Sunday, September 25, 2011

Jelaskan Peristiwa-Peristiwa yang membawa kepada peleraian dalam Novel Melunas Rindu. Nyatakan dan huraikan peristiwa-peristiwa tersebut.

Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, terdapat beberapa peristiwa yang membawa kepada peleraian dalam novel ini.
            Peristiwa peleraian yang pertama yang dapat saya kaji dalam novel ini adalah ketika Fuad berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Fuad mengetahui bahawa ibu Farhana  adalah ibu kandungnya, Mariana Osman. Buktinya dapat dilihat ketika Fuad berasa bosan duduk di hujung katil ibu Farhana. Fuad bangun lalu mundar-mandir di hujung katil ibu Farhana. Ketika itulah Fuad tertolah ke arah kad rawatan ibu Farhana yang terletak di atas meja. Kad  itu diambilnya. Pada saat itulah Fuad tahu bahawa ibu Farhana adalah ibu kandungnya, Mariana Osman.
            Peristiwa peleraian yang seterusnya adalah Fuad menerima surat tawaran pengajian, Fuad memberitahu Farhana bahawa dia akan meneruskan pengajiannya dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Buktinya dapat dilihat apabila Fuad memberitahu Farhana bahawa dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah selama setahun di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur dalam masa sebulan lagi.
            Peristiwa peleraian yang terakhir yang dapat saya kaji dalam novel ini adalah ayah kandung Fuad, Robert Lim telah kembali memeluk agama Islam dan berhajat untuk menunaikan umrah bersama-sama mereka. Buktinya dapat dilihat sebelum Fuad melanjutkan Kursusnya, Fuad telah menunaikan umrah bersama-sama ibu kandungnya, Pak Ismail dan Mak Salmah. Pada masa itu juga Fuad mendapat berita gembira bahawa ayahnya telah kembali memeluk agama Islam dan akan menyusul mereka ke Mekah.
Karya:
Alice Ping, Najlaa Rasyiqah, Remylen Raymond
5 Sains Canna

No comments:

Post a Comment