Saturday, September 24, 2011

Jelaskan maksud klimaks dan ceritakan klimaks novel Melunas Rindu.

Klimaks dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah yang merupakan satu istilah yang digunakan untuk menjelaskan jalan cerita (plot). Dalam plot terdapat permulaan cerita, pertengahan cerita, perumitan cerita, klimaks dan peleraian. Pada bahagian klimaks tercapai segala fokus, penceritaan dan berlaku konflik yang paling hebat. Malahan klimaks menjadi daya penarik utama sesebuah cerita atau novel. Sesebuah novel yang tidak mempunyai unsur klimaks menjadi hambar dan tidak mengesankan.

               Klimaks dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah ialah pertemuan antara Fuad dengan ibu kandungnya. Contohnya, Fuad telah menemani Farhana untuk melawat ibunya yang sakit tenat di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Fuad terkejut apabila melihat nama ibu Farhana sama seperti nama ibunya iaitu Mariana. Sebelum ini, dia telah banyak melalui halangan dan rintangan untuk berjumpa dengan ibu kandungnya. Fuad telah mencari pusara ibunya, Mariana yang dikatakan telah meninggal dunia dan dikebumikan di Felda Lembah Klau. Dalam usaha mencari pusara ibunya, Fuad menemui bapa saudaranya iaitu Peter Lim yang telah membesarkannya. Setelah mendapat maklumat, Fuad pergi ke Lembah Klau dan mendapati bahawa nama sebenarnya dalam Islam ialah Abdul Halim. Seterusnya, Fuad pergi ke Kampung Sedili, Kuala Lipis dan diberitahu oleh Pak Samsudin bahawa ibunya masih hidup. Namun ibunya, Mariana telah berpindah ke Kuantan. Semangat Fuad untuk mencari ibunya semakin kuat. Setelah Robert Lim, ayah Fuad telah mengetahui Mariana masih hidup dia telah pergi ke Danau Seberang untuk menyerahkan cincin dan gambar Mariana bagi membantu Fuad mencari ibunya. Sehinggalah Fuad bertemu dengan ibunya, Mariana di Hospital Tengku Ampuan Afzan yang sedang sakit tenat.

No comments:

Post a Comment