana yang dirawat di tingkat empat di hospital itu. Fuad terkejut apabila melihat nama ibunya dan nama ibu Farhana yang tertera pada kad rawatan ibu Farhana adalah sama iaitu Mariana Binti Osman. Sebagai pembaca, saya amat berharap bahawa ibu Farhana adalah ibu Fuad yang dicari-carinya selama ini. Hal ini demikian kerana Fuad sudah terlalu lama mencari ibu kandungnya yang tidak pernah dilihat olehnya sejak kecil lagi. Akhirnya ketibaan Robert Lim dan Pak Ismail mengesahkan bahawa mereka berdua merupakan adik-beradik seibu. Saya sebagai pembaca sangat gembira apabila mengetahui bahawa ibu Farhana adalah ibu kandung Fuad juga walaupun saya mengetahui bahawa mereka saling mencintai antara satu sama lain.
            Selain itu, peristiwa yang paling menarik dalam novel Melunas Rindu ialah kenyataan bahawa Fuad dan Farhana adalah adik-beradik. Sebelum itu, Fuad telah menyimpan perasaan cinta terhadap Farhana sehingga dia berhasrat untuk menjadikan Farhana sebagai pasangan hidupnya, tetapi akhirnya Fuad mengetahui bahawa Farhana dan dirinya adalah adik-beradik walaupun hal ini agak menyedihkan. Fuad harus menerima kenyataannya dengan reda. Sebagai pembaca , saya amat berharap Fuad dapat menerima kenyataan tersebut dengan reda dan dapat hidup bahagia dengan adiknya, Farhana. Pada akhir novel, Fuad dapat menerima kenyataan tersebut dengan reda.
Akhir sekali, peristiwa yang paling menarik dalam novel Melunas Rindu ialah tentang kisah Mariana. Mariana merupakan ibu Fuad yang ditinggalkan oleh Roslan. Mariana gila meroyan selepas bersalin dan anaknya, Fuad dilarikan Roslan. Sebagai pembaca, saya amat berharap Mariana dapat berjumpa balik dengan anaknya, Fuad yang dilarikan oleh Roslan. Selain itu, saya juga berharap Mariana dapat pulih daripada penyakit gila meroyan tersebut. Namun, pada akhir novel tersebut, Mariana telah pulih daripada penyakit dan berkahwin dengan Fakhrudin yang bertugas sebagai pagawai polis dengan bahagia. Selain itu, Fuad juga telah kembali ke pangkuan Mariana. Oleh itu, saya berasa peristiwa ini sangat menarik dalam novel tersebut.
Karya:
Yong Ang Gi, Hasnina Ibrahim, Nur Syamsiah Roslan
5 Sains Canna

2 comments: