Friday, September 9, 2011

Persamaan dan perbezaan latar masyarakat dalam Novel Melunas Rindu dan Novel Kabus Di Perbukitan

Contoh Jawapan 2
        Novel yang telah saya kaji di tingkatan 4 dan 5 ialah novel Melunas Rindu dan novel Kabus Di Perbukitan. Novel Melunas Rindu merupakan karya Hartini Hamzah, manakala novel Kabus Di Perbukitan merupakan karya Mohamad Kholid bin Hamzah.
           Persamaan dari segi latar masyarakat ialah masyarakat yang berpegang kuat pada ajaran agama. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad rajin mengerjakan solat walau di mana pun dia berada. Meskiun dalam keadaan musafir, Fuad tetap mengerjakan solat. Manakala, dalam novel Kabus Di Perbukitan,salmah tidak pernah lupa mengerjakan solat dan sentiasa berdoa kepada Yang Maha Kuasa. Salmah tidak putus-putus berdoa agar Faridah terselamat daripada kemalangan.
            Selain itu, persamaan lain ialah masyarakat yang berpendidikan tinggi. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad seorang yang berpendidikan tinggi. Buktinya, dia memiliki Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Amerika Syarikat. Dia menjadi guru sandaran di sekolah Menengah Seri Setia. Manakala,dalam novel Kabus Di Perbukitan, Azrul dan Rahayu merupakan gololngan siswazah di Universiti Pertanian Malaysia. Azrul dan Rahayu bercita-cita untuk mengusahakan syarikat sendiri selepas tamat pengajian.
            Manakala perbezaan dari segi latar masyarakat ialah masyarakat guru yang berdedikasi terhadap kerjayanya sebagai guru. Contohnya, meskipun Fuad Cuma menyandang jawatan guru sandaran sahaja, namun dia menjalankan segala tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi. Fuad sentiasa melaksanakan tugas yang deberikan kepadanya dan tidak pernah merungut. Dalam novel Kabus di Perbukitan pula, menyatakan latar masyarakat yang ekstrem dalam memperjuangkan agama dan sanggup bertindak di luar batasan. Contohnya, Mohamed Attar tertangkap ketika ingin menjalankan  misinya mengebom Pulau Sentosa sebagai perjuangan jihad. Mohamed  Attar, Mehmood dan Noor Mohamad menggunakan kekerasan sebagai kaedah untuk memperjuangkan agama Islam.
           Akhir sekali, perbezaan dalam latar masyarakat ialah masyarakat yang cinta akan alam sekitar. Dalam novel  Kabus Di Perbukitan, Azrul dan rakan-rakannnya mengikuti program alam sekitar. Rahayu dan Azrul, mengikuti kempen “Save Our River-S.O.S” yang diadakan di KLCC. Mereka amat prihatin dan peka akan isu atau masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Manakala latar masyarakat lain di novel Melunas Rindu ialah masyarakat yang suka memburuk-burukkan orang lain. Cikgu Zamani yang tidak suka sikap Farhana yang lepas laku dan sering menegur kesalahannya, menasihati Fuad supaya tidak memilih Farhana sebagai isterinya. Cikgu Zamani sering memburuk-burukkan nama Farhana di depan guru-guru yang lain.

Nurkilan,

FLORA STEPHENIE FRANCIS
5 Alamanda
SMK Merbau, Miri
Sarawak

No comments:

Post a Comment