Thursday, September 22, 2011

HURAIKAN TIGA KEISTIMEWAAN WATAK UTAMA DALAM NOVEL YANG TELAH ANDA PELAJARI.

   Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, terdapat beberapa keistimewaan watak utama iaitu Fuad.
   Antara keistimewaan tersebut adalah Fuad selaku watak utama seorang yang berpendidikan tinggi. Fuad memiliki Ijazah Pentadbiran Perniagaan di universiti ternama di Amerika. Fuad telah dipelawa oleh Cikgu Abas selaku Penolong Kanan untuk menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia.Fuad menjadi guru Bahasa Inggeris. Fuad sangat pandai mengajar para pelajarnya. Oleh itu, para pelajarnya sangat menyukainnya. Dia dibantu oleh Cikgu Farhana, iaitu Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah itu. Fuad juga mencadangkan untuk mengadakan program peningkatan Bahasa Inggeris yang dinamakan sebagai Personal Guidance.
   Selain itu, Fuad merupakan seorang yang tidak mudah berputus asa. Fuad memiliki semangat yang kental dan tabah. Fuad tabah menghadapi dugaan hidupnya sejak kecil lagi. Di samping itu, dia tabah menghadapi ujian cintanya terhadap Sofia dan Farhana. Cintanya terhadap kedua-dua insan itu terlerai apabila dia mengetahui bahawa Sofia dan Farhana merupakan adiknya sendiri. Ketabahan Fuad jelas digambarkan dalam usahanya yang mencari asal usul dan pusara ibunya. Dia tetap mencari keberadaan ibunya setelah dimaklumkan bahawa ibunya masih lagi hidup. Fuad sanggup bersabar dalam menghadapi cubaan dan rintangan dalam pencariannya. Kegigihannya mencari ibunya sendiri berakhir dengan kebahagiaaan apabila dia menemui ibunya itu.
   Akhir sekali, Fuad juga mempunyai semangat setia kawan yang tinggi. Di Kampung Danau Seberang, Fuad berkawan rapat dengan Borhan. Fuad sanggup membiayai perkahwinan Borhan. Apabila Fuad mengetahui bahawa anak Borhan mengalami demam panas, dia menawarkan diri untuk menghantar anak Borhan ke klinik yang terdekat. Fuad juga membayar kos perubatan anak Borhan. Selain itu, Fuad juga berkawan rapat dengan Farhana pada awal pertemuan. Sepanjang persahabatannya dengan Farhana, dia sering membantu Farhana melaksanakan pelbagai program dan meningkatkan mutu akademik para pelajar.
HASIL KARYA,
PRESTLY WONG, CATHREEN SIAM & SIAH MORIS
5 Sains Alamanda
SMK Merbau Miri, Sarawak

No comments:

Post a Comment