Saturday, September 24, 2011

Bahagian klimaks merupakan bahagian yang paling menarik dalam novel Melunas Rindu. Jelaskan sebab-sebab klimaks novel itu menarik minat anda.

Klimaks novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah bermula dengan peristiwa Farhana balik ke kampung kerana ibunya sakit dan masuk hospital. Fuad juga turut ke Kuantan untuk melawat ibu Farhana yang berada di hospital. Fuad sanggup mengambil cuti sakit untuk menemani Farhana memandangkan dia belum pernah mengambil cutinya. Fuad juga membawakan makanan untuk adik-adik Farhana memandangkan Farhana sibuk menjaga ibu mereka di hospital.
Seterusnya, Robert Lim dan Chin pergi ke Danau Seberang untuk bertemu dengan Fuad. Mereka ingin menyerahkan cincin perkahwinan dan gambar Mariana kepada Fuad. Tujuan mereka adalah untuk menyenangkan pencarian Fuad. Namun begitu, Fuad telah pergi ke Kuantan sebelum mereka sempat menyerahkan cincin dan gambar tersebut kepada Fuad. Setelah itu, Robert Lim, Chin dan Pak Ismail telah menyusul Fuad ke Kuantan.
Akhir sekali, Fuad terkejut apabila terlihat kad rawatan ibu Farhana yang terletak di atas meja tertera nama “Mariana Binti Osman”. Fuad terkejut besar kerana nama ibu Farhana sama dengan nama ibunya. Ciri hidung mereka juga sama menjadikan Fuad agak sukar untuk menerimanya. Semasa berbincang dengan Farhana, Robert Lim, Chin dan Pak Ismail tiba di hospital. Kedatangan Robert Lim di hospital mengesahkan Mariana ialah ibu kandung yang dicari oleh Fuad selama ini. Fuad dan Farhana terpaksa menerima hakikat bahawa mereka adalah adik beradik.
Klimaks itu sangat menarik minat saya kerana peristiwa yang terjadi di klimaks novel itu merungkai misteri pencarian ibu kandung Fuad yang disangka telah meninggal dunia sebenarnya masih hidup dan merupakan ibu kandung kepada wanita yang ingin dijadikannya sebagai suri hidupnya.

KARYA,
Rhawnthy Wedney Anak  Barat, Valentina Binti Harry, Loke Sai Hong.
5 sains Canna.

No comments:

Post a Comment