Thursday, September 22, 2011

Latar Masyarakat Yang Negatif Dalam Novel Melunas Rindu Tingkatan 4

Berdasarkan novel Melunas  Rindu karya Hartini Hamzah, terdapat banyak latar masyarakat  yang negatif.  Latar masyarakat tersebut tidak wajar diteladani oleh pembaca.
Antara latar masyarakat yang negatif dalam novel tersebut adalah masyarakat yang bersifat perkauman.  Contohnya,  keluarga Robert Lim yang berbangsa Cina menghalang perhubungan antara Robert Lim dengan Mariana yang berbangsa Melayu. Meskipun mereka telah berkahwin tetapi perkahwinan mereka tidak direstui dan mendapat tentangan daripada keluarga Robert Lim kerana perbezaaan kaum dan agama. Selain itu, keluarga Robert Lim juga menegahnya untuk memeluk agama Islam.
Seterusnya,  terdapat juga masyarakat  yang keras hati dalam novel tersebut. Sebagai  contoh, Fuad masih tidak dapat memaafkan bapanya, Robert Lim kerana kesalahan lampau bapanya. Dia juga bersikap keras hati dan pada mulanya enggan menerima wang yang dimasukkanoleh Robert Lim kedala makaunnya. Dia juga mempunyai perhubungan yang renggang dan tidak bertegur sapa dengan Robert Lim sebagai tanda protesnya terhadap bapanya kerana meninggalkan ibunya dulu.  Mak Salmah juga bersikap keras hati dan enggan memberi kemaafan kepadaFuad kerana beranggapan bahawa Fuad ialah penyebab kematian anak angkatnya, Sofia.
Terdapat juga masyarakat  yang tidak mempuyai komitmen terhadap perkahwinan dalam novel tersebut. Walaupun Cikgu Zamanni telah berkahwin, dia masih lagi bersikap seperti ulat bulu. Dia sanggup meninggalkan kelas semata-mata untuk berborak dengan Cikgu Nur Alia kerana ingin memikat hatinya meskipun isterinya turut mengajar di sekolah tersebut. Dia juga cuba untuk memikat guru-guru wanita baru yang berpindah ke sekolah tersebut.
Di samping itu, terdapat juga masyarakat yang tidak bertanggungjawab dalam novel Melunas Rindu. Sebagai seorang suami, Robert Lim bersikap tidak bertanggungjawab apabila dia telah meninggalkan Mariana yang dalam keadaan mengandung kerana hasutan keluarganya. Dia juga telah menyerahkan anaknya, Sofia hasil daripada perkahwinannya dengan Susan untuk dijaga oleh Pak Ismail dan Mak Salmah yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan dengannya.
Akhir sekali, terdapat juga masyarakat guru yang bersikap sambil lewa dalam mendidik anak bangsa. Sebagai contoh, Cikgu Zamani sering kali ponteng kelas lanjutan tingkatan 5 yang anak menduduki peperiksaan SPM malah kelas biasa yang diajar olehnya. Selainitu, dia juga sering kali masuk lewat ke kalas yang diajar olehnya. Hal ini demikian telah menyebabkan Farhana sering bertekak dengannya di samping rasa tidak puas hati Cikgu Abas terhadap komitmen yang diberikan oleh Cikgu Zamani.

Karya,
Asrul Haniff,  Nurhairaty Fratika & Kong Siaw Lee
5 Sains Alamanda
SMK Merbau Miri, Sarawak

No comments:

Post a Comment