Saturday, September 24, 2011

Latar sangat penting dalam sesebuah novel. Huraikan 2 kepentingan latar dalam novel yang anda kaji.

            Latar merupakan elemen yang sangat penting dalam sesebuah novel. Tanpa latar yang dipaparkan oleh pengarang dalam sesenuah novel, sesuatu cerita tidak akan menarik dan berkesan. Malah, pemilihan latar dalan sesebuah karya mampu memberikan kesan yang mendalam terhadap sesebuah karya.
 Latar yang terdapat dalam novel Melunas Rindu adalah latar masyarakat yang patuh kepada agama. Latar ini merupakan daya penarik dan meninggalkan kesan kepada para pembaca terutamanya dalam memaparkan kesungguhan dan ketekalan Fuaad dalam kembali kepada ajaran Islam. Contohnya, menerusi watak Fuad dalam novel Melunas Rindu yang memaparkan  Fuad sebagai  watak yang taat kepada agama. Beliau sentiasa menunaikan solat apabila sampai waktunya dan tidak pernah meninggalkan solatnya walaupun di mana dia berada. Masyarakat  yang patuh kepada agama merupakan elemen yang penting kerana kita dapat mengetahui watak-watak yang taat kepada agama.
Selain itu, latar yang seterusnya ialah latar masyarakat  yang bertanggungjawab. Contohnya menerusi Fuad yang merupakan seorang  yang rajin dan bertangggungjawab dalam menjalankan tugasnya sebagai guru sandaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia. Masyarakat yang rajin dan bertanggungjawab juga merupakan elemen yang penting dalam sesebuah novel bagi menunjukkan seorang watak yang positif. Sifat ini  amat memberikan kesan kepada para pembaca memandangkan profesion perguruan merupakan suatu profesion yang amat murni malah mendidik anak bangsa untuk menjadi manusia yang berguna kepada negara pada suatu hari nanti.
            Akhir sekali adalah latar yang memberikan impak dan amat penting dalam novel ini ialah latar tempat di hospital. Hal ini boleh dibuktikan menerusi pertemuan Fuad dan ibu kandungnya apabila beliau mengetahui nama ibu Farhana adalah sama dengan nama ibu kandung yang dicari-cari olehnya selama ini. Latar tempat hospital merupakan tempat yang amat bermakna dan saksi  buat Fuad kerana di situlah beliau berjumpa dengan ibu kandungnya setelah bertahun-tahun lamanya. Di hospital jugalah cerita ini ditamatkan oleh pengarang iaitu dengan kehadiran bapa kandung Fuad iaitu Robert Lim.
Karya,
RUBBEN INJAM JILLY, VICTOR LAURENCE LIBAU, BONNIE BRANKA
5 Bakawali

No comments:

Post a Comment