Friday, September 9, 2011

Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji iaitu Novel Melunas Rindu dan Novel Kabus Di Perbukitan, jelaskan satu kejutan daripada setiap novel tersebut.

CONTOH RANGKA/CADANGAN  JAWAPAN

MELUNAS RINDU

                     i.            Fuad terkejut apabila mendapati nama emak Farhana sama dengan nama emaknya yang dicari selama ini.
                   ii.            Pak Ismail dan Mak Salmah terkejut dengan kehadiran  Robert Lim ke rumah mereka pada suatu malam.
                 iii.            Fuad terkejut dengan kehadiran Chin di sekolah kerana dia tidak menyangka memandangkan mereka sudah terputus hubungan.
                 iv.            Cikgu Abas terkejut diberitahu- Farhana dan Fuad adalah adik-beradik seibu dan berlainan bapa.
                                                                                                                                
 
KABUS DI PERBUKITAN
                     i.                     Faridah terkejut apabila tiba-tiba Iqbal muncul dalam vannya semasa dia dalam perjalan ke Raub menyebabkan mereka kemalangan.
                   ii.                     Salmah terkejut apabila menerima berita kemalangan yang menimpa Faridah
                 iii.                     Faridah terkejut apabila mendapati bakal besannya ialah bekas teman lelaki kembarnya, arwah Rahayu.

PEMARKAHAN

Markah isi 6
Markah bahasa 2

1       isi 1 mkh + 1 cth 1 mkh = 2 mkh.
Isi tanpa huraian 1 markah.
Huraian tanpa isi 0 mkh.


CONTOH JAWAPAN PENUH/ESEI PELAJAR

               Berdasarkan novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4 dan 5 iaitu novel Melunas Rindu karya Hartin Hamzah dan Kabus di perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah terdapat banyak kejutan yang boleh dilihat.
               Dalam novel Melunas Rindu, satu kejutan yang dapat diperoleh adalah apabila Fuad mendapat tahu bahawa ibu kandungnya masih hidup. Pada permulaan cerita, Mariana atau ibu kandung Fuad dinyatakan telah lama meninggal dunia. Oleh yang demikian, Fuad sentiasa berusaha mencari kubur ibu kandungnya di merata tempat.Suatu hari, Fuad mendapati bahawa ibu kandungnya, Mariana masih hidup melalui Pak Samsudin dan kini menetap di Kuantan.selain itu, kejutan lain yang boleh didapati adalah apabila Fuad mendapati bahawa ibu Farhana merupakan ibu kandungnya.Fuad tidak menjangka bahawa ibu Farhana adalah ibu kandungnya setelah mendapati wajah dan nama ibu Farhana seiras ibunya. Maka, Fuad terpaksa melupakan hasrat untuk melamar Farhana.
              Manakala dalam novel Kabus di Perbukitan, teknik kejutan digambarkan oleh pengarang adalah ketika kejadian kemalangan yang menimpa Faridah dan Iqbal. Kemalangan tersebut telah menyebabkan Rahayu dimasukkan ke hospital. Kamaruddin, ayah kandung Faridah telah bertungkus-lumus mencari Faridah bagi menebus semua kesalahan yang telah dia lakukan. Salmah pula tidak putus-putus berdoa agar Faridah terselamat dari kemalangan itu.Akhir sekali, kejutan terjadi ketika Mohamed Attar membuat cubaan untuk mengebom kasino di Pulau Sentosa untuk meneruskan perjuangan demi negara Iraq dan Palestin menyebabkan Benny dan rakan-rakannya yang lain terpaksa bersembunyi kerana disyaki bersubahat untuk mengebom Pulau Sentosa. Oleh yang demikian, Benny terpaksa melarikan diri ke Dubai dan meningggalkan Melina yang sarat mengandung hanya untuk menyembunyikan diri daripada pihak polis.

Nurkilan,

FLORA STEPHENIE FRANCIS
5 Alamanda
SMK Merbau, Miri
Sarawak

                                                                 
                                                              

No comments:

Post a Comment