Saturday, September 24, 2011

Binaan plot perumitan merupakan perkara yang menarik dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel Melunas Rindu jelaskan binaan plot perumitan itu.

Berdasarkan novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Hamzah,terdapat binaan plot perumitan yang menarik telah dipaparkan oleh pengarang. Para pembaca turut tertanya-tanya, adakah watak utama iaitu Fuad dapat mencari ibu kandungnya yang dirindui selama ini? Perumitan ini menarikan lagi cerita yang dipaparkan oleh pengarang.
Pada peringkat perumitan, semasa Fuad sedang menjalankan tugasnya, Chin telah hadir di Sekolah Menengah Seri Setia untuk menanyakan khabar Fuad. Kehadiran Chin telah mengingatkan Fuad akan arwah ibunya. Walaupun Fuad mendapat berita tentang kematian ibunya, dia tetap berusaha untuk mencari pusara ibunya kerana dia ingin melunaskan rindu terhadap ibunya. Fuad bertekad untuk mencari pusara ibunya dan keluarga sebelah ibunya. Fuad menemui bapa saudaranya iaitu Peter Lim dan Swee Lan untuk mendapatkan maklumat tentang ibu kandungnya. Peter Lim merupakan orang yang telah menjaga Fuad sejak kecil lagi. Peter Lim telah menganggap Fuad sebagai anaknya sendiri walaupun berlainan agama.
            Selain itu, konflik antara Cikgu Farhana dan Cikgu Zamani turut merumitkan jalan penceritaan novel ini. Cikgu Farhana merupakan Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah. Pada bulan bahasa, Cikgu Farhana ditugaskan untuk mencari program atau aktiviti-aktiviti unutk diadakan sempena bulan bahasa tersebut.Namun begitu, hubungan antara Cikgu Farhana dan Cikgu Zamani yang tidak begitu baik sering membuat mereka bertelagah tidak kira di mana mereka berada. Cikgu Zamani merupakan cikgu yang tidak berdisiplin dan sering membantah cadangan tentang program yang diadakan di sekolah. Cikgu Zamani sering ponteng kelas dan menghabiskan masanya berbual-bual dengan guru wanita yang lain di pejabat walaupun dia telah mempunyai isteri yang turut bertugas sebagai guru sekolah semua. Sikap Ckigu Zamani yang tidak beretika ini telah membuat ramai guru yang tidak senang hati melihatnya termasuklah Cikgu Abas.
            Konflik bertambah rumit apabila Fuad pulang ke Sungai Ruan untuk menjejaki pusara ibunya. Fuad sanggup mencari ibunya walaupun hanya akan melihat pusaranya sahaja.Seterusnya Fuad ke Lembah Klau dan ke Kampung Sedili. Setelah menempuh perjalanan yang jauh, usaha Fuad tidak sia-sia selama ini. Masa dan kudratnya dikorbankan demi mencari ibunya yang tersayang. Fuad juga telah menaruh harapan baru apabila Pak Shamsudin menyatakan bahawa ibunya masih hidup. Harapan baru itu telah membuat Fuad semakin bersemangat untuk berjumpa dengan ibunya.
            Akhir sekali, setelah lama mencari ibu kandung yang tersayang dan telah menempuh pelbagai dugaan, Fuad akhirnya telah Berjaya dalam pencariannya, Fuad telah Berjaya menemui ibunya, Mariana, Walaupun ibunya gila merayau selepas melahirkannya, Fuad tetap mencari ibunya kerana ikatan kasih sayang antara mereka sangat kuat. Rindu yang dipendamkan selama ini di dalam hati telah pun Berjaya dilunasi tatkala Fuad mengetahui dan menemui ibunya.
Karya,
Leslie, Robin & Khairunnisa
5 Sains Alamanda
SMK Merbau, Miri Sarawak

No comments:

Post a Comment