Saturday, September 24, 2011

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, berikan dua contoh watak sampingan serta perwatakan mereka seperti yang digambarkan oleh pengarang dalam novel tersebut.

             Dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, watak utama dan watak sampingan telah memainkan peranan untuk mewarnai plot cerita dalam novel ini. Antara watak sampingan yang memainkan peranan penting dalam novel ini ialah Pak Ismail dan Robert Lim.
Pak Ismail merupakan seorang yang berperwatakan berpegang teguh kepada ajaran agamanya. Dia patuh pada ajaran Islam sepenuhnya. Contohnya, dia selalu bersolat berjemaah di surau dan mengajar ilmu agama serta mengaji al-Quran kepada Fuad. Selain itu, Pak Ismail juga seorang yang bertanggungjawab. Dia bertanggungjawab mengajar agama kepada saudara baru seperti Fuad. Pada setiap subuh, tengah hari, petang mahupun malam, dia membawa Fuad ke surau untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengajarnya cara-cara untuk menunaikan solat hajat dan solat tasbih. Antara lain, dia juga seorang yang sangat penyayang. Pak Ismail amat menyayangi keluarga angkatnya bersungguh-sungguh. Misalnya, dia amat menyayangi Fuad walaupun Fuad cuma anak angkatnya dengan sering menanyakan Fuad sama ada sudah makan, minum atau solat. Akhir sekali, dia seorang yang rajin membantu keluarga. Dia rajin ke sawah dan menolong Fuad mengusahakan tanah seluas setengah ekar yang dibeli oleh Fuad daripada Awang Sojar. Dia juga membantu membuat pagar, memerun dan membuat batas untuk menanam jagung.
              Watak sampingan yang seterusnya ialah Robert Lim ataupun Roslan. Robert Lim seorang yang pemurah. Dia sering membantu Peter Lim yang hidup dalam kemiskinan dan sakit akibat merindui Fuad. Di samping itu, dia seorang yang amat prihatin. Dia prihatin terhadap ahli keluarganya terutamanya anak kandungnya iaitu Fuad. Contohnya, dia memasukkan sejumlah wang bernilai dua ratus ribu ringgit ke dalam akaun Fuad. Dia juga menemui Fuad di Terengganu untuk memberikan sebentuk cincin dan gambar Mariana agar mudah Fuad mencari ibunya yang telah lama menghilang. Seterusnya, dia seorang yang tidak bertanggungjawab. Dia sanggup meninggalkan isterinya yang sedang mengandung tiga bulan tanpa khabar berita. Selain itu, Robert Lim merupakan seorang yang pemarah. Contohnya, apabila perniagaannya mengalami kemerosotan, dia melepaskan tekanannya kepada para pekerja yang tidak bersalah. Akhir sekali, dia seorang yang tidak tegas. Misalnya, dia meninggalkan Mariana ketika mengandung di atas kehendak keluarganya dan tidak tahan dengan tekanan daripada ibunya.
Karya,
Carol anak Kumbang, Evelyn anak Danson, Siti Norzainiza Binti Zaini
5 Sains Alamanda
SMK Merbau, Miri Sarawak

No comments:

Post a Comment